27

5.2K 171 2
                                    

"TUAN Razak pun ada?" tanya Natrah.

"Dia wajib ada."

"Kenapa?"

"Adalah."

"Eish, tak nak beritahu pula."

"Jom kita pergi kat mama dan Uncle Razak."

Natrah dan Iqbal turun anak tangga. Kedua-dua mereka sampai di ruang tamu dan duduk menghadap Tuan Razak dan Datin Suria.

"Nat sudah bersedia untuk mengetahui kisah sebenar?" soal Datin Suria pada menantunya.

Natrah memandang Datin Suria. Lain benar perasaannya pagi ini. Suasana ruang tamu rumah Datin Suria bertukar sunyi sepi menanti dia membuka mulut.

"Dah, mama." Ujar Natrah. Dia tak sabar ingin mengetahui hal sebenar.

"Uncle, tunjukkan gambar-gambar tu." arah Iqbal kepada Tuan Razak selaku peguam keluarganya.

Tuan Razak mengeluarkan tiga keping gambar dari briefcasenya. Gambar-gambar itu diserahkan kepada Iqbal. Kemudian Iqbal menyerahkan pula kepada Natrah.

"Pak ngah? Kenapa pak ngah ada dalam gambar ni? Siapa dua orang yang dalam gambar ni?" soal Natrah tidak faham. Kenapa pak ngahnya boleh ada dalam gambar ini? Gambar-gambar ini kelihatan sudah agak lama.

"Macam ni, Puan Natrah. Encik Hamidi merupakan perancang utama pembunuhan ayah Puan Natrah enam tahun yang lalu."

Gambar-gambar yang dipegang oleh Natrah terlepas.

"Takkanlah pak ngah saya yang bunuh ayah saya?" soal Natrah tidak percaya.

"Nat, kalau dia sanggup bunuh awak, jadi tak mustahillah dia sanggup bunuh ayah awak dulu." Iqbal mencelah menyakinkan Natrah.

"Kenapa pak ngah sangat kejam sekali? Tak cukup dengan membunuh ayah, dia nak bunuh saya pula?!"

Tuan Razak kemudian mengeluarkan pita rakaman dan sebuah radio. Pita rakaman itu dimasukkan ke dalam radio. Tuan Razak memainkan pita rakaman itu.

"Puan boleh mendengarnya dan dari sini puan akan tahu segala-galanya."

Suara Hamidi kedengaran. Kemudian suara ayah Natrah juga kedengaran. Perbualan antara ayah Natrah dan Hamidi bermula.

Pita rakaman itu berhenti selepas 45 minit dimainkan.

Natrah mula menangis.

"Pada awalnya, Encik Rashid telah mengesyaki Hamidi akan membunuhnya kerana Encik Rashid memungkiri janjinya dengan Hamidi. Encik Rashid ingin merakam perbualan dia dengan Hamidi supaya kematiannya akan dibela oleh Datin Suria selaku adik kandungnya. Encik Rashid sangat bijak orangnya. Dia sendiri yang membongkarkan rancangan Hamidi. Namun, kebijakan Encik Rashid telah memakan diri sendiri. Seperti yang dijangkakan Encik Rashid, Hamidi telah mengupah orang untuk membunuhnya. Hamidi telah mengupah orang untuk merosakkan brek kereta yang dipandu Encik Rashid. Encik Rashid kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hamidi menyangka kematian Encik Rashid tidak akan diketahui orang bahawa dialah perancang kemalangan itu. Tapi dia silap. Datin Suria telah meminta saya menyiasat punca kejadian ini. Dua orang yang diupah oleh Hamidi, hanya seorang sahaja yang berjaya ditahan. Orang itulah yang membongkarnya. Tapi sayangnya, Datin Suria pada masa itu tidak boleh mendakwa Hamidi kerana kekurangan bukti pada masa itu sehinggalah Datin Suria menerima pita rakaman yang dihantar oleh sahabat Encik Rashid dua bulan selepas kematian Encik Rashid." Jelas Tuan Razak panjang lebarnya untuk memudahkan Natrah memahaminya.

"Mama dah ada pita rakaman tu, kenapa mama tak melaporkan semula kejahatan pak ngah kepada pihak polis?" soal Natrah. Kalau dari awal Datin Suria buat begitu, pasti takkan terjadi salah faham ini.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now