14

5.2K 189 0
                                    

NADIA sedar keesokan harinya. Dia menangis mencari Irfan selepas dimaklumkan Irfan cedera dan di masukkan dalam wad.

"Ma, Nadia bersalah terhadap Irfan." Nadia menangis teresak-esak dalam pelukan Puan Salma.

"Nadia, kenapa Nadia tikam Irfan?" tanya Puan Salma.

"Nadia tak ingat apa puncanya. Tapi tengahari tu kami bergaduh besar. Nadia... Nadia tak tahu apa sebabnya." Jujur Nadia mengakui. Dia tidak ingat puncanya. Yang dia ingat, Irfan berlumuran darah di atas lantai. Dia telah menikam Irfan dengan tangannya.

"Syhh... Bertenang sayang." Puan Salma menenangkan anak sulungnya.

"Irfan berada kat wad mana? Nadia nak jumpa dia."

"Irfan sudah balik."

Sebentar tadi Irfan datang melawat Nadia. Nadia tidur. Tanpa berlengah Irfan terus beredar.

"Kenapa dia tak datang jenguk Nadia? Irfan tak cintakan Nadia lagi? Ma, Nadia tak mahu kehilangan Irfan." Rayu Nadia.

"Dia datang, tapi sekejap aje. Nadia tengah tidur." Beritahu Puan Salma.

Nadia diam.

"Ma, Nadia nak tidur." Tiba-tiba Nadia berasa mengantuk pula. Dia menutup matanya.

"KAK long dah sedar, ma?" Natrah masuk.

"Dah, Nat. Dia tidur balik."

"Ma, kita keluar sekejap." Ajak Natrah.

Puan Salma dan Natrah duduk depan wad Nadia.

"Semalam pak ngah datang dengan Naufal." Beritahu Natrah.

"Mereka nak apa?" tanya Puan Salma.

"Pak ngah nak Natrah kahwin dengan Naufal." Natrah mengeluh di hujung ayatnya. Dia tidak tidur semalam memikirkan tujuan Pak Ngah Hamidi mahu menyuntingnya untuk Naufal. Apa motifnya? Apa sebab pak ngah datang malam-malam kalau tak tunggu esok paginya? Mujur dia tak beritahu Iqbal pasal ini. Kalau tidak, lain yang jadinya.

Puan Salma tidak terkejut. Dia sudah sedia maklum dengan tujuan adiknya itu.

"Mama," panggil Natrah setelah mamanya diam.

"Hah,"

"Mama dengar tak?"

"Mama dengar, sayang."

"Mama tahu pasal hal ni?" soal Natrah.

"Mama tahu."

Natrah mendengus kasar. Dia bangun.

"Kenapa mama tak beritahu Nat? Patutlah pak ngah sanggup datang malam-malam cakap benda ni. Mama tahu tak, pak ngah paksa Nat putuskan hubungan dengan kekasih Nat. Sorry. Nat tak akan putuskan dan Nat takkan kahwin dengan Naufal. Apa sebabnya Nat kena kahwin dengan Naufal? Tak ada sebab, kan? So, Nat taknak ikut cakap pak ngah!" tegas Natrah. Dalam soal ini, dia tak mahu dipaksa lagi. Dia tak mahu berkorban atau menyerahkan segala urusan kehidupannya pada keluarganya. Dia sudah mempunyai suami. Biar suaminya yang uruskan hidupnya pula. Tanggungjawab keluarganya sudah terlepas.

"Mama minta maaf, Nat. Mama tak sempat nak beritahu Nat. Nat, Nat abaikan sahaja permintaan mengarut pak ngah tu." pinta Puan Salma.

"Tapi Nat rasa ada sesuatu yang tak kena. Pak ngah desak Nat. Naufal pun sama. Mereka berdua mendesak Nat!" ujar Natrah geram.

"Walau apa pun yang pak ngah cuba buat dekat Nat, Nat jangan mempedulikannya. Mama tak nak cara pak ngah mempengaruhi Nat." Pesan Puan Salma.

"Hm, baiklah."

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now