Menjerit, terlolong Shin Hyosung tatkala berada di atas ais itu. Dah lah dengan kasut tu bagai. Sebenarnya, sama je dengan main roller blade tapi nak dibuat cerita, ini ais bukan nya lantai biasa. Memang lah Hyosung cakap tak pandai lah apa lah kan. Menggeleng kepala Hoseok melihat nya.
"Yahh!!" Hyosung terdorong ke depan dengan laju sambil menjerit. Sudah, pasti dia akan terjatuh nanti. Dengan cepat, Hoseok bergerak ke depan dan menangkap badan Hyosung lalu mereka sama - sama terjatuh. Orang ramai yang melihat mereka, ketawa.
Jung Hoseok membuka mata lalu menolak Hyosung supaya jauh dari nya. Terkejut sebenarnya sebab Hyosung jatuh atas badan nya. Hoseok pun berdiri lalu menyapu bahagian belakang nya. Dia mencangkung apabila melihat Hyosung masih lagi tidak bangun.
"Kau okey tak ni?"
"Kau lah ni. Ajak aku main benda ni sangat kan! Aku dah kata tak pandai main, kau bawa juga. Nasib baik aku tak de luka!"
"Ek eleh! Cara main dia sama je dengan roller blade. Kau tu gelabah habis bila tengok ais ni. Dah lah, berdiri cepat!"
Hyosung mendecit. Dia hulurkan tangan pada Hoseok. Keluhan dilepaskan seraya dia menarik Hyosung berdiri. Lantas itu, dia menyuruh Hyosung memegang baju nya dibelakang dan ikut dia keluar dari gelanggang tu.
Sumpah!
Ini kali terakhir Hyosung jejakkan kaki ke sini. Tak mahu lagi dah dia main benda alah ni. Kalau roller blade, dia on! Ahaks!♡♥♡♥♡
"Bye, Seok!"
"Lambat esok, aku tinggal."
"Ya lah!" berdentum pintu kereta ditutup oleh Hyosung. Membuntang mata Hoseok. Amboi, sesedap dia je main hempas pintu kereta orang. Nasib baik dia dah nak balik. Kalau tidak, memang kena juga lah si Hyosung tu dengan nya.
Shin Hyosung ketawa kecil. Pasti Hoseok membebel dekat dia. Alah, dia bukan nya sengaja pun nak main hempas pintu. Pintu rumah dibuka dan nampak lah ibu dan Shin Minwoo sedang menonton tv sambil berbual. Serentak itu, kedua mereka melihat pada Hyosung.
"Tak dengar bunyi kereta pun." Puan Shin menegur anak nya. Hyosung tersengih lalu duduk di sofa single, bersebelahan mama dan adik dia.
"Hyo balik dengan kawan."
"Yura ke?" Shin Hyosung tergaru kepala kejap. Nak bohong atau nak jujur je? Kalau jujur kan, mama akan cakap bukan - bukan pula. Kata itu teman lelaki dia lah apa lah. Erm, bohong je lah.
"Ya, Yura. Hyo naik dulu lah, nak mandi. Hyo dah makan tadi dengan Yura."
Shin Hyosung berlalu pergi dari ruang tamu. Kalau lama dekat situ, entah apa lagi soalan yang bakal mereka ajukan nanti. Persahabatan dia dan Hoseok ni, dia tak cakap pun dekat mama. Erm, takkan semua benda nak cakap kan?
Manakala, Minwoo dan mama berpandangan. Masing - masing terukir senyuman penuh makna di bibir masing - masing. Apa lah yang mereka sorokkan ya? Erm, sebenarnya Minwoo mengintai tadi untuk tengok siapa datang tapi tengok - tengok, kakak dia. Lalu, dia bagitahu Puan Shin yang kakak dia balik dengan seorang lelaki. Jadi, mereka anggap itu adalah teman lelaki Hyosung.
♡♥♡♥♡
"Yo, Joon!"
Bahu Kim Namjoon ditunjal nya perlahan seraya dia duduk bersebelahan lelaki tu. Namjoon sekadar menghurmkan sahaja tanpa memandang Hoseok sedikitpun. Ralit sangat dia menonton drama Train To BTS Heart, antara drama paling popular di abad ni.
Jung Hoseok menghirup air milo dalam gelas nya perlahan sebab masih panas.
"Yah, perasan tak Jinnie lain macam je sekarang ni? Kau rasa dia ada sorokkan sesuatu dari kita ke macam mana huh?"
Hoseok menanya Namjoon. Pelik juga bila dia tengok Seokjin sekarang ni. Dah kurang pula tu dia nak melepak dengan Hoseok dan Namjoon. Selalu nya, Seokjin lah yang suka sangat mengajak mereka melepak. Tapi sekarang tak dah. Itu yang Hoseok hairan sangat tu. Macam ada sesuatu je yang dia sorokkan dari dia dan Namjoon.
"Ntah lah aku. Kalau kau pun perasan, aku lagi lah. Kau cuba lah tanya dia. Mana tahu dia ada masalah ke apa."
"Dia nak cakap ke kalau ada masalah sekalipun? Kau bukan tak kenal si Seokjin tu macam mana. Dia tu suka pendam sorang. Mana pernah nak bagitahu kita apa masalah dia."
"I know lah. Itu yang aku geram dengan sikap dia. Macam lah masalah boleh selesai sendiri. At least, bagitahu lah!"
Jung Hoseok ketawa kecil.
"Bengang nampak."
"Of course lah!" Namjoon menjeling kawan nya tu. Dah beratus mesej dia hantar kat Seokjin, tanya mana dia pergi, ada masalah ke tapi satu mesej pun tak dibalas. Oh ya, tak de lah sampai beratus mesej.
Hoseok menyandarkan badan ke sofa sambil bermain telefon. Tak berminat pula nak menonton drama tu sekali. Kemudian, dia mendapat satu mesej dari Seokjin. Membuntang mata dia baca mesej tu.
"Woo! This is crazy!."
"Apa, apa?" Namjoon kalut dan dia berpaling ke belakang. Terus sahaja Hoseok bagi Namjoon baca mesej yang dihantar Seokjin. Yang pasti nya, mata Namjoon turut membulat sama.
"Jom ke sana, now!"
"Okey!" tergesa - gesa mereka keluar dari rumah. Mereka harus ke rumah Seokjin dengan segera. Aduh, apa Seokjin dah buat ni? Patut lah, lelaki tu tampak runsing je semacam. Sebab ini ke sebenarnya?
♡♥♡♥♡
tbc.
10 January 2018.
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanfictionTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.