TR 21

8K 556 1
                                    

"Kau serious ke nak aku drop je ni?" soal Aryssa risau.

Mereka sudah pun tiba di hadapan pintu masuk ke hospital.

Aryana mengambil beg tangannya.

"Ya. Kau pergilah park dulu" kata Aryana lalu membuka pintu.

Gadis itu terus keluar dari kereta adiknya. Manakala Aryssa hanya akur dan memerhati susuk tubuh kakaknya masuk ke dalam.

Sedang Aryana ralit menutup zip beg tangannya tiba-tiba terasa badannya dilanggar dari tepi.

Dengan kakinya yang masih belum pulih, dia tidak dapat mengimbangkan dirinya dan berkemungkinan untuk jatuh itu tinggi.

Nasibnya baik apabila orang itu sempat menyambutnya.

"Sorry"

Aryana mengangkat wajahnya untuk melihat orang itu.

"Kau?"

Masing-masing terpaku. Keadaan di sekeliling mereka seolah-olah berhenti.

Tanpa disedari ada yang memerhati.

Klik klik

Beberapa keping gambar diambil yang jelas kelihatan muka Haykal manakala rambut yang menutupi separuh wajah Aryana itu sukar dilihat.

"Sorry" ucap Haykal sekali lagi.

"Ehem"

Bunyi deheman itu menyentakkan mereka. Haykal terus menarik tangannya semula.

"KD Insurance's Haykal right?" soal Aryssa lalu berjalan ke sebelah Aryana.

"Oh yes. I am" balas Haykal.

Kemudian dilihat kedua-dua gadis itu bersilih ganti.

"Your twin?" soal Haykal.

Lebih tepat soalan itu ditujukan buat Aryana.

Aryana hanya mengangguk lalu mengalihkan pandangannya.

"Erm we got to go" kata Aryana.

Tidak mahu berlama di situ. Takut-takut ada mata lain yang memerhati.

Haykal hanya mengangguk. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans hitamnya.

Menghantar pemergian Aryana melalui penglihatan membuatkannya memikirkan sesuatu.

'Tengku Aryana Raina'

Manakala Aryssa dan Aryana masuk ke dalam lif.

"Hrm macam ada apa-apa je" sangkal Aryssa sambil meletakkan jari pada dagunya.

Aryana memandang ke arah atlet kebangsaan itu.

"Tak sayang mulut dah ke?" soal Aryana geram.

Serentak itu, Aryssa terus menutup mulutnya.

Ting

Haykal turun dari lif.

Sebaik sahaja dia keluar dari lif, sesuatu bergetar di dalam poket jaket kulitnya.

Objek nipis itu dikeluarkan.

Izz

Our company agreed to launch a new project. It's a joint project between sport model with another company.

Berkerut dahi Haykal membaca message itu.

Which company?

Laju sahaja jari-jemarinya menaip satu per satu huruf di skrin.

Not sure yet. Just wait for media release.

Haykal terus menyimpan kembali telefon pintarnya.

'Joint project? So weird?'

Dia kembali mengorak langkah ke bilik doktor peribadinya.

Meanwhile

Aryana hanya memekakkan telinganya serta menutup matanya sambil doktor peribadi itu memeriksa kakinya serta tidak habis-habis menuturkan ayat-ayat yang tidak mahu didengari oleh dia.

Aryssa dari awal lagi sudah team up dengan doktor muda bernama Raihana itu.

Geram sahaja Aryana melihat mereka berdua.

"Ary dengar tak apa yang akak cakap ni?" soal Dr. Raihana.

"Yea i hear you" Balas Aryana bosan.

Dia duduk lalu membetulkan rambutnya yang kusut.

"Can i go to the uni as usual?" soal Aryana.

Raihana terus menoleh lalu memandang tajam anak muda itu.

"Oh Ary can you listen to me once?" kata Raihana lebih pada rayuan.

"Can't promise you. You know me well right?" kata Aryana.

"Arys do something with your sick stubborn sister" kata Raihana.

Arysaa hanya menjongketkan bahunya.

"You know what? She will active back with MIO" ujar Aryssa.

"Seriously? Ok much better than her training" kata Raihana.

Sekeping kertas dihulurkan kepada Aryssa. Manakala Aryana sudah mengabaikan dua manusia yang sedang mengutuknya secara terang-terangan itu.

Mahu membangkang juga tidak guna kerana dia sememangnya degil. Stubborn Ice Princess.

"Thanks sis. Good bye" tutur Aryssa.

Raihana hanya membalasnya dengan anggukan.

Aryssa membukakan pintu buat Aryana.

Dua kembar itu hilang di sebalik pintu yang bersifat legap itu.

Aryssa berjalan masuk ke dalam lif sambil memeriksa telefon pintarnya yang tidak putus-putus memberikan pencemaran bunyi kepadanya.

"Boyfriend la tu" tembak Aryana.

Aryssa terus memberikan jelingan maut kepada kakak kembarnya yang langsung tidak memperbaharui insurans mulutnya.

"Mulut tu baik-baik sikit. Tak ada masa aku. Busy" kata Aryssa.

Aryana hanya memutarkan bola matanya. Tanda paling jelas dia menyampah.

Perkara itu berlanjutan sehinggakan langkah pasangan kembar itu terhentj sebaik sahaja menjejakkan kaki keluar dari hospital itu.

Mereka berpaling serentak.

Seseorang yang amat familiar mendekati mereka.

"We meet again" ujar Haykal.

Aryana menyilangkan tangannya ke dada.

"What's your business with us?" soal Aryana.

"You mean only you. Nah i just want to ask when you're going back to Sevit?" soal Haykal.

Aryana menoleh ke arah Aryssa. Menghantar isyarat mengarahkan gadis itu untuk masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Aryssa hanya mengangguk tanda mengerti. Terus dia mengundurkan dirinya lalu masuk ke dalam kereta.

Aryana kembali bertentang mata dengan jejaka di hadapannya.

"Actually i want to discuss something with you but i think here is not the suitable place" kata Haykal sambil menurunkan kaca matanya ke bawah sedikit.

Aryana memerhati sekeliling mereka.

"Just give me a call later" kata Aryana lalu beredar.

Haykal sudah tersenyum kemenangan. Nampaknya first step dia telah berjalan dengan lancar serta jayanya.

'Tengku Aryana Raina'

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now