11

5.5K 184 0
                                    

"BOLEH tak jangan merajuk lama-lama?" tegur Natrah.

Iqbal diam. Langsung tidak memandang wajah isterinya di depan. Dia terus melahap nasi ayam yang terhidang.

"Macam budaklah!" Natrah merengus. Sakit pula hatinya bila terpaksa memujuk lelaki hati tisu ini. Sudah bermacam-macam cara dia buat untuk 'memulihkan' hati Iqbal.

"Lantak awaklah nak merajuk sampai bila pun! Saya dah mengalah pujuk awak ni." Natrah bingkas bangun. Dia mengatur langkah untuk keluar dari restoran nasi ayam milik Datin Suria.

Sampai di pintu restoran, Natrah menoleh ke arah Iqbal. Iqbal masih duduk di meja sambil makan. Hatinya... Membengkak menahan amarah. Nak merajuk ke nak marah ke, terserah awaklah Iqbal! Saya malas nak ambil tahu. Natrah buka pintu dan terus menuju ke keretanya.

Enjin dihidupkan. Otaknya mencari destinasi ingin ditujui. Ingatkan bila datang sini dan guna kuasa pujukan itu, Iqbal tak merajuk dah. Tapi lain difikir, lain pula jadinya. Iqbal masih dengan merajuknya. Kalau sudah spesis merajuk, sampai ke tua bangka macam tulah jadinya. Hish!

Iphone diambil dari beg tangan. Nombor Datin Suria didail. Panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, mama."

"Waalaikumussalam, Nat. Nat dah jumpa dengan Iq?"

"Dah, mama."

"Macam mana? Iq dah okey?"

"Ma, Nat angkat bendera putih dengan perangai dia tu. Merajuk macam budak kecil. Dahlah merajuk dengan perkara kecil, tapi lagak dia mengalah orang perempuan. Nat tak sukalah dengan perangai dia ni. Nat harap Isaac tak ikut perangai dia." Natrah mengadu.

Datin Suria ketawa di hujung talian.

"Sabar, sayang. Dah lama Iq tak merajuk. Kali terakhir dia merajuk masa dia tingkatan lima dulu."

"Mama tak ada cara lain untuk pujuk anak mama tu?"

"Hm, kalau Nat guna cara ini, Nat mahu?"

"Cara macam mana?"

"Bagi anak kat Iqbal."

Hampir tercabut jantung Natrah terkejut. Bagi anak? Gila!

"Mama!"

Datin Suria gelak. Boleh pula Datin Suria bergurau pasal hal ini. Dia belum bersedia lagi untuk sampai ke tahap anak tu.

"Sorry, Nat. Mama bergurau." Sisa ketawa Datin Suria masih ada.

"Mama ni, terkejut Nat tau. Kalau Iqbal dengar, mati Nat. Nat belum ready yang tu." keluh Natrah. Kalau nak anak, Isaac ada. Cukup Isaac seorang aje. Tak payah ramai-ramai. Bikin kepala serabut aje nak uruskan anak-anak yang ramai ini.

Astaghfirullahalazim, Natrah. Anak itu anugerah yang paling berharga dari ALLAH. Kau juga yang tak sabar untuk mempunyai anak dari rahim kau sendiri, kan? Istighfar dan bawa mengucap, Natrah.

"Nat, jangan melewat-lewatkan benda yang wajib."

"Benda wajib apa?" soal Natrah tidak faham.

"Anak."

"Astaghfirullahalazim, mama." Natrah mahu menangis. Kalau bincang pasal anak, dia memang belum bersedia lagi untuk mempunyai anak bersama Iqbal. Dia masih dalam proses untuk menerima Iqbal sebagai suaminya.

Datin Suria pula makin galak ketawa. Tak habis-habis mengenakan menantunya. Sudah tahu menantunya itu terpaksa berkahwin mengejut, disuakan pula dengan isu anak ini. Bagilah masa dekat Natrah dulu. Bila Natrah sudah ikhlas terima Iqbal, Insha-ALLAH. Akan ada zuriat Iqbal yang seterusnya.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now