19

4.9K 171 0
                                    

"PAPA," Isaac memanggil Iqbal yang sudah mengelamun jauh itu.

"Papa!" Isaac menjerit. Papanya tidak mengendah. Isaac berlari masuk ke dalam rumah mendapatkan Tok ma yang sedang membaca majalah di ruang tamu.

"Tok ma!" panggil Isaac.

"Ya, sayang. Kenapa ni?

"Papa tu, tengah angau." Beritahu Isaac.

"Tengah angau kat mana?"

"Kat luar tu." Isaac menuding jari ke arah pondok.

Datin Suria senyum. Iqbal tengah angau cinta kat Natrahlah tu.

"Biarkanlah papa, Isaac." Ujar Datin Suria.

"Alah, Isaac nak main-main dengan papa." Wajah mulus Isaac bertukar masam.

"Main dengan tok malah." Pujuk Datin Suria.

"Tok ma dah tua. Taknaklah."

"Pula dah."

"Tok ma call Mama Natrah, boleh?" pinta Isaac. Dah agak lama Isaac tidak bertemu dengan Natrah. Rindu Isaac pada Natrah semakin membuak-buak macam papanya. Mana tidaknya, Isaac sudah memulakan sesi persekolahannya dan tiada masa untuk berjumpa dengan Natrah.

"Nanti tok ma call."

Mama, Isaac rindu. – Isaac

NATRAH senyum. Pandai pula Isaac menaip mesej. Eh kejap, Ini mesej dari Isaac ke mesej dari Iqbal?

Mama pun rindukan, Isaac. – Natrah

Dua minit kemudian. Mesej sampai.

Bapanya tak rindu ke, mama?

Eh,

Sah, ini Iqbal punya mesej. Memandai aje Iqbal pakai nama Isaac.

Natrah ketawa. Tak kisahlah Isaac atau Iqbal yang merinduinya. Dia memang sangat-sangat rindukan kedua-duanya. Untuk sementara waktu, dia tidak boleh berjumpa dengan Iqbal macam selalu. Puan Salma sudah mula mengesyaki.

KEESOKAN harinya, Natrah menemani Puan Salma pergi ke pasar membeli barang basahan. Sedang Natrah membeli barang, ada seorang lelaki berpakaian hitam menutup mukanya mengekori Natrah sehinggalah Natrah berada di tempat letak kereta.

Lelaki itu mengeluarkan pisau. Perlahan-lahan dia mendekati Natrah sambil menghalakan pisau itu ke arah perempuan itu.

"Natrah, hati-hati!" laung Naufal. Dia terus memukul belakang lelaki berpakaian itu.

Lelaki berpakaian hitam itu rebah. Naufal menyepak pisau di tangan lelaki itu.

Natrah mengurut dada terkejut. Puan Salma turut terkejut.

"Nat okey?" soal Puan Salma cemas.

"Nat okey, ma."

Lelaki itu tiba-tiba bangun dan beredar cepat sebelum polis datang.

"Hoi, jangan lari!" jerit Naufal. Namun lelaki itu sudah hilang dari pandangan mereka bertiga.

"LELAKI tu orang suruhan ayah." Beritahu Naufal. Di ruang tamu, hanya dia dan Natrah sahaja. Puan Salma naik ke atas sekejap untuk menjenguk Nadia.

"Saya dah agak dah!!" Natrah bungkam dengan sikap Pak Ngah Hamidi. Sanggup upah orang untuk mencederakan anak saudaranya sendiri.

"Selepas ini awak mesti berhati-hati." Pesan Naufal. Kebetulan dia melalui kawasan di pasar, dia ternampak seorang lelaki memengang pisau dan menghala ke arah Natrah. Naufal dapat mengagak lelaki itu orang suruhan ayahnya.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now