HARI ini Iqbal begitu bersemangat pergi kerja. Semangat sampai tersenyum meleret. Staf-staf Suria Holding masing-masing tayang muka hairan melihat bos mereka tersenyum-senyum. Iqbal mendapat semangat bekerjanya kembali selepas beberapa bulan asyik bercuti panjang kerana ada isteri yang akan menunggunya pulang dari kerja selepas ini.
Natrah sudah berjanji padanya. Dalam hati Natrah hanya ada dua orang lelaki dia sayang. Pertama, arwah ayahnya. Kedua, Iqbal Haris. Okey. Duduk di nombor dua tak apa, jangan duduk di nombor akhir. Itu Iqbal tak nak.
Oh, bahagianya hidup!
Hati Iqbal sungguh riang pada pagi ini.
Riang kerana ada isteri yang mencintainya.
"Bro!" jerkah Hasnol, kawan memerangkap PA Iqbal.
"Allah, terkejut aku!" Iqbal mengurut dadanya yang terkejut.
"Mengelamun jauh nampak."
"Boleh tak kalau nak masuk tu, tolong ketuk pintu dulu. Nasib baik aku tak ada sakit jantung." Marah Iqbal. Hasnol duduk.
Hasnol ketawa. Tak pernah Hasnol melihat Iqbal mengelamun dan tersenyum-senyum macam tu. Biasanya Iqbal masuk pejabat dengan wajah yang serius macam singa mencari mangsa. Hairan pula hari ini. Lain macam sikap Iqbal hari ni. Macam orang tengah dilamun cinta.
"Bro, aku dah ketuk pintu kau sampai nak pecah. Tapi kau tak dengar. Dok mengelamun kerjanya."
"Orang tengah bahagia, biasalah. Kau apa tahu."
"Eleh, bro. Orang tengah bahagia, tak macam ni. Senyuman tu tak meleret sampai ke telinga, tau."
Iqbal mencebik.
"Orang tengah bahagia ni, okey. Senyum sampai ke telinga. Mental boleh senget ke bawah."
Makin kuat ketawa Hasnol mendengarnya. Sahlah Iqbal dah jatuh cinta kat seseorang.
"Kau dah jatuh cinta kat siapa ni?" tanya Hasnol.
"Kat bini akulah."
"Hah? Kau dah berkahwin lain? Bila?" soal Hasnol.
"Aku dah berkahwin pada tahun lepas. Aku tak beritahu orang lain pasal pernikahan kami sebab kami ada problem sikit nak kena uruskan. Insha-Allah, lepas semua masalah tu selesai, kami akan buat pengumuman dan majlis perkahwinan."
"What?! Eh, sampai hati kau tak beritahu aku. At least, beritahulah, weh. Aku ni bff kau sejak dari tadika lagi tau." Marah Hasnol. Sedikit terasa.
Iqbal ketawa.
"Jangan nak terasa sangatlah, bro. Aku minta maaf sebab tak beritahu kau. Tapi, aku nak kau jadi pengapit aku. Nak?"
"Mestilah nak."
"Kau jangan beritahu kat orang lain pasal aku dah berkahwin."
"Asal pula? Benda baik, jangan sorokkan."
"Adalah sebab kenapa orang lain tak boleh tahu. Kau kena rahsiakan hal ni, okey?"
"Okey, aku akan rahsiakannya."
"Thanks, bro."
Tak lama kemudian, Dian masuk membawa dua buah fail.
Dahi Iqbal berkerut melihat Dian.
"Dian, you buat apa kat sini?" soal Iqbal.
"I setiausaha baru you, Iq."
"Since when?" Iqbal tak perasan Dian berada di meja setiausahanya tadi. Dia terlajak gembira sampai tak sedar orang di sekelilingnya.
YOU ARE READING
PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)
RomanceKISAH ANTARA NATRAH DAN IQBAL KERANA BENCI TELAH MENGIKAT HUBUNGAN NATRAH DAN IQBAL JANGAN COPY PASTE CERITA INI DI MANA2. HARAM TAU! KALAU BERBUAT JUGA, TANGGGUNGLAH SENDIRI. FREE READING FOR SESIAPA NAK BACA.