BAB 11

372 61 0
                                    

Shin Hyosung mengeluarkan bekas aiskrim dari peti sejuk. Malam - malam macam ni, rasa lapar pula nak makan. Sudu diambil dan lepas tu dia pergi duduk dekat meja makan untuk makan aiskrim. Sambil makan, sambil bermain telefon.

Tiada apa nak main dalam telefon. Semua nya sama je. Instagram, Twitter, Whatsapp. Aduhai, Hyosung mengeluh. Telefon diletak ke tepi dan fikiran nya menerawang teringat pasal siang tadi. Serta merta dia ketawa kecil.

"Kau bakal doktor ke?" soalan itu membuatkan Hoseok berhenti berjalan. Terpempan dengan soalan itu. Macam mana gadis tu boleh bertanya macam tu pula.

Hyosung juga berhenti berjalan dan memandang Hoseok. Terkebil - kebil mata nya. Lelaki tu nampak seakan tergamam. Salah ke dengan soalan dia tadi? Rasa nya tiada apa kesalahan pun. Soalan je kut!

"Hey, Hoseok!"

"Apa kau cakap tadi?"

"Kau bakal doktor ke?" Hyosung mengulangi pertanyaan nya. Dan seraya itu juga lah, tawa Hoseok meletus. Kuat pula tu! Sehinggakan menarik beberapa perhatian orang dekat depan pintu mall.

"Aku serius ni." satu cubitan kena pada lengan Hoseok. Namun, itu tidak mematahkan Hoseok untuk terus ketawa. Cemberut muka Hyosung jadi nya dengan tawa Hoseok yang tak tahu bila nak berhenti.

"Ketawa puas - puas!" bentak Hyosung lalu pergi dari situ. Belum pun dia nak melintas, lengan nya disambar oleh Hoseok. Dan kepala nya terhantuk pada dada lelaki tu. Ketika itu lah, dia mendengar kereta lalu dibelakang.

Shin Hyosung tergamam. Jadi, tika dia mahu melintas tadi, rupa nya ada kereta yang menghampiri dia. Kalau lelaki tu lambat, sudah pasti diri nya dah dilanggar kereta tu. Jung Hoseok menolak jauh Hyosung dari badan nya.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now