32

5.6K 167 0
                                    

HAMIDI masih tak berpuas hati.

Natrah masih hidup!

"Kenapa kau tak tembak banyak kali, Zack? Perempuan tu masih hidup!" soal Hamidi melalui panggilan telefon.

"Ada orang, bos. Aku tak boleh tembak banya kali." Ujar Zack.

"Ah, alasan! Esok aku nak kau pergi hospital, tikam dia!" arah Hamidi.

"Kau gila, bos. Iqbal upah bodyguard dia berjaga depan wad itu." Beritahu Zack. Sebentar tadi, dia sengaja pergi ke wad di mana Natrah dirawat. Dia ingin melihat sama ada perempuan yang dia tembak itu masih bernyawa atau tidak. Tapi, niatnya terpaksa dibatalkan kerana ada bodyguard tercegat depan bilik.

"Kau takut dengan bodyguard tu? Hei, kau jangan jadi penakut, Zack. Kau buat apa yang aku suruh. Bunuh Natrah esok!" tegas Hamidi.

Zack di talian, mendengus kasar.

"Okey, kalau aku tertangkap esok, aku akan sebut nama kau sekali, bos." Ugut Zack. Memang dia takut sekarang. Takut kalau ditangkap oleh pihak polis.

"Kau jangan macam-macam, Zack. Jangan sebut nama aku!"

Zack ketawa. Hamidi takut!

"Kau takut? Eleh, bos. Berani buat rancangan nak bunuh orang, tapi diri sendiri penakut." Zack memperli.

Hamidi mengetap gigi. Dia terasa dengan sindiran Zack.

"Aku tak takut. Aku tak nak rancangan aku sia-sia." Dalih Hamidi. Sebenarnya, dia takut. Takut Zack menyebut namanya sebagai perancang utama. Pada masa itu, dia akan ditangkap dan meringkuk dalam penjara.

Hamidi senyum sinis.

Hamidi takkan disumbat ke dalam penjara.

Apa yang dirancangnya, tidak akan menjejaskannya.

"Hahaha, bos. Kau jangan jadi anak kucing kalau hati tak berani nak bunuh orang." Zack terus memperli.

"Sudahlah! Kau buat apa yang aku suruh!"

"Okey! Aku buat. Tapi aku nak kau masukkan duit dalam bank sebanyak tiga ribu."

"No hallah!"

Panggilan diletakkan.

Naufal tiba-tiba muncul di depan Hamidi.

"Apa rancangan ayah? Cubaan ayah untuk tembak Natrah sampai mati tak berjaya kali ni." Soal Naufal.

"Aku suruh Zack bunuh Natrah di hospital."

Naufal mengetap bibir. Nampaknya ayahnya tak berputus asa untuk membunuh Natrah.

Tak apa,

Telefon dalam kocek seluarnya telah merakam percakapan Hamidi. Mujur dia terfikir untuk merakamnya supaya dapat dijadikan bukti untuk mengukuhkan lagi dakwaan terhadap Hamidi.

"Ayah yakin kali ini?"

"Aku sangat yakin. Dua hari lepas, aku gagal membunuh Natrah sampai mati. Zack hanya tembak sekali sahaja. Satu tembakan tidak cukup untuk menumbangkan Natrah. Esok, kita akan dengar berita kematian Natrah Hanani, anak saudara kesayangan aku." Hamidi ketawa jahat. Sungguh yakin, esok Natrah akan mati!

Naufal diam. Telefonnya telah merakam percakapan Hamidi dengan jelas sekali.

"Ayah tak nak bunuh Natrah dengan tangan ayah?"

"Aku dah bunuh ayah dia dengan tangan aku. Biar orang lain pula bunuh dia. Seandainya Zack ditahan oleh pihak polis, aku boleh cuci tangan. Zack fikir dengan menyebut nama aku depan polis boleh menyumbat aku ke dalam penjara? Dia silap, aku awal-awal lagi cuci kesalahan aku. Polis tak boleh tangkap aku." Zack fikir dia bodoh, tapi Zack silap. Zack yang bodoh sebenarnya. Zack akan dipenjarakan atas kesalahan membunuh.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now