24

5.2K 167 0
                                    

HONEYMOON.

Berbulan madu.

Natrah mengalah. Dia kena ikut rancangan Iqbal.

Wajib pergi!

Tak ada tangguh-tangguh dah. Kalau tangguh lagi, merajuk pula Si Iqbal tu. Patutlah tadi cakap tak ingat dan lupa. Rupanya Iqbal nak pergi honeymoon sangat-sangat. Dah cakap kat Iqbal dulu, lepas semua selesai termasuklah masalah dengan Pak Ngah Hamidi, baru boleh berhoneymoon. Tapi, Iqbal degil. Dia tetap nak pergi honeymoon.

Okey.

Pergi jelah honeymoon.

Berbulan madu sepuas-puasnya. Jangan balik rumah. Duduk kat tempat yang nak pergi berdua-duaan tu. Senang cerita!

"Kita berbulan madu kat rumah Tok Mak."

Natrah menepuk dahi.

"Itu bukan berbulan madu, itu pergi bercuti namanya."

"Eh, sama aje. Berbulan madu sambil bercuti." Iqbal sengih.

"Tak samalah. Kita pergi jelah Genting Highland ke, Cameron Highland ke. Baru best."

Iqbal menggeleng kepala.

"Tak best langsung! Tak ada privasi kat sana."

"Habis kat rumah Tok Mak, ada privasi?"

"Eh, mestilah ada. Privasi yang tip top high class."

Natrah mencebik.

"Eish, kesian kat Tok Mak kita ganggu dia."

"Tak apalah. Kita pergi homestay Tok Mak, bukan rumah Tok Mak."

"Pulakk dah."

"Kat Kelantan, banyak tempat best."

"Tak nak makan budulah."

"Tak payah makan budu. Makan ikan kering dengan budu bestttt."

"Tak pernah makanlah."

"Sebab tu saya nak pergi Kelantan. Kita makan makanan warisan sebuah negeri."

Natrah mengalah dengan karenah Iqbal.

Budu tetap budu. Cuba makan, baru tahu rasanya.

Iqbal nak berbulan madu kat Kelantan di homestay milik Tok Mak. Tok Mak adalah ibu kepada arwah ayah tiri Iqbal. Menurut Iqbal, Tok Mak mengusahakan homestay di negeri kelahiran selepas kematian ayah tiri Iqbal. Homestay Tok Mak adalah homestay terkenal di negeri itu. Patutlah Iqbal beria-ia nak berbulan madu kat homestay tu.

"Iq,"

"Ya, sayang."

"Kalau pak ngah suruh orang ikut kita sampai Kelantan macam mana?"

Iqbal mendengus kasar. Tak terfikir pula pasal Hamidi. Galak sangat nak pergi berbulan madu. Nyawa isterinya kena jaga. Jangan sampai Hamidi betul-betul meragut orang yang dia sayang. Iqbal selalu memerhati sekeliling rumahnya. Penunggang motosikal itu kadang-kadang ada depan pintu pagar mengintai dalam rumah agam ini.

Dan, Natrah datang sini walaupun sudah ditegah jangan keluar dan duduk dalam rumah. Tapi dia datang kerana kesihatan Isaac yang deman. Kalau Isaac tidak meracau-racau memanggil nama Natrah, pasti Natrah selamat sekarang. Tapi tak boleh juga. Orang Hamidi ada di mana sahaja. Boleh jadi dalam rumah Natrah sendiri menjadi sasaran orang Hamidi.

Iqbal mengetap bibir.

"Kita upah bodyguard jaga kita." Iqbal baru teringat cadangan Tuan Razak. Upah bodyguard menjaga keselamatan dia sekeluarga dan Natrah.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now