"KAU boleh tak jangan jadi budak, Iqbal?
"Aku tak nak kau dekat dengan lelaki yang telah menghancurkan hati kau tu."
"Biarkanlah dia, Iqbal. Esok dia akan jadi suami orang."
"Walaupun dia akan jadi suami orang, hati dia masih ada kau."
"Kejap, aku dapat rasa aura cemburu kat sini. Aura tu semakin kuat. Sangat kuat sampai melemaskan aku."
"Aku dah beritahu kau tadi, aku cemburu!"
Natrah ketawa. Iqbal sangat lucu.
Tiba-tiba Irfan keluar dari kedai. Dia ternampak Natrah bersama seorang lelaki di luar. Dia mendekati Natrah.
"Nat, Nat buat apa kat sini malam-malam buta?" soal Irfan. Di tangan kirinya ada dua beg plastik penuh dengan makanan ringan.
"Dia keluar berdating dengan aku." Iqbal bersuara menjawab bagi pihak Natrah.
Mata Natrah tajam menjeling Iqbal.
Irfan mengerut dahi.
"Betul ke, Nat?" tanya Irfan pada Natrah.
"Ya," jawab Natrah pendek. Dia terpaksa.
Irfan seperti tidak puas hati.
"Begitu cepat Nat melupakan abang?"
"Kenapa, bang? Tak boleh ke Nat melupakan abang?"
"Tak boleh sebab abang masih mencintai Nat."
"Please, abang. Esok abang akan kahwin dengan Nadia. Lupakan Nat." Pohon Natrah.
"Tak boleh. Abang tak boleh lupakan Nat." Tangan Irfan cuba mencapai tangan Natrah.
Iqbal segera menapis tangan Irfan dari mencapai tangan Natrah.
"Bro, behave. Tangan ni bakal menjadi milik aku. Kau jangan sentuh tangan ni." Iqbal berdiri depan Natrah menghadap Irfan.
"Dia kekasih aku, ikut suka hati akulah nak pegang dia." Irfan tidak kenal siapa lelaki ini. Tapi lelaki itu kemungkinan kekasih baru Natrah.
"Kau reti halal dan haram, tak? Pegang tangan bukan muhrim kau ni haram!"
"Dia bakal menjadi isteri aku."
Iqbal gelak.
"Bakal isteri kau? Habis Nadia, kau nak simpan kat mana? Please, bro. Jangan tersedesak sangat dalam hal ni. Natrah dan kau bukan lagi pasangan kekasih. Kau akan berkahwin esok dan Nadia akan menjadi milik aku. So, please. Pergi dari hidup Natrah dan jangan ganggu Natrah."
Irfan tak puas hati dengan lelaki di depannya. Siapa lelaki ini mahu menghalang dia? Lelaki tidak patut masuk campur dalam urusan cinta Irfan. Irfan mengenggam buku lima dan menghayunkan ke muka Iqbal.
Iqbal mengelak.
Natrah terkejut.
"Kau nak tumbuk aku?" soal Iqbal.
"Aku nak kau yang pergi dari sini. Kau jangan cuba rampas Natrah dari aku!"
Dushhhhh!
Badan Irfan yang kurus kering itu terjatuh tersungkur.
"Aku harap kau sedar, Irfan. Hubungan kau dengan Natrah sudah berakhir bila kau bersetuju berkahwin dengan Nadia. Ini salah kau, Irfan. Kau tak mempertahankan cinta kau. Kau membiarkan Natrah berkorban demi kau. Penggorbanan Natrah sebenarnya sia-sia sebab dia terpaksa berkorban demi lelaki dayus macam kau ni. Natrah cuba mencari bahagia dia sendiri bila kau yang berjanji dengan dia untuk hidup bahagia bersama-sama, tapi kau dah memungkiri janji tu.
YOU ARE READING
PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)
RomanceKISAH ANTARA NATRAH DAN IQBAL KERANA BENCI TELAH MENGIKAT HUBUNGAN NATRAH DAN IQBAL JANGAN COPY PASTE CERITA INI DI MANA2. HARAM TAU! KALAU BERBUAT JUGA, TANGGGUNGLAH SENDIRI. FREE READING FOR SESIAPA NAK BACA.