31

5.8K 196 0
                                    

"SAYA sangka awak akan tidur banyak hari."

"Ohh, kalau saya tidur banyak hari, awak nak cari perempuan lain?"

"Ehh, ke situ pula awak fikir pula."

"Habis tu,"

"Doktor beritahu awak mungkin akan 'tidur' dalam seminggu. Faham?"

Natrah sengih.

"Fahammmmm!!!"

"Syukur alhamdulilah, awak dah sedar, Natrah. Risau saya tengok keadaan awak. Rasa jantung saya dah hilang bila melihat awak terbaring atas katil dengan menutup mata itu." Iqbal melahirkan perasaan syukur kepada Allah kerana telah menyedarkan Natrah dengan cepat. Cedera Natrah bukanlah cedera yang ringan. Peluru hampir terkena jantung Natrah dan Natrah hampir berada dalam keadaan kritikal. Seandainya, Natrah pergi selama-lamanya, dia akan hilang lagi sayap yang berada di sampingnya. Dia tidak mahu kehilangan Natrah seperti dia kehilangan Isabell dulu.

"Saya takkan tinggalkan lelaki yang saya, Iq. Kerana kekuatan awak mencintai saya, saya bangun. Saya tak mahu membuatkan hati lelaki ini menderita."

Iqbal senyum. Dia mengucup dahi isterinya.

"Derita seorang lelaki berpunca dari seorang perempuan. Cinta yang halal akan mengukuhkan lagi kekuatan sebuah hubungan."

"Ehh, derita seorang perempuan berpunca dari seorang lelaki juga."

"Yalah, sayang. Esok awak boleh balik."

"Alah, kenapa tak minggu depan?"

"Kenapa? Saya paksa doktor berikan kebenaran awak keluar dari wad esok tau."

"Katil kat wad ni bestlah. Katilnya empuk dan lembut. Boleh tidur dengan lena pula tu. Tak macam katil kat bilik, kejap bergegar, kejap berdengkur orang sebelah. Bingit tau telinga mendengarnya. Nak melelapkan mata pun susah."

"Eh, eh... Awak sukalah tidur kat hospital ni? Eh, awak. Malam-malam ada hantu tau. Kalau malam jumaat, sah hantu rasuk awak. Tak pasal-pasal hospital ni jadi kosong."

Natrah gelak. Dia sangat merindui Iqbal. Dalam 'tidur'nya, dia asyik bermimpikan Iqbal sahaja. Syukur alhamdulilah, dia selamat. Terima kasih, Allah kerana masih membenarkan Natrah Hanani bernyawa di atas bumi ini bersama orang yang disayangi.

"Orang bergurau ajelah."

"Yalah, tahu awak bergurau. Esok kita balik, awak kena rehat cukup-cukup. Jangan buat kerja berat. Saya akan upah nurse jaga awak. Luka awak tu dalam tau, kena ambil masa yang panjang untuk sembuh." Iqbal telahpun meminta Bibik Ani menggubahsuai bilik untuk memudahkan pergerakan Natrah. Buat masa sekarang, Natrah akan berkerusi roda dulu. Natrah tak boleh berjalan-jalan, bimbang jahitan akan terbuka.

"Ya, sayang. Saya menurut perintah!"

"Good wife."

"Nat, saya ada benda nak beritahu awak."

"Apa?"

"Saya nak buat majlis perkahwinan kita tiga bulan dari sekarang. Itupun kalau awak betul-betul pulih dari kecederaan ini." ujar Iqbal.

Puan Salma yang minta buat majlis perkahwinan ini. Katanya, dia nak buat majlis sambut menantu dengan cepat. Takut orang mengata pula. Begitu juga dengan Datin Suria yang bersetuju dengan Puan Salma. Tak salah kalau buat majlis perkahwinan walaupun sudah berbulan-bulan berkahwin. Sekurang-kurangnya perkara baik, elok dihebohkan supaya dapat menutup mulut orang sekeliling ini.

"Kenapa kena tiga bulan kemudian? Kenapa tak buat minggu depan?"

Hidung Natrah dicubit.

"Awak tu masih sakit, tak boleh bergerak sana-sini, okey. Jaga kesihatan tu. Pasal majlis ni, awak jangan fikir. Banyak lagi masa kita boleh fikir. Fokus pada awak yang pentingnya."

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now