TR 10

10.1K 680 1
                                    

8:00 A.M

Dahlia keluar dari lif dengan pakaian sukan.

Namun, pandangan beralih di bahagian tepi pintu masuk kerana terdapat banyak kotak hadiah.

Tiba-tiba pengawal keselamatan masuk dengan menolak troli yang berisi kotak.

'Huh again? Banyaknya'

"Selamat pagi" tegur Dahlia lalu membongkokkan badannya sedikit.

"Pagi" balas pakcik itu.

"Ni siapa punya pakcik? Banyak-banyak ni?" Soal Dahlia.

"Ouh hah Haykal,Izz dengan Mirul. Mereka bertiga tu memang ramai betul peminat dari tahun pertama diaorang masuk sini" terang pakcik itu.

"Ouh. Kalau macam tu saya pergi dulu ye" katanya dan kembali menunduk.

'No wonder diaorang setaraf artis. Under KD lagi. Ah what a wonderful day'

"Uit Dahlia" panggil seseorang sebaik sahaja dia menuruni tangga.

"Eh Khai. Lama tak nampak kau? Baru balik ke?" Soal Dahlia sambil melihat Khairul atas bawah.

Lelaki itu memakai jaket rasmi Archery Department dan di tangan kanannya terdapat sebuah beg.

Jelas,nyata dan terang lelaki ini baru sahaja pulang dari perlawanan.

"Haah. Kau nak pergi mana?" Soal Khairul.

"Jogging. Eh takkan kau sorang? Mana Aidyn?" Kata Dahlia pelik.

"Tu" kata Khairul lalu menunjukkan di belakang Dahlia.

Dahlia menoleh.

"YAH KAU. Ish terkejut aku je" marahnya.

Terkejut dia saat melihat Aidyn di belakang. Mahu sahaja dia mengangkat penumbuk lalu dilayangkan ke muka bersih lelaki itu.

"Lawak siak muka kau. Hahahahaha" gelak Aidyn lalu berdiri di sebelah Khairul.

"Eh kau. Aku tak segan-segan nak layangkan penumbuk padu aku dekat muka anak patung kau tu" ugut Dahlia.

Kecut perut terus jejaka itu mendengar ugutan Dahlia lalu menyorok di belakang Khairul.

"Eh dah-dah. Pening aku dengan korang ni" Khairul memberhentikan pergaduhan kecil antara mereka berdua.

"Kitaorang masuk dulu ye Dahlia. Cau" kata Khairul lalu menarik kolar baju Aidyn dan diheret masuk ke dalam dorm.

Dahlia pula menjelirkan lidahnya kepada Aidyn.

Dahlia meneruskan senaman paginya.

Di padang pula kebiasaannya jika tiada latihan pagi, atlet lelaki sering menghabiskan masa mereka di situ.

Manakala atlet perempuan akan duduk di tangga-tangga sekeliling padang dan memerhati atlet lelaki atau lebih tepat crush mereka.

Satu figura lelaki menangkap perhatiannya.

Kelihatan Mirul sedang membuat senaman naik turun tangga.

"No wonder you have a muscle body" tegur Dahlia.

"Wow you have a good eyes Miss Dahlia" puji Mirul.

"Well" kata Dahlia bangga.

"Baling botol air tu" kata Mirul.

Dahlia menoleh lalu mengambil botol air yang berada di atas bangku.

Mirul menyambutnya.

"Thanks. Sorang je? Kawan-kawan kau?" Ucap Mirul.

"Kitaorang lebih suka training seorang diri" kata Dahlia lalu duduk di sebelah Mirul.

"Oh I see" kata Mirul.

Dahlia hanya memerhati sekumpulan lelaki bermain bola sepak.

"Apa kata mulai esok kau training dengan aku" cadang Mirul.

"Hah. Oh never. Tak nak ah. Nanti jadi macam Ary dengan siapa kawan kau tu Haykal? Kena kejar reporters la. Sasaeng fans. Oh God never" tolak Dahlia.

"Ada ke fans kitaorang yang berani dekat dengan korang bertiga?" Soal Mirul.

Dahlia mengangkat sebelah keningnya.

"Maksud kau?" Soal Dahlia tidak mengerti.

"Aku dengar korang senior yang paling menakutkan dekat Uni ni" kata Mirul selamba.

Dahlia memandangnya dengan riak tidak percaya.

"Wh-what menakutkan? Correction tegas okay" kata Dahlia yang cuba menegakkan benang yang basah.

Mirul ketawa.

"Eleh ye la tu" sakat Mirul.

"Kau gelak lagi sekali memang pecah muka kau weyh" ugut Dahlia dengan pandangan membunuh.

Mirul tersengih lalu mengusap belakang tengkuknya.

"Hehheheh. Tak tak ketawa dah" tuturnya.

Tiba-tiba

"Senior BOLA" jeritan itu mula menangkap sistem pendengaran Mirul.

Kelihatan sebiji bola yang laju menerpa ke arah Dahlia.

Dia menarik Dahlia ke arahnya dan bola itu mengenai belakang badannya.

Dahlia yang terkejut terus memandang ke arah Mirul. Lama mereka dengan keadaan seperti.

"Senior maafkan kami" seorang pelajar lelaki menunduk di hadapan mereka.

Mirul mengangkat tangannya yang berada di belakang Dahlia.

"Ah sokay. Main elok-elok ye lain kali" ucap Mirul dengan senyuman.

"What- eh lain kali- mmmphhhh"
Mirul dengan segera menutup mulut Dahlia.

"Pergi sambung main ye. Pergi pergi" kata Mirul.

Pelajar lelaki itu cepat-cepat mengutip bolanya dan meninggalkan tempat berbahaya itu.

Dahlia pula sedaya upaya menarik tangan Mirul.

"Ah apa ni? Aku tak habis cakap lagi" marahnya.

"Tak ada apa la. Sikit je. Dah ah aku nak pergi cafe. Kau nak ikut tak?" Ajak Mirul lalu bangun dari tempat duduknya dan berjalan pergi.

"Ah. Eh kejap. Yah Mirul belakang kau okay tak?" Jerit Dahlia lalu mengejar jejaka itu yang sudah jauh meninggalkannya.

Tanpa disedari, mereka diperhatikan dari jauh oleh seseorang.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now