BAB 2

610 79 8
                                    

Lee Yura menggelabah habis sambil melihat jam di tangan. Kelibat kawan nya itu masih tidak kelihatan lagi. Mana lah pergi dia ni. Dari tadi lagi dia tunggu dekat garaj kereta ni. Sudah lah panas. Kalau tahu macam ni, baik dia pergi dekat kafe dari dekat garaj ni.

"Yura?" seseorang memanggil nama dia dari arah belakang. Yura pun memusingkan badan ke belakang dan tersenyum pada lelaki tu. Tak sangka dapat jumpa dekat garaj kereta ni pula.

"Err…hai."

"Buat apa kat sini?" Seokjin menanya Yura sambil duduk bersandar dekat motor berkuasa tinggi dia. Topi keledar dipeluk kemas.

"Tunggu kawan."

"I see. Dah habis kelas ke?" Seokjin menyoal lagi. Tidak tahu ke dia bahawa Yura berasa tidak selesa sekarang ni? Janggal dan malu tahu tak! Kali pertama ni, mereka bercakap macam ni. Selalu nya, berbalas senyum sahaja. Apa mimpi Seokjin tegur dia hari ni.

Yura mengangguk.
Cepat lah Hyosung datang. Makin tak keruan bila berduaan dengan Seokjin kat garaj ni. Sudah lah, lelaki tu nampak macam tak nak pergi lagi dari situ. Bila mata mereka bertembung, Yura hanya tersenyum tipis. Macam mana nak elak dari dia ni? Sungguh rasa tak selesa.

"Tak selesa ke?"

"Err…Is it obvious?" Yura mengetap bibir. Malu bila lelaki tu perasan ketidakselesaan dia. Kim Seokjin ketawa kecil.

"Yes?" Seokjin memberi pandangan yang sukar Yura tafsirkan. Lee Yura tersengih sambil menggaru kepala dia tu. Tak lama kemudian, seseorang datang menghampiri mereka.

Bukan Hyosung.
Tapi perempuan lain. Berseluar jeans koyak kat lutut dan baju kemeja berwarna putih. Rambut pula warna perang.

"Sorry, sayang. I'm late." pipi Seokjin dicium manja. Terbeliak mata Yura melihat adegan ini. Teman wanita Seokjin rupa nya. Yura memusingkan badan ke arah lain. Tak sanggup melihat aksi menyakitkan mata tu.

Dia terdengar deruan enjin motor berkuasa tinggi. Pergi dari sini cepat. Tak de lah dia dengar perbualan mereka yang agak 'manja' sangat tu. Geli - geleman Yura dibuatnya. Dan tika itu lah, Hyosung datang. Tak boleh lambat lagi ke datang nya tu? Geram betul lah!

Druumm!

Seokjin dan teman wanita nya dah berlalu pergi. Terkejut Hyosung dan Yura. Kuat betul bunyi motor tu. Sakit telinga dibuatnya. Pencemaran bunyi!

"Siapa tu?"

"Entah, tak kenal. Ni, kau kenapa lambat? Dari tadi lagi aku tunggu kau kat sini. Janji pukul 2 but sekarang ni dah pukul 2:30!"

"Prof tu lepas lambat. Jadi, jangan nak salahkan aku. Salahkan prof aku tu ya sebab bagi keluar lambat."

Yura dan Hyosung bukan dalam bidang yang sama. Yura ambil bidang business manakala Hyosung pula kedoktoran.

Yura merengus perlahan. Mereka berdua sudah pun masuk ke dalam kereta. Kalau Hyosung bagi kunci kereta kat dia tadi, dah lama dia masuk dalam kereta ni. Shin Hyosung mula memandu keluar dari perkarangan universiti tu.

♡♥♡♥♡

Kunci kereta diletakkan ke atas meja. Kemudian, Hyosung menghempaskan badan ke atas sofa. Penat sangat sampaikan malas lagi nak masuk bilik. Hari malang bagi dia hari ni sebab 'teraccident' dengan lelaki bajet cool tu dan hantar kertas assignment lambat.

Dah lah hantar lambat. Lepas tu, kena marah pula kat prof. Kesian telinga dia kena tadah pagi tadi. Tak cakap lagi, yang dia kena denda sebab masuk kelas lewat. Haa, dia masuk lewat sebab prof tu lah. Bagi 'ceramah' sampai tak ingat. Dia kena denda bagi penerangan pasal yang dah diajar semalam. Nasib baik dia ingat lagi. Senang kacang je bagi dia.

"Eh, akak Hyo!"

Naik satu oktaf suara lelaki tu memanggil kakak dia. Dari tadi lagi dia panggil. Nampak sangat Hyosung ni sedang termenung.

"Apa?" Hyosung menjawab sambil dahi nya berkerut. Dia tengah penat ni, nak kacau pula. Shin Minwoo duduk dihadapan Hyosung untuk menonton tv.

"Bila balik?"

"Dah lama dah. Mama mana?"

"Rumah kawan dia."

"Patut lah kereta tak de kat garaj." Hyosung memusingkan badan menghadap televisyen. Drama apa yang adik dia tengok ni. Tak best langsung! Hyosung tersengih seraya memanjangkan tangan untuk bermain dengan rambut Minwoo. Dia tahu, rambut Minwoo itu aset dia paling dia sayang.

"Alah, akak!!" Minwoo menjerit. Ditepis tangan Hyosung dari memegang rambut dia. Rambut ni lah perkara utama untuk mencairkan hati perempuan kat sekolah tu selain senyuman maut dia.

"Akak pegang sikit je."

"Akak bukan pegang tapi nak menjahanamkan rambut Min lagi adalah!"

"Eh! Kau pergi sekolah tu nak ayat perempuan ke belajar? Minyak wangi tu kalau boleh satu botol kau nak sembur."

"Both, sis. Both! Takkan nak hadap je buku selalu. Boring, kak. In my life, tak lengkap kalau tak de cinta. Macam sayap patah! Akak apa tahu sebab tak pernah bercinta."

"Merapu je kau!" bahu Minwoo ditunjal kasar. Tergelak besar Minwoo dapat mengusik kakak dia.

Shin Hyosung menjulingkan mata seraya dia bangun dari baring. Dia meninggalkan Minwoo di ruang tamu. Baik mandi lagi bagus dari melayan karenah gila Minwoo tu. Segila adik dia tu, dia sayangkan sangat Minwoo tu. Shin Minwoo sahaja lah adik yang dia ada.

♡♥♡♥♡

tbc.

25 December 2017.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now