TR 19

8.8K 576 28
                                    

A sport model under MIO reported was injured during her training for upcoming competition

Scandal News

"Kim you dah baca headline baru-baru ni?" Soal rakannya.

"Headline?"

"Yes. An athlete under MIO was injured and that news already spreaded around entertaiment world"

Reporter Kim diam membisu.

'Takkan la orang yang aku jumpa dekat hospital dengan Haykal tu, budak tu. Eh tapi boleh jadi sebab athlete MIO tu student SSU'

Dritt dritt

Aryana segera men-slide ikon berwarna hijau pada skrin telefon pintarnya.

"Apa dia?"

"......."

"Nanti aku turun"

"...."

"Bye"

Bomber jaket dicapai dan telefon dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Manakala di hadapan bangunan itu terdapat seorang gadis yang setia menunggu seseorang. Dia juga mula menjadi tarikan beberapa pelajar yang lalu di situ.

Sedar dirinya menjadi tarikan pelajar di situ, dia mula membetulkan rambutnya.

Sebaik sahaja dia terlihat figura yang dikenalinya keluar dari bangunan itu dia segera berjalan ke arah itu.

"Kau okay tak? Teruk ke?" Soalnya sambil melihat kaki Aryana.

"Hrmm boleh la" balas Aryana.

Aryssa mengambil beg kakaknya itu.

Dalam perjalanan mereka ingin masuk ke dalam kereta, terserempak pula dengan Haykal, Izz dan Mirul.

Aryana dan Haykal bertentang mata. Aryssa hanya memerhati dari sebelah kembarnya sahaja.

Mereka berselisihan.

"Jaga bekas awek kau tu elok-elok" bisik Aryana.

Haykal smirk.

"Kalau dah jadi 'bekas' tak payah jaga kot. Or patut ke aku jadikan kau milik aku pula" sinis bicara jejaka itu.

Aryana terus berjalan pergi. Tidak mahu lagi mendengar ucapan mengarut lelaki itu.

Haykal memandang pemergian Aryana dengan anak matanya.

'I mean it'

Dia terus berjalan masuk ke dalam dorm.

Kereta yang dipandu Aryssa mula meninggalkan kawasan Sevit University.

"Berapa lama kau off?" Soal Aryssa memulakan topik mereka.

"2 months include treatment period" balasnya acuh tak acuh.

"By the way tadi tu bukan atlet KD Insurance ke?" Soal Aryssa.

"Yea. One of them was Hanna's boyfriend" terangnya.

"Whos? Tengku Haykal Hakimi?" Teka Aryssa.

Aryana hanya mengangguk.

"Tak sesuai langsung" balas Aryssa.

Aryana terus memandang kembarnya itu.

"Habis tu takkan dengan kau pula" kata Aryana.

Kadang-kadang adiknya ini kuat berangan juga. Memasang angan-angan setinggi awan kalau boleh.

"Hrmm boleh la. Tapi dia dengan kau lagi sesuai kot. Tadi tu macam sweet je. O- Auch"

Aryssa terus mengusap lengannya yang baru sahaja dipukul oleh tangan berbisa Aryana.

"Sakit la"

Mulutnya dimuncungkan.

"Tahu pun. Diam. Kau jangan nak merepek" kata Aryana geram dengan mulut si adik.

"Bawa je kereta tu diam-diam. Aku nak tidur kejap" ujarnya lalu menutup mata.

Haykal POV

Aku nak jumpa kau dekat rooftop

Telefon pinta itu terus dimatikan selepas menghantar message kepada seseorang.

Jaket rasmi field and track department diambil dari kerusi.

Aku terus melangkah keluar dari bilik dan masuk ke dalam lif untuk ke rooftop.

Sebaik sahaja pintu lif dibuka, retina mataku menangkap figura seorang perempuan yang sudah tiba di situ terlebih dahulu.

"Haykal"

Dia memanggil namaku.

"Kau patut move on" tuturku.

"Tapi Haykal I'm still loving you"

"Aku dah lupakan kau Hannah Halyana. Lagi satu disebabkan kau dah sentuh Aryana, aku akan jadikan dia milik aku. Ni yang kau harapkan sangatkan" kataku dengan jelas.

Memang itu pun tujuan sebenar dia mencederakan Aryana. Supaya gadis itu berjauhan dengan aku.

Sebab lainnya dia cemburu dan seringkali menuduh Aryana dan aku bercinta.

Kini aku akan jadikan semuanya reality depan mata dia sendiri.

Mata Hannah mula kelihatan merah.

"Baru sekarang kau nak menyesal? Tak ada guna dah" tuturku. 

"Maafkan saya Haykal" rayunya. 

"Aku dah tawar hati. Mohon jangan ganggu aku lagi atau Aryana. Aku dapat tahu kau cuba untuk sakitkan dia lagi, aku takkan teragak-agak untuk failkan report"

Aku terus melangkah meninggalkan Hannah berseorangan.  Masa silam kami berdua aku sudah kuburkannya jauh dari ingatanku. 

Tiada sebarang memori pahit manis yang perlu disimpan.

'Selamat tinggal buat selamanya'

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now