22

5.1K 190 0
                                    

"HAI, Iq." Dian menyapa Iqbal.

Langkah Iqbal terhenti. Dia memusing tubuhnya ke belakang.

"Hai, cik nak cari siapa?" tanya Iqbal pada perempuan berbaju kurung moden itu. Rambut perempuan itu berwarna perang dan dibiarkan panjang mengurai.

"Iq, you dah lupakan I? I, Dian. Anak Dato' Farid. Kita satu kolej dulu."

Iqbal cuba mengingati nama perempuan yang bernama Dian dan Dato' Farid. Ingatan Iqbal mula menerjah.

Dian Dato' Farid, rakan satu kolej tapi berlainan bidang. Dian dengan Iqbal tidak rapat sangat. Dato' Farid dan Datin Suria adalah rakan bisnes. Jadi mereka berdua berkenalan kerana ibu bapa mereka. Kebetulan mereka berdua juga belajar di kolej yang sama. Dian adalah junior Iqbal di kolej.

"Oh, you. You buat apa kat Suria Holding?" tanya Iqbal.

"I datang untuk interview kat sini sebagai setiausaha CEO Suria Holding." Ujar Dian. Dia amat teruja apabila diberitahu ada jawatan kosong sebagai setiausaha kepada Iqbal oleh ayahnya. Dian ingin mencuba nasib. Jika dia berjaya, dia boleh berada dekat dengan Iqbal.

"You dah masuk ke dalam?"

"Belum lagi. Kejap lagi giliran I."

Iqbal melihat jam di tangan.

"Sorry, Dian. I ada dating. Good luck untuk you, okey." Iqbal berlalu pergi meninggalkan Dian.

Dian menghentak kaki tanda tidak puas hati dengan layanan Iqbal. Dating? Iqbal mempunyai kekasih? Dian mengetap bibir menahan geram.

"Aku akan pastikan Iqbal Haris menjadi milik aku."

ZACK mengekori kereta yang dipandu oleh Natrah. Kereta Natrah memasuki perkarangan rumah agam yang besar. Zack mengambil telefonnya dan mengambil gambar rumah agam itu lalu menghantar kepada Hamidi melalui aplikasi WhatsApp.

Hamidi yang tengah menunggu laporan daripada Zack menerima mesej daripada Zack. Sekeping gambar dihantar oleh Zack. Dia membuka gambar tersebut.

"Rumah Suria? Apa Natrah buat kat sini?" soalnya. Hamidi mengerut dahi memikirkan apa yang Natrah buat di rumah Datin Suria. Bukankah hubungan Natrah dengan Datin Suria tidak akrab. Tapi,

"Natrah semakin rapat dengan Iqbal. Along takut mereka bercinta." Kata-kata Puan Salma merungkai persoalan Hamidi.

Natrah dan Iqbal,

Mereka sedang bercinta.

"Cis! Aku akan pisahkan kau dengan anak perempuan tak guna tu, Natrah. Dengan dia sekali, aku akan hapuskan bersama kau!" Hamidi mengamuk.

Mesej ditaip,

Rancangan baru, hapuskan Iqbal sekali. – Hamidi

Mesej dihantar. Dua minit kemudian, Zack membalas mesej Hamidi.

No problem. Bos kena up kan lagi bayaran untuk aku. – Zack

Takde hal. Asalkan kau hapuskan dua orang tu. – Hamidi.

Rancangan asal, bunuh Natrah. Tapi, Natrah rapat dengan Iqbal. Rancangan bertukar. Dua orang menjadi mangsa.

Hamidi pernah cuba perangkap Iqbal dengan mengupah orang kepercayaan Iqbal untuk membuatkan Iqbal ditangkap basah supaya berita itu tersebar di seluruh Malaysia membolehkan maruah yang dijaga oleh Iqbal dan Datin Suria sebagai orang kaya dan ternama itu rosak. Namun, dia tidak berjaya. Rancangan yang diatur dengan rapi gagal! Hamidi mula melupakan rancangan seterusnya kerana dia tidak mahu lagi berfikir panjang untuk memusnahkan anak Datin Suria.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now