6

6.5K 227 0
                                    

"IQ yakin Maria?"

"Maria kata dia diupah oleh seseorang untuk memerangkap Iq. Sebenarnya, Nat mangsa. Nat bukan dalam rancangan orang itu. Iq sepatutnya ditangkap basah dengan Maria. Tapi kebetulan Nat sampai awal, jadi rancangan itu berubah."

"Apa sebabnya orang tu nak Iq ditangkap basah?"

"Sebab dia nak menjatuhkan Iq. Orang tu berdendam dengan kita, ma. Dia nak Iq jatuh tersungkur. Selepas itu, dia nak syarikat kita musnah."

"Tergamak dia buat macam tu, Iq."

"Itulah, ma. Iq tak sangka orang tu sanggup buat macam ni hanya semata-mata nak kita jatuh."

"Maria tak beritahu Iq siapa yang upah dia?"

Iqbal terdiam seketika. Dia memerhati Natrah sedang bermain-main dengan Isaac di luar.

"Maria beritahu Iq. Tapi..."

"Tapi kenapa, Iq? Siapa orang tu?"

"Pak Ngah Hamidi."

"Astaghfirullahalazim." Datin Suria mengurut dada.

Hamidi, adik kedua Puan Salma. Seorang pekerja di sebuah syarikat perkapalan. Hamidi sebaya dengan Datin Suria. Krisis antara Hamidi dengan Datin Suria mula berlaku apabila kesemua harta yang dimiliki oleh arwah Rashid dijual kepada Datin Suria untuk membayar hutang. Hamidi tidak berpuas hati dengan arwah Rashid kerana arwah Rashid sudah berjanji mahu menjualkan harta itu kepadanya, tapi arwah Rashid mungkir janji. Hamidi telah menghasut Puan Salma dan anak-anak saudaranya membenci Datin Suria.

Hamidi juga penyebab arwah Rashid meninggal dunia. Hamidi telah mengupah orang untuk memutuskan tali brek kereta Rashid sebagai balas dendam terhadap arwah Rashid kerana mungkir janji. Hamidi juga pernah cuba membunuh Datin Suria, tapi tidak berjaya dan sekarang Hamidi masih dalam perancangan untuk memastikan Datin Suria dan anak lelaki Datin Suria mati dibunuh.

Datin Suria beristighfar panjang.

"Pak Ngah Hamidi perancangnya, mama. Dia masih berdendam dengan kita. Cuma dia tak tahu orang yang ditangkap basah bersama Iq tu anak saudaranya sendiri. Maria beritahu lagi, Pak Ngah Hamidi sangat marah kerana rancangannya tidak berjaya dan sekarang dia tengah merancang lagi untuk memastikan Iq betul-betul jatuh."

Angin Datin Maria mula naik.

"Iq, kita laporkan pada pihak polis. Kita dah ada saksi dan bukti pun kita sudah ada. Hamidi mesti masuk penjara!" tegah Datin Suria.

"Tak boleh, ma. Bukti yang ada masih belum mencukupi. Kalau nak Pak Ngah Hamidi masuk penjara disebabkan kes tangkap basah ni, sia-sia ajelah mama."

Datin Suria menggeleng kepala.

"No, Iq. Mama masih ada bukti lain. Bukti yang boleh menyebabkan Hamidi dipenjarakan selama-lamanya."

"Apa maksud mama?"

"Iq tunggu aje. Mama akan berpakat dengan lawyer kita untuk mendakwa Hamidi."

"Okey, ma. Iq ikut cakap, ma. Kalau boleh, kita rahsiakan hal ini daripada Natrah. Iq tak nak Natrah tahu pak ngah dia punca semua ini. Mama tahukan Natrah dengan pak ngahnya sangat rapat."

Datin Suria mengeluh panjang. "Okey, Iq. Mama akan rahsiakannya. Iq dengan Natrah bagaimana? Dah okey?"

Iqbal senyum.

"Macam biasa, ma. Masih dalam proses kenal hati."

"Jangan sampai Natrah berubah dan Iq terlepas Natrah."

"Iya, ma. Iq tahu. Mama doakan Natrah mencintai Iq, okey?" pohon Iqbal. Doa seorang ibu sangat mujarab.

"SAYA sayangkan awak, Nat." Ucap Iqbal.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now