5

6.6K 219 4
                                    

"NAT akan bekerja dengan Iqbal." Beritahu Natrah pada Puan Salma di bilik Puan Salma.

"Kenapa bekerja dengan dia? Tak ada orang lain ke?" soal Puan Salma. Dia tidak suka Natrah bekerja dengan Iqbal. Nanti Iqbal mempergunakan Natrah pula.

"Tak ada yang sesuai, ma. Lagipun kerja yang Iqbal tawarkan tu sesuai dengan course yang Nat ambil masa kat universiti." Natrah berbohong.

"Okey, tapi Nat jangan rapat dengan Iqbal."

Natrah senyum.

"Mama jangan risau."

"Bila start bekerja?"

"Lusa."

"Kat mana?"

"Perak."

"Perak? Jauhnya."

"Ma, mama yang nak Nat pergi jauh-jauh dari kehidupan Nadia dan Irfan, kan?" Natrah mengingati Puan Salma.

Puan Salma tersentak.

"Ya... Tapi tak ada ke yang lebih dekat dengan rumah?"

Natrah menggeleng kepala.

"Jangan risau, kat Perak ada rumah sewa. Nat boleh menyewa di sana."

Natrah berterima kasih kepada Iqbal kerana memberikan kerja di Perak. Bolehlah Natrah duduk jauh-jauh dari gangguan Irfan dan dia tidak mahu merosakkan rumah tangga Nadia yang baru terbina ini kerana hubungan dia dengan Irfan.

Nadia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan adik kandungnya sebelum ini. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Jadi Natrah tidak mahu menimbulkan masalah sekiranya hubungan dia dengan Irfan menjadi perbalahan pula. Sudah elok-elok Nadia mahu mengecapi kebahagiaan, Irfan buat onar pula. Jadi Natrah awal-awal lagi undur diri. Bahagia bersama Irfan adalah milik Nadia.

Dia?

Dia boleh mencari bahagia yang lain.

Masih ramai lelaki diluar sana boleh menyayangi dia seperti Irfan pernah menyayanginya.

Iqbal?

Jangan mimpilah nak serahkan hati ini kepada lelaki bernama Iqbal Haris itu.

Lelaki tu tidak layak!

Setahun kemudian...

"IQ..."

Iqbal memandang isterinya.

"Ya, sayang."

"Saya takut."

Sejak bergelar suami isteri, panggilan kau-aku bertukar menjadi awak-saya. Sukanya Iqbal mendengar isterinya menggunakan panggilan itu. Tak adalah telinganya bingit mendengar perkataan kau-aku lagi.

Iqbal tersenyum. Senyuman itu menggoda orang sebelahnya.

"Jangan takut, saya ada."

"Kenapa kita kena berkahwin?" soal orang sebelah Iqbal.

Iqbal gelak pula.

"Isaac nak adik."

Paha Iqbal dicubit.

"Jangan mengarutlah. Orang tanya betul-betul ni. Kenapa kita kena berkahwin?"

"Kenapa? Awak menyesal berkahwin dengan saya?"

"Taklah."

"Habis tu, kenapa tanya macam tu."

"Yalah. Kenapa kita kena berkahwin? Padahal bukan salah kita pun pada masa tu."

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now