"ABANG nak pergi mana ni dengan membawa dua beg besar ni?" tanya Mariam apabila melihat Hamidi membawa dua buah besar dengannya menuruni anak tangga.
"Aku ada urusan kerja di Bangkok." Hamidi berbohong. Mariam tidak tahu suaminya kini menjadi buruan pihak polis.
"Abang nak pergi ke Bangkok atas urusan kerja ke atau nak pergi berseronok?" Mariam tidak percayakan suaminya. Sejak berkahwin dengan Hamidi, perasaan curiga terhadap Hamidi semakin menebal.
"Aku ada urusan kerja, Mariam!" tegas Hamidi. Dia malas hendak bertekak dengan Mariam. Cepat-cepat dia melangkah ke muka pintu.
"Saya tak benarkan abang pergi." Mariam menghalang. Mariam yakin, suaminya pergi Thailand bukan pergi ke Bangkok atas urusan kerja, tapi pergi ke Selatan Thailand untuk berkahwin lain.
"Eh, kau dah kenapa, Mariam? Aku bukan pergi untuk berfoya-foya." Ujar Hamidi geram. Isterinya itu tak habis syak dia ada skandal lain.
"Abang memang pergi sana untuk berfoya-foya pun! Abang jangan tipu saya, bang. Kawan-kawan abang dah beritahu saya yang abang ada perempuan lain kat sana tu."
Pangg!!!
Mariam terpana dengan tamparan Hamidi. Tak pernah Hamidi menamparnya sepanjang mereka berkahwin.
"Kau jangan tuduh aku bukan-bukan, Mariam. Aku tak pernah terfikir nak cari perempuan kat sana tu! Kau mudah sangat percaya cakap orang berbanding suami kau sendiri!"
"Saya minta maaf, bang." Mariam menangis pula.
"Ah, ke tepi!" Hamidi menolak Mariam. Mujur Mariam tidak jatuh.
Hamidi membuka pintu. Terkejutnya melihat Naufal tercegat depannya bersama dua orang polis.
"Ayah nak pergi mana?" soal Naufal.
"Aku... Nak..." terketar-ketar suara Hamidi melihat dua orang polis bersebelahan Naufal.
"Kenapa kau bawa polis datang sini, Naufal?" soal Mariam pelik.
"Encik Hamidi, kamu ditahan atas kesalahan membunuh Rashid pada lima tahun yang lalu dan cubaan membunuh Natrah binti Rashid. Yusuf, gari dia." Arah Inspektor Yusuf.
Sarjan Yusuf menggari tangan Hamidi.
Mariam terkejut.
"Abang, apa abang dah buat?" Mariam terkejut melihat suaminya ditahan.
"Ayah dah bunuh orang." Beritahu Naufal. Dia tidak memandang ayahnya yang digari itu. Matanya memandang Mariam sahaja.
"Kau mengkhianati aku, Naufal?" soal Hamidi.
"Saya tak mengkhianati ayah. Saya tak terlibat dalam rancangan ayah. Saya tidak menyokong kesalahan yang ayah buat ni."
Hamidi meludah ke arah Naufal.
"Anak tak guna!" Hamidi menyesal mempercayai Naufal. Rupanya Naufal berpura-pura sahaja. Dia sepatutnya menyedari kelakuan Naufal yang cuba menggorek apa yang dia buat bersama Zack dulu. Cis!
"Sudah!" jerkah Inspektor Ramli membuatkan Hamidi terdiam. "Kita berjumpa di mahkamah nanti, Hamidi."
Inspektor Ramli dan Sarjan Yusuf membawa Hamidi masuk ke dalam kereta polis.
Tinggal Mariam yang masih terkejut itu bersama Naufal.
"Mariam, kau kemaskan semua barang-barang kau dan anak-anak kau. Rumah ini milik aku dan aku tak mahu kau dan anak-anak kau tinggal di sini lagi." Arah Naufal. Rumah ini adalah rumah yang menjadi tempatnya bermanja dengan ibunya suatu ketika dahulu. Kehadiran Mariam telah menyebabkan rumah ini hilang serinya.
YOU ARE READING
PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)
RomanceKISAH ANTARA NATRAH DAN IQBAL KERANA BENCI TELAH MENGIKAT HUBUNGAN NATRAH DAN IQBAL JANGAN COPY PASTE CERITA INI DI MANA2. HARAM TAU! KALAU BERBUAT JUGA, TANGGGUNGLAH SENDIRI. FREE READING FOR SESIAPA NAK BACA.