1

17K 346 4
                                    

"MAMA minta maaf, Nat. Mama terpaksa buat semua ini." tutur Puan Salma. Perasaan bersalah terhadap anak keduanya sering menghantuinya sejak akhir-akhir. Semua ini gara-gara dia bersetuju dengan cadangan Puan Kalsom untuk menyatukan Irfan dengan Nadia. Puan Salma tahu yang Natrah dan Irfan sudah lama bercinta sejak di bangku sekolah lagi. Cuma hubungan Natrah dengan Irfan tidak diketahui kedua-dua belah keluarga kecuali dia. Dia mengetahui hubungan Natrah dengan Irfan melalui surat-surat yang dikirimkan oleh Irfan semasa Irfan masih belajar di luar negara.

Sepatutnya Puan Salma harus membatalkan niat Puan Kalsom untuk menikahkan anak terunanya dengan Nadia, tetapi melihat Nadia yang seakan-akan menggilai Irfan tidak kira siang atau malam menyebabkan Puan Salma bersetuju dengan Puan Kalsom. Puan Salma tidak mahu Nadia bertepuk sebelah dan sekiranya cinta Nadia terhadap Irfan tidak berbalas, hati anak sulungnya juga yang patah. Terpaksalah dia memilih Nadia berbanding Natrah yang mencintai Irfan.

Natrah mengeluh.

"Mama tak perlu meminta maaf. Nat faham, ma."

"Tapi, mama rasa bersalah terhadap Nat."

"Ma, anggap aje yang kami berdua tak ada jodoh."

"Nat, mama akan pastikan Nat bahagia."

Natrah memeluk Puan Salma. Air mata Natrah jatuh berguguran. Dia mengesat air matanya dari dilihat oleh Puan Salma. Kemudian pelukan itu dileraikan.

"Mama, jodoh, ajal dan maut... di tangan-Nya." Natrah bertutur sayu. Dia redha dengan apa yang berlaku. Siapa sangka percintaan yang terbina selama bertahun-tahun akhirnya putus di tengah jalan. Mungkin betul apa orang kata, tiada gunanya bercinta bertahun-tahun. Lama-lama akan putus jua.

Irfan mungkin bukan jodohnya. Dia terpaksa akui perkara itu.

Hendak membantah perkahwinan antara Nadia dengan Irfan, dia tidak mampu. Dia tidak mahu memalukan diri sendiri dengan memberitahu hubungan mereka berdua kepada ahli keluarganya walaupun hatinya perit terpaksa menerima kenyataan bahawa Irfan bakal menjadi abang iparnya.

Jika dia memberitahu hal yang sebenar, semua itu sudah terlambat. Tinggal dua hari lagi majlis perkahwinan Irfan dengan Nadia. Dia tidak mahu merosakkan hari bahagia kakaknya. Kakaknya kelihatan sangat gembira dengan perkahwinan yang akan menyatukan dia dengan Irfan, lelaki yang dicintai adik kandungnya.

Dia perlu melepaskan semua cintanya jauh-jauh. Jangan ada perasaan cinta lagi terhadap lelaki itu.

Demi kebahagiaan kakaknya, dia rela berkorban.

Anggap sahaja... dia tiada jodoh dengan Irfan.

Berkorban adalah jalan yang terbaik.

Sekali lagi Natrah mengeluh.

Tiba-tiba, panggilan daripada Irfan mematikan keluhannya.

Puan Salma melihat nama Irfan tertera di skrin telefon Natrah. Dia memandang Natrah.

"Nat, jawablah panggilan tu."

"Tak mahulah, ma."

"Kenapa?"

"Hmmm... Dia bakal menjadi suami kak long. Nat tak mahu berlaku perkara yang tak diingini. Lagipun Nat tahu apa yang mahu diberitahu oleh Irfan."

Natrah menolak panggilan Irfan. Dia segera mematikan telefonnya supaya tidak diganggu lagi dengan panggilan Irfan.

Puan Salma berasa tidak senang hati pula. Irfan semakin kerap menganggu Natrah. Dia bimbang perkara itu diketahui oleh Nadia.

"Nat, Nat perlu berjanji dengan permintaan mama. Mungkin permintaan mama ini akan menyakitkan hati Nat, tapi demi Nadia. Nat kena berjanji dengan mama. Boleh, kan?"

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now