"HATI-HATI, Iq. Zack akan serang Natrah pagi ini." beritahu Naufal ketika solat Subuh di masjid tadi. Kebetulan Naufal solat di masjid yang sama dengan Iqbal.
"Hamidi tak pernah berputus asa, Fal." Iqbal menggengam buku limau. Rasa nak tumbuk muka Hamidi.
"Kau buat apa sahaja asalkan ayah aku meringkuk dalam penjara. Aku tak sanggup lagi dia mebuat jahat lagi. Dia bukan muda lagi, dia dah tua. Pada usianya macam tu, dia sepatutnya duduk masjid dan tunggu masanya." Ujar Naufal. Mengingati dosa-dosa yang pernah Hamidi lakukan, Naufal takut ayahnya tidak sempat bertaubat. Dosa Hamidi, bukan kecil.
"Hamidi tak syak kau?"
Naufal menggeleng kepala. "Dia sangat percayakan aku."
Iqbal tersenyum. "Aku harap kau terus menyiasat rancangan dia. Kau juga talam dua muka."
Naufal gelak.
"Mana tak tumpah kuah kalau bukan ke dalam nasi. Kalau ayah sanggup bunuh orang, aku sanggup mengkhianati ayah aku. Kejam, kan?"
Iqbal menepuk bahu Naufal. "Memang kejam gila!"
"Iq, kau kena berjaga-jaga. Zack boleh menyamar menjadi nurse atau doktor untuk masuk ke dalam bilik Natrah." Pesan Naufal.
"Jangan risau, dua bodyguard aku takkan melepaskan Zack."
"Aku hantar gambar Zack melalui WhatsApp. Kau berikan gambar Zack kepada bodyguard. Okey?"
"Okey."
"Oh ya, Iq. Aku ada rakam perbualan aku dengan ayah. Dalam rakaman tu, ayah ada mengaku dia buat rancangan ni. Rakaman tu, aku dah serahkan kepada Tuan Razak. So, rakaman tu boleh mengukuhkan lagi kesalahan ayah."
"Terima kasih, Fal. Kau dah banyak tolong kami."
"ROY, DAUD." Iqbal mendekati dua bodyguardnya yang berjaga di muka pintu wad Natrah sejak dari semalam lagi.
"Ya, bos." Jawab mereka serentak.
Iqbal mengeluarkan iphone. Dia membuka Galeri. Gambar Zack ditunjukkan kepada Roy dan Daud.
"Ni gambar Zack, orang yang menembak Natrah. Saya mendapat info daripada seseorang, Zack mahu meneruskan rancangannya untuk membunuh Natrah hari ini. Kemungkinan besar, Zack akan menyamar menjadi nurse atau doktor. Awak berdua mesti check wajah orang yang masuk ke dalam bilik ni." Jelas Iqbal kepada dua orang bodyguard itu. Dia bergantung kepada Roy dan Daud. Dua orang itu adalah bekas askar Melayu dan pernah berkhidmat dengan orang-orang besar sebagai pengawal keselamatan sebelum ini.
"Bos, jangan risau. Kami berdua takkan membenarkan Zack masuk ke dalam ini." Roy mengukir janji. Dia berasa bersalah terhadap Iqbal kerana tidak dapat melindung isteri Iqbal. Kali ini, dia tidak akan membiarkan lagi orang yang menembak Natrah melakukan kes sama lagi.
"Ya, bos. Bos jangan risau. Kalau dia datang sini, saya akan belasah dia sampai dia hilang nyawa." Daud turut mengukir janji. Sudah lama dia tidak mengeluarkan muay Thainya.
Iqbal tersenyum.
"Terima kasih, Roy dan Daud."
Inspektor Ramli, Sarjan Yusuf dan Tuan Razak datang menghampiri.
"Assalamualaikum, Encik Iqbal." Inspektor Ramli menghulur tangan.
"Waalaikumussalam." Iqbal bersalaman dengan Inspektor Ramli.
"Saya Inspektor Ramli dan ini Sarjan Yusuf. Kami dari balai polis Bukit Aman bahagian siasatan jenayah. Kami mendapat laporan dari Tuan Razak berkaitan kes tembak Puan Natrah."
YOU ARE READING
PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)
RomanceKISAH ANTARA NATRAH DAN IQBAL KERANA BENCI TELAH MENGIKAT HUBUNGAN NATRAH DAN IQBAL JANGAN COPY PASTE CERITA INI DI MANA2. HARAM TAU! KALAU BERBUAT JUGA, TANGGGUNGLAH SENDIRI. FREE READING FOR SESIAPA NAK BACA.