15

5.4K 178 0
                                    

"KALAU saya tak berkahwin dengan Naufal, saya akan dibunuh."

Konsentrasi Iqbal terganggu dengan kata-kata Natrah semalam. Dia memalingkan pandangan ke arah bangunan depan Wisma Suria. Dia meleraikan ikatan tali leher.

Hamidi...

Semakin melampau-lampau!

Kini, Iqbal sudah cukup mengumpulkan bahan bukti untuk menyumbat Hamidi masuk ke dalam penjara. Biar Hamidi dapat balasan yang setimpalnya atas perbuatannya selama ini. Sudah lama dia menunggu saat ini. Hamidi seorang yang sangat licik!

"Tunggu dulu, Encik Iqbal. Kita tak boleh dakwa dia sekarang." Tuan Razak, peguam keluarga Datin Suria bersuara dalam perbincangan untuk mendakwa Hamidi di dalam pejabat Datin Suria.

"Kenapa tak boleh? Kita dah cukup bukti." Soal Iqbal tak puas hati.

"Bukti yang ada belum cukup."

Iqbal mengerut dahi.

"Tak cukup lagi? Kes lima tahun yang lalu... Kita sudah dapat saksi dan bukti. Sekarang kes aniaya yang dia buat juga kita dah ada saksi dan bukti. Apa lagi yang belum cukupnya?"

"Bertenang, Iqbal." Datin Suria bersuara menenangkan anaknya.

"Kita tunggu Hamidi menyerang Puan Natrah." Ujar Tuan Razak.

"Saya taknak membahayakan isteri saya, uncle!" tegas Iqbal.

"Kita terpaksa buat macam tu untuk mengumpan Hamidi. Bila Hamidi betul-betul nak bunuh Puan Natrah, pada masa itulah kita 'serang' dia."

Iqbal mendengus kasar.

Rancangan Tuan Razak,

Membiarkan Natrah menjadi mangsa Hamidi. Bila Hamidi menyerang Natrah, Hamidi akan dimasukkan ke dalam penjara. Di mahkamah nanti, Tuan Razak akan mendakwa Hamidi dengan kesalahan-kesalahan lain pula untuk memastikan Hamidi dipenjarakan dengan bukti-bukti kukuh menyokong pendakwaan ke atas Hamidi.

Tapi, membahayakan Natrah umpama meragut cintanya.

Hamidi sangat berbahaya pada dalamannya. Jika dia ingin buat untuk mendapatkan sesuatu, dia pasti buat. Sudah ramai yang menjadi mangsanya.

Iqbal mengetap bibir.

Walau apapun yang terjadi, dia mesti melindungi Natrah!

JAM lima petang, Iqbal sudah terpacak depan rumah Natrah.

Apabila pintu pagar dibuka, dia terkejut melihat Hamidi berdiri di depan pintu pagar rumah Natrah.

"Kau buat apa datang sini?" soal Hamidi tegas.

"Saya datang nak melawat Nadia." Iqbal mencari alasan. Nasib baik Natrah memberitahu Nadia sudah pulang tengahari tadi. Boleh dia mencari alasan untuk masuk ke dalam rumah berjumpa dengan Natrah. Dia sebenarnya datang ke sini untuk memberitahu rancangan yang diaturkan oleh Tuan Razak kepada Natrah. Tapi kehadiran Hamidi di sini boleh merosakkan rancangan dia.

"Tak payah!" tegah Hamidi.

"Alang-alang saya sudah sampai depan rumah mak long saya, izinkan saya masuk, pak ngah." Pinta Iqbal.

"Aku tak izinkan kau masuk dalam rumah ni. Kaki kau tak layak pijak ke rumah ni. Kau anak pembunuh!" Hamidi tidak mahu melihat anak wanita yang pernah menolak cinta. Sikit pun dia tak mahu melihat. Cukup sahaja hatinya sakit melihat lelaki depannya muncul depannya setahun yang lalu bersama Datin Suria. Kisah lalu antara dia dengan Datin Suria, bertukar menjadi dendam terlara dalam hidup Hamidi.

Iqbal sengih sinis pada Hamidi.

"Bukan ke pak ngah yang sepatutnya dipanggil pembunuh?"

Hamidi tersentak. Dengan serta-merta air mukanya berubah menjadi pucat.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now