"TAK patut awak buat macam tu kat Suraya dan Anis."
Bayangkan wajah Iqbal tengahari tadi. Marah macam naga sedang keluarkan api. Teruk Suraya dan Anis kena marah. Di depan pekerja lain pula tu. Mujurlah hati suaminya mudah sejuk. Habis marah, Iqbal sempat memberi nasihat.
Fitnah boleh memecahbelahkan umat islam.
Fitnah adalah satu kesalahan yang amat besar dan jangan kerana fitnah ini, diri sendiri tidak akan dipercayai oleh orang lain lagi.
Walaupun dah beberapa kali Suraya dan Anis meminta maaf, keputusan Iqbal muktamad. Kedua-dua mereka dipecat dari kilang. Kasihan melihat mereka berdua tadi. Timbul perasaan bersalah pula terhadap mereka berdua.
"Memang patut mereka dipecat dari kilang ni." Ujar Iqbal. Matanya tidak beranjak menonton drama di TV 3.
"Kita boleh berikan mereka peluang kedua. Manalah tahu, dengan ugutan awak tu, mereka takkan berani dah buat lagi."
"Hm, Natrah. Saya kenal Suraya dan Anis dah lama. Dah banyak kali saya bagi nasihat kat mereka jangan fitnah orang sesuka hati. Jangan mengata orang ikut kepala otak sendiri. Tapi, mereka tak dengar. Mereka buat juga. Mereka kena fikir dosa-dosa mereka buat selama ni. Dosa fitnah orang, lebih besar dari membunuh." Jelas Iqbal. Dia tidak mahu nama baik syarikatnya menjadi perbualan orang luar dengan adanya pekerja seperti Anis dan Suraya. Boleh rosak dan busuk jika fitnah yang dilempar oleh orang luar berpunca daripada mereka berdua ini. Jadi jalan penyelesaiannya, pecat mereka berdua.
"Ohh, jadinya dah lama mereka buat?"
"Haah, dah lama. Saya masih boleh bersabar sebenarnya dengan sikap mereka. Tapi saya tak boleh bersabar kalau mereka fitnah isteri saya. Isteri yang saya sayang."
Hati Natrah... Sedang membunga sekarang.
Eh!
No! Jangan ada bunga cinta.
Azan Magrib berkumandang.
Iqbal bangun. Dia mengambil songkok di atas meja.
"Awak nak pergi mana?"
"Saya nak pergi masjid. Solat kat sana sampai solat Isyak."
"Saya nak ikut, boleh?"
Iqbal senyum.
"Boleh. Cepatlah bersiap-siap tu. Saya tunggu."
"Okey, kejap tau."
Natrah segera naik. Dia mengambil sejadah dan kain sembahyang dalam bilik dan turun semula ke bawah.
"Dah, siap!"
"Dah ambil air wuduk?"
"Ambil kat masjid, boleh kan?"
"Boleh. Jom."
Kedua-dua mereka pergi mengimarahkan masjid.
"JANJI tau. Jangan bagi sesiapa tahu fasal hubungan kita. Jangan sesekali awak bocorkannya." Pesan Natrah apabila kereta Iqbal sudah sampai di rumahnya.
"Iya. Saya janji tak akan membocorkan rahsia ini. Awak pun janji jangan beritahu kat mama." Pesan pula Iqbal. Iqbal mengeluh.
Natrah menyalami tangan suaminya sebelum keluar.
Iqbal kemudian mencium dahi Natrah. Natrah tergaman. Cepat-cepat dia keluar dari kereta.
Iqbal tersengih.
"Tolong rindukan saya dalam setiap mimpi awak, Nat."
Natrah mengerling tajam.
"Tak nak." Natrah menutup pintu kereta.
YOU ARE READING
PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)
RomanceKISAH ANTARA NATRAH DAN IQBAL KERANA BENCI TELAH MENGIKAT HUBUNGAN NATRAH DAN IQBAL JANGAN COPY PASTE CERITA INI DI MANA2. HARAM TAU! KALAU BERBUAT JUGA, TANGGGUNGLAH SENDIRI. FREE READING FOR SESIAPA NAK BACA.