13

5.2K 179 1
                                    

IQBAL menyerahkan kad nama peguam Razak Abdullah kepada Natrah.

Natrah membaca nama yang tertera di kad nama itu. "Razak Abdullah. Macam pernah dengar nama lawyer ni."

"Lawyer terkenal kat Malaysia ni. Awak beruntung sebab lawyer ni lawyer keluarga suami awak."

"Hah?"

"Tak percaya?"

"Tak."

"Hish, awak ni."

"Percayalah. Mama pernah sebut nama lawyer ni depan saya. Katanya lawyer ini akan uruskan aset-aset mama di Perak tu."

"Hah, lawyer ni juga akan mewakili Nadia dalam kes yang Puan Kalsom nak dakwa tu."

Natrah gelak.

"Eh, asal gelak pula ni?" soal Iqbal hairan. Isterinya macam dirasuk hantu pula. Biasalah duduk di hospital malam-malam ini. Akan ada 'penunggu' yang tengah tunggu untuk merasuk orang dalam hospital ni.

"Iq, awak percaya kat ibu Irfan yang dia akan mendakwa Nadia dalam tuduhan cubaan membunuh?"

"Mestilah percaya. Kesalahan Nadia tu, boleh jadi hujah di mahkamah."

Natrah gelak lagi.

"Ibu Irfan tu... Cakap aje besar, tapi penakut! Awak jangan percaya cakap dia. Dia tak akan berani buat macam tu. Contohnya pagi tadi kat wad ICU, mukanya pucat lesu bila awak nak upah peguam mewakili kak long. Nampak sangat dia tu penakut."

Iqbal bercekak pinggang sambil menggeleng kepala.

"Natrah Hanani... Awak jangan fikir macam tu. Kalau ibu mentua Nadia betul-betul buat macam mana? Menangis awak nanti. Awak kena aim. Kes ini kes berat. Sebab Nadia memang boleh didakwa atas kesalahan cubaan membunuh." Tegur Iqbal seraya memperingati isterinya.

Natrah duduk di kerusi. Puan Salma masih berada di dalam wad menemani Nadia.

"Saya tak faham dengan kak long. Kenapa dia tergamak buat macam tu? Itu suami dia, Iq." Ujar Natrah tidak faham.

Iqbal turut duduk.

"Nadia mengalami stress yang sangat kuat. Atas sebab itu dia terdorong untuk mencederakan orang." Jelas Iqbal.

"Kak long stress sebab apa?"

Iqbal mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.

"Stress sebab Irfan kut."

"Mungkin juga. Mama pernah beritahu yang Irfan ada perempuan lain. Tapi saya tengok mereka semalam okey aje. Tak ada apa-apa pun yang mereka buat."

"Itulah. Saya tak tahu juga. Bila Nadia sudah sedar, awak tanya dia."

Puan Salma keluar.

"Mama, macam mana dengan kak long?" tanya Natrah sebaik sahaja Puan Salma keluar.

"Masih belum sedarkan diri." Beritahu Puan Salma. Dia memandang Iqbal.

Iqbal datang bersama Natrah tadi. Kedua-dua mereka ada hubungankah? Dia juga perasan Natrah sangat mesra dengan Iqbal.

"Iq pulanglah dulu. Kasihan Iq terpaksa berjaga malam-malam."

Iqbal tersenyum.

"Tak apa, mak long. Saya nak teman Natrah."

Natrah membesarkan anak matanya.

NATRAH dan Iqbal pulang ke rumah Puan Salma untuk mengambil barang-barang keperluan Puan Salma dan Nadia.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now