AKHIR/TAMAT

8.9K 247 3
                                    

"CANTIK bini kau, Iq!" Mata Hasnol tidak lepas memandang Natrah yang sibuk melayan tetamu yang hadir.

Hari ini, di rumah agam Datin Suria berlangsungnya majlis kesyukuran yang diadakan bersempena meraikan perkahwinan Natrah dan Iqbal. Majlis itu diadakan dalam suasana yang ringkas tapi meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang dijemput.

Iqbal menyiku lengan Hasnol.

"Amboi, jaga-jaga, Nol. Bini aku tu. Kan aku korek mata kau, kan." marah Iqbal. Tak suka dengan pandangan Hasnol memandang Natrah.

Hasnol ketawa.

"Cemburu ke?"

"Mestilah cemburu. Bini aku, kut. Kau jangan, Nol. Kalau aku tahu kau nak mengurat bini aku, lunyai aku kerjakan kau ni."

"Rilekslah, taste aku bukan bini oranglah. Aku dah ada yang special tau."

"Siapa nak kat kau yang buncit ni?"

"Tu..." Hasnol menjuihkan bibir ke arah perempuan memakai baju kurung berwarna merah yang duduk berbual dengan Datin Suria.

Iqbal mengerut dahi.

"Sarimah?"

"Haah."

"Weh, kau berjaya pikat Sarimah? Hebat kau, Nol." Iqbal menepuk bahu Hasnol. Sarimah tu bukan senang nak dipikat. Susah tau. Ayah dia tu bekas tentera darat.

"Pakai mak aku nak pikat dia. Kalau aku, jangan haraplah." Hasnol sendiri tak menyangka pilihan maknya ialah Sarimah, pekerja di butik Datin Suria. Hasnol tahu Sarimah sangat susah nak dipikat. Lagi-lagi tentera pencen yang selalu memerhati gerak-gerinya setiap kali dia hendak mendekati Sarimah.

Iqbal ketawa.

"Mak kau pun hebat jugalah. Berjaya juga mak kau cari isteri untuk kau, ya."

"Alhamdulilah. Akhirnya aku temui jodoh yang sesuai. Semoga aku dapat menjalankan tanggungjawab seorang suami dan ketua keluarga dengan baik."

"Amin, insha-Allah."

Sementara itu, Natrah sibuk melayan pertanyaan daripada Erine yang baru pulang dari luar negara.

"Weh, tak sangka kau kahwin juga dengan sepupu kau. Aku ingat lagi, kau dulu bukan main benci kat Iqbal sampai sanggup nak aniaya dia. Tapi jodoh telah menyatukan kau dengan dia juga." Ujar Erine. Dia turut tumpang bahagia melihat Iqbal dan Natrah dapat bersatu.

"Aku ingatkan aku akan bercerai dengan Iqbal dulu. Yalah, dulu aku tak tahu perkara sebenar. Iqbal pula bersusah payah nak pikat hati aku. Kemudian aku jatuh hati kat dia. Aku takut masa tu. Takut perasaan aku tak mampu menahan perasaan lain menghuni diri aku."

"Kemudian, Iqbal terus menggoda Natrah Hanani sampai dia jatuh dalam hati Iqbal." Iqbal muncul menyampuk.

"Eh, bukan ke abang tengah berbual dengan Hasnol? Mana Hasnol?" tanya Natrah.

"Tu, tengah mengayat Sarimah."

Natrah gelak.

Erine senyum.

"Weh, aku cemburu ni tengok kau berdua. Aku ni... Entah bila nak berkahwin. Jodoh tak ada lagi."

"Erine nak saya tolong carikan"

"Nak!" bersungguh-sungguh Erine.

"Amboi, Erine. Kau jangan, Erine." Ujar Natrah.

"Nat, bagi aku merasai kebahagian yang kau rasai, okey. Aku pun nak nikah, nak ada suami juga. Tak naklah aku jadi anak dara tua."

Natrah dan Iqbal ketawa.

NATRAH mengheret Iqbal masuk bilik meninggalkan tetamu-tetamu di bawah.

"Nat ada sesuatu nak bagi kat abang ni." Natrah membuka laci meja. Dia mengambil sampul surat lalu menyerahkan kepada Iqbal.

"Apa dalam ni?"

"Abang bukalah."

Iqbal buka. Dia mengambil isi kandungan sampul surat itu.

Dahi Iqbal berkerut.

"Pregnant test?"

Natrah mengangguk.

"Kenapa dengan benda ni?" soal Iqbal tidak faham.

"Abang ni, takkan tak faham lagi?"

"Abang memang tak faham, Nat."

Natrah menepuk dahi. Susah betul dengan suaminya ni.

"Okey, abang tengok kat line tu. Ada berapa line?"

"Dua."

"Kalau ada dua, maksudnya apa?"

"Mengandunglah."

"Hah, Nat bagi pregnant test kat abang ni maksudnya apa?"

"Nat mengandung."

Natrah diam. Dia senyum.

Iqbal terkejut. Dua line? Pregnant test? Nat mengandung?

"Nat mengandung?!"

"Ya, abang. Nat mengandung. Abang akan menjadi papa. Isaac akan dapat adik."

Iqbal terus memeluk Natrah.

"Terima kasih, Nat. Terima kasih kerana menjadi perempuan yang abang sayang."

Natrah tersenyum dalam pelukan.

Alhamdulilah... Terima kasih Allah.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now