12

5.5K 173 0
                                    

DI hospital, Natrah terus mencari kakaknya di wad ICU. Menurut Kamil, selepas Nadia menikam Irfan, Nadia kelar tangannya menyebabkan urat tangannya terputus dan berada di wad ICU. Keadaan Nadia sangat teruk berbanding dengan keadaan Irfan. Tikaman di perut Irfan tidak dalam.

"Mama..." Natrah memeluk Puan Salma.

"Nat, Iq."

"Macam mana boleh terjadi, mak long?" tanya Iqbal.

"Mak long tak tahu, Iq. Mak long dan Kamil pergi pasar tengahari tadi. Bila balik, Nadia dan Irfan dalam berlumuran darah di atas lantai. Irfan terbaring dengan perutnya berdarah, Nadia pula pegang pisau dan tangannya cedera." Puan Salma menangis. Dia memeluk erat Natrah.

"Nat nak jumpa kak long."

"Kak long dalam wad lagi. Doktor tak benarkan sesiapa msuk." Beritahu Puan Salma.

"Irfan macam mana? Dia teruk ke, ma?" tanya Natrah.

Iqbal di sebelah menjeling tajam. Hatinya cemburu isterinya menanya tentang bekas kekasih lamanya.

"Irfan dah okey. Kecederaannya tidak teruk."

DI kantin hospital,

Natrah menerima mesej daripada Puan Salma. Dia bangun dari kerusi. Makanan di hadapannya masih bersisa.

"Awak nak pergi mana, Nat?" soal Iqbal apabila Natrah bangun.

"Nak jenguk Irfan."

Iqbal bangun. Dia menarik tangan Natrah.

"Saya tak izinkan." Ujar Iqbal dengan alasan dia tidak mahu Natrah berjumpa dengan Irfan. Aura cemburunya makin membuak-buak. Haih!

"Mama minta saya temankan untuk jumpa Irfan." Beritahu Natrah perkara sebenar. Dari tadi Natrah mengesan aura cemburu dalam diri Natrah. Natrah tersenyum sahaja melihat Iqbal yang diam membatu di depan wad ICU semasa dia asyik bertanya pasal Irfan dengan doktor.

"Saya ikut sekali." Minta Iqbal dengan harapan Natrah tidak 'bermiang' dengan Irfan. Kata sudah berpisah, tapi hati Natrah masih ada Irfan. Sebab itu dia susah untuk memikat Natrah itu.

"Hm, ikut awaklah. Tapi depan mama dan Irfan, awak jangan nak menggatal pula." Pesan Natrah. Iqbal, kalau jiwa miangnya menular depan orang ramai termasuk mama dan Irfan, memang rahsia yang disimpan akan terbongkar.

"Hari-hari saya menggatal dengan awak, tak pernah pula awak nak menggatal dengan saya."

Lengan Iqbal dicubit.

Iqbal tersengih.

"Saya memang berharap Isaac tak ikut perangai awak. Gatal tak bertempat. Hish." Getus Natrah geram.

"Sayang, kalau sudah jatuh cinta kat awak, hari-hari saya nak bermiang-miang dengan awak. Tapi awaklah, jual mahal."

Natrah menggeleng kepala. Macam-macamlah Iqbal ni.

"Jomlah, mama tengah tunggu tu."

"Hmmm..."

"IR mesti ceraikan perempuan gila tu!" dari dalam bilik, jelas kedengaran suara Puan Kalsom. Puan Kalsom tengah marah. Gunung berapinya benar-benar meletus pagi ini. Anak lelaki tunggalnya ditikam oleh isteri sendiri. Mana dia tidak terkejut dan sedih dengan keadaan anaknya.

"Irfan tak nak, mama." Ujar Irfan.

"Kenapa? Dia cuba bunuh kamu." Puan Kalsom tidak puas hati. Dia ingin memastikan Nadia masuk penjara atas kesalahan cubaan membunuh.

"Dia isteri Irfan dan dia tak sengaja." Irfan mencari alasan. Sedangkan dia mempunyai seribu rancangan untuk membuatkan Nadia sengsara.

"Tak sengaja? Dia tak sengaja tikam kamu?" soal Puan Kalsom.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now