TR 32

7.7K 524 7
                                    

National training centre dorm

Aryana mula mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg. Akhirnya selepas seminggu dia berada di dorm pusat latihan negara untuk menerima latihan pusat di situ dia akan kembali ke SSU.

Sedang dia mengambil telefonnya di atas meja solek, dia terpandang seutas rantai yang masih elok di lehernya.

Rantai pemberian Haykal seminggu yang lalu tetapi dia masih belum memberi kata putus kepada lelaki itu mengenai keputusannya.

Panggilan urgent yang diterimanya sehari selepas makan malam itu, membuatkan dia terpaksa pergi ke pusat latihan negara tanpa sempat bersemuka dengan Haykal terlebih dahulu.

Aryana berhenti di bawah kawasan berbumbung di luar bangunan asrama. Hujan mula membasahi bumi.

Beg galasnya dikemaskan. Jam dikerling. Baru sahaja tadi Dahlia menelefonnya bahawa kawannya itu akan menjemputnya.

'Kalau dia yang ambil memang beruban la aku tunggu dekat sini'

Keluhan kecil terlepas daripada mulutnya.

Tiba-tiba muncul seseorang bersama payung berhenti di hadapannya. Wajah si dia masih terlindung dengan payung menyukarkan Aryana untuk melihat lelaki itu. Daripada penampilan serta seluar sahaja Aryana dapat mengagak bahawa pemilik payung itu ialah lelaki.

Serentak itu, lelaki itu mengangkat payungnya sedikit. Aryana terkejut melihat pemilik payung tersebut.

"Hey" tegurnya.

Aryana masih lagi kaku walaupun sudah ditegur oleh suara itu.

"What are you doing here?" soal Aryana.

"Jemput you of course" tuturnya bersama senyuman.

Haykal. Ya lelaki itu yang sedang berdiri di hadapannya saat ini sambil memegang payung.

"Jom" ajaknya lalu mengambil bagasi yang berada di sebelah Aryana.

"Hey jangan terkejut sangat la. I'm not a ghost" tegur Haykal apabila Aryana masih lagi tidak bergerak.

Payung diletakkan di tengah-tengah antara mereka agar kedua-duanya terlindung daripada hujan.

"Hey Aryana? Done staring on me?" seloroh Haykal.

"Eii mana ada" serentak itu lengan Haykal dipukul perlahan.

"Jom la takkan nak duduk sini je. Dah la depan asrama perempuan" ujar Haykal.

"Hah ye la. Biar aku pegang payung ni" batang payung itu bertukar tangan.

Aryana hanya mengekori Haykal sehingga tiba di kereta sport lelaki itu. Usai meletakkan bagasi Aryana ke dalam bonet, Haykal menghantar Aryana untuk masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Payung yang basah itu segera ditutup lalu diletakkan di bahagian bawah tempat duduknya.

"Bukan patutnya Dahlia ke kenapa kau pula jemput aku?" soal Aryana pelik.

"Alang-alang aku dekat luar" balas Haykal selamba lalu memusingkan stereng keretanya. Kereta itu membelok ke kanan, keluar dari kawasan asrama.

"Kenapa tak bagitahu dulu?" soal Haykal.

Aryana mengerling ke arah jejaka itu.

"Urgent call so I don't have a chance to meet you before I go" jelas Aryana berhati-hati dengan harapan agar lelaki itu memahaminya.

"It's okay. I understand" balas Haykal lalu memandang Aryana bersama senyuman di wajah kacaknya itu.

Aryana yang berasa agak kekok itu teragak-agak untuk membalas senyuman jejaka itu.

"So- where are we going?" soal Aryana setelah lama mendiamkan diri.

Itu pun apabila dia menyedari bahawa kereta yang dipandu Haykal bukan melalui jalan pulang ke SSU.

"Huh? Somewhere" balas Haykal pendek. Matanya masih difokuskan ke hadapan.

Aryana kembali mengunci mulutnya.
Kereta itu bergerak mengambil susur keluar di sebelah kanan.

Meanwhile

"What?!" Adrinne terjerit kecil apabila mendengar Dahlia menghabiskan kata-katanya.

Manakala Izz dan Mirul sudah menundukkan kepala mereka apabila pelanggan di situ memerhati mereka.

"Ad!" Dahlia mula memarahi rakannya itu.

"Tak la kau gila ke? Kalau Ary mengamuk macam mana?" soal Adrinne bertalu-talu.

Izz menarik lengan Adrinne lalu membuatkan tubuh gadis itu bersandar pada kerusi.

"Relax la Ad" tutur Izz yang cuba menenangkan Adrinne apabila mengetahui Haykal yang menjemput Aryana pulang tanpa dimaklumkan kepada tuannya terlebih dahulu.

Sudah semestinya kawannya itu akan mengamuk kelak. Dahlia pula hanya menayangkan ekspresi tenang di wajahnya.

"You know kan Ad, yang Haykal tu nak serious dengan Aryana, so let him"celah Mirul untuk menyokong cadangan Dahlia.

"But Haykal tu Hanna's ex girl-"

"Past is past Adrinne" potong Izz.

"Okay I surrender. What's the plan about?" balas Adrinne yang akhirnya mengalah dan turut serta dalam rancangan tiga makhluk di hadapannya ini.

"Good girl" ucap ketiga-tiga mereka serentak. Adrinne mengeluh.

Benarkah mereka ini rivals? Tetapi mengapa boleh sehati sejiwa pula.

"Oh guys" Mirul terus ke depan tubuhnya apabila dirinya sedang membaca sesuatu pada skrin telefon pintarnya.

"Why?" soal Izz yang duduk di hadapannya.

"In 3 days we have Fitness Day" ujar Mirul.

"So sudden?" soal Adrinne terkejut apabila Fitness Day yang menjadi acara tahunan SSU pada tahun ini diadakan awal tanpa dimaklumkan seminggu lebih awal.

Fitness Day ini ialah hari sukan yang di mana setiap sport department akan bersaing sesama mereka untuk menentukan department mana yang terhebat memandangkan universiti mereka merupakan sebuah universiti sukan. Jadi tentulah setiap department mempunyai kehebatan masing-masing dan cuba menonjolkan diri mereka setiap kali tibanya Fitness Day.

"Tak prepare apa-apa lagi ni. Dia buat lawak apa" luah Dahlia.

"Last year siapa menang?" soal Izz.

"Field and Track Department"

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now