26

5.1K 167 0
                                    

IQBAL menunjukkan bilik kepada Natrah. Natrah tergaman seketika melihat warna biliknya.

"Warna pink?"

"Yes, warna pink."

"Eish, tak sukalah warna pink. Tukarlah cat lain."

"Eh, bukan ke perempuan suka warna pink?" soal Iqbal kehairanan.

Asal warna cat bilik ini warna putih. Bilik ni bilik tetamu yang sama besar dengan biliknya. Tapi disebabkan cadangan Datin Suria yang mahu menjadikan bilik tidur Iqbal sebagai bilik bacaannya, Iqbal terpaksa mengubahsuai bilik tetamu ini menjadi bilik dia dan Natrah. Terpaksalah Iqbal merelakan bilik kesayangannya bertukar menjadi bilik bacaan Datin Suria. Lagipun bilik ini sama besar dengan bilik Datin Suria dan Iqbal itu. Sesuai sangatlah kalau dijadikan bilik dia dengan Natrah, kan?

"Tapi saya tak suka warna pink. Pink tu untuk tak sesuai dengan usia saya."

"Habis tu, awak nak warna apa ni?"

"Warna biru."

"Tak boleh warna biru."

"Kenapa pula tak boleh?"

"Warna biru tu warna lelaki. Awak perempuan, kena warna pink juga."

"No, saya nak juga warna biru. Saya tak kira, esok awak kena panggil orang cat bilik ni!"

"Tak payah! Bilik ni warna pink! Titik!!!"

"Iqbal!"

"Warna pink, eh? Sesuailah dengan awak yang comel ni. Esok, saya beli anak patung Barbie dan letak sekeliling katil awak tu, ya?"

Natrah naik angin. Siapa nak tidur dengan warna macam ni. Boleh jadi anak matanya yang berwarna hitam bertukar menjadi merah jambu kalau asyik pandang dinding bilik berwarna macam tu.

"Eish, tak payah nak mengada-ngada nak beli anak patung bagai. Ingat orang ni budak lagi ke?"

"Hah, memang budak lagi pun."

Natrah mencebik. Geram pula dengan Iqbal. Boleh pula dia cat warna bilik ni dengan warna pink. Dah macam bilik budak pula.

"Iqbal, kalau awak tak nak tukar cat ni, saya tidur kat hotel."

"Eh, tak boleh. Awak kena tidur dengan saya malam ni. Esok saya suruh orang cat bilik ni dengan warna biru awak tu."

Mata Natrah membesar membulat.

"Siapa cakap nak tidur dengan awak? Saya tak naklah. Bilik ni untuk saya seorang sahaja. Awak tak boleh masuk."

Iqbal senyum.

"Awak jangan risau. Saya takkan sentuh awak."

"Eleh, cakap je taknak sentuh. Kalau peluang depan mata, nak juga ambil kesempatan."

"Eh, kalau orang sebelah tu orang halal, mestilah sayaa..."

"Iqbal Haris! Jangan nak mengarutlah! Eish, bencilahhhh!!"

Iqbal gelak.

"Saya gurau ajelah."

Natrah mengurut dada lega. Ingatkan betul dah apa yang Iqbal cakapkan tu. Kalau betul, dia belum bersedia. Benda elok nak jadi malam ni, jadi benda tak elok pula. Eish. Geli! Geli teramatlahh!

"Malam ni, awak jangan masuk bilik ni. DIHARAMKAN MASUK!" tegas Natrah.

"Natrah, awak jangan jadi isteri yang nusyuz. Ingat, perkataan awak tu boleh menggambarkan awak isteri yang macam mana." Tegur Iqbal.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now