3

6.5K 226 1
                                    

TIBA malam berinai, Natrah duduk diam membatu dalam bilik. Dia ingin bersendirian. Telinganya sengaja disumbat earphone. Lagu Burn It Down nyanyian kumpulan rock Linkin Park dikuatkan volume sehingga menggegarkan gegendang telinga Natrah.

Tahap kebisingan di bilik sebelah tak usah cakap.

Bising mengalahkan konsert nyanyian rock!

Lagu Linkin Park bergema di corong telinga. Natrah berasa lega. Telinganya kini mendengar lagu rock dan bebas dari gangguan dari bilik sebelah.

Natrah tidak peduli.

Asalkan dia tidak mendengar gelak tawa dari bilik sebelah. Kalau dengar, sudah pasti nama Irfan disebut-sebut dalam perbualan orang sebelah bilik itu. Hatinya juga yang sakit. Dengar tu dengar, tapi hati ni, siapa nak dengar rintihan hati yang disakiti ini? Lebih baik dengar lagu dari mendengar suara-suara bingit dari bilik sebelah itu.

Tiba-tiba,

Pintu bilik diketuk dan dikuak. Terjengul kepala...

Iqbal!

"Iqbal! Kenapa kau ada kat sini? Macam mana kau masuk rumah aku?" soal Natrah. Dia juga hairan macam mana Iqbal boleh memasuki rumahnya? Di bawah ada beberapa orang tengah sibuk menghiasi ruang tamu. Hah, takkan Iqbal sengaja memunculkan dirinya depan orang kat bawah? Iqbal nak mampus kena tumbuk ke? Oh, Iqbal ingat kehadiran dia kat sini tidak memanaskan hati orang lain? Yalah, Iqbal datang sini dengan tiket Puan Salma, jadi dia bebas masuk bilik Natrah semalam.

Iqbal sengih. Dia masuk ke dalam dan menguncikan bilik. Memang dia sudah pergi dari rumah ini bersama ibunya. Tapi dia sudah mula merindui Natrah. Dia bernasib baik pintu pagar belakang rumah Natrah tidak berkunci malah pintu dapur juga tidak berkunci. Alang-alang peluang sudah berada di depan matanya, Iqbal meneruskan misinya untuk berjumpa dengan Natrah.

"Saja-saja datang sini balik nak jenguk kekasih kesayangan." Iqbal menarik kerusi dan duduk. Matanya memandang sekeliling bilik Natrah. Cat bilik berwarna pink. Well, bilik perempuan, kan.

"Yang kau masuk sesuka hati dalam bilik aku, kenapa pula? Kau tak takut kalau orang tahu kau berada dalam bilik aku? Kalau aku jerit, kau juga yang susah." Ugut Natrah. Kali ini dia tidak mempunyai tenaga untuk berkasar dengan Iqbal. Berkasar setakat yang mampu sahaja.

"Hah, jeritlah. Jerit." Iqbal mencabar.

"Iq! Tolonglah keluar. Aku tak ada mood nak melayan kau sekarang." Ujar Natrah lemah. Malas hendak melayan karenah Iqbal itu.

"Okey. Aku akan keluar, tapi kau kena ikut aku pergi satu tempat."

"Pergi mana?"

"KFC."

"Nak buat apa kat KFC, Iq?"

"Eh, makanlah. Takkan nak pergi berdisko pula kat KFC tu."

"Aku tak nak ikut."

Iqbal sengih lagi.

"Kalau kau tak nak ikut, aku jerit."

"Ikut suka hati kaulah, Iq. Malas aku nak melayan kau."

"Okey, aku jerit sekarang."

"Eh, tak payahlah." Cepat-cepat Natrah menekup mulut Iqbal.

"Jom ikut aku pergi KFC. Aku belanja kau."

Natrah mendengus kasar.

"Tak ada gunanya kau terperap dalam bilik ni, Natrah. Telinga kau mesti menangkap segala butir perbualan dalam bilik Nadia pasal Irfan, kan? Esok hari bahagia Irfan, tapi esok juga hari paling menyedihkan kau. Kekasih kau yang kau cintai selama lima tahun ini akan berkahwin dengan kakak kau sendiri."

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now