💏❤💏
Makin kerap pula Jung Hoseok balik ke rumah mama dia. Bukan apa, dia bosan seorang diri kat apartment setelah Namjoon balik semula ke rumah dia. Ya lah. Kim Namjoon ada tanggungjawab. Adik dia sekolah lagi dan ayah dia sekarang tak berapa nak sihat sangat. Okey, Jung Hoseok faham kat situ so, dia bagi je lah Namjoon balik semula ke rumah dia. Takkan dia nak halang pula. Pentingkan diri lah nama nya tu!
"Seok!" bahu lelaki tu ditepuk Puan Jung seraya dia mengheret kerusi untuk duduk. Jung Hoseok mengerutkan dahi dan duduk didepan mama dia.
"Apa, ma?"
"Si Hyosung tu dah ada teman lelaki ke belum?" tersenyum - senyum Puan Jung melontarkan soalan tu. Dan dia berharap sangat yang Hyosung tak de teman lelaki lagi.
"Pelik je soalan."
"Alah, jawab saja lah."
"Dia masih tak ada teman lelaki atau teman istimewa. Faham? Tapi kenapa mama tanya soalan macam ni eah?"
"Ada lah!"
Puan Jung terus bangun dan meninggalkan Hoseok di dapur. Jung Hoseok tergaru - garu kepala nya sambil melihat mama nya keluar dari dapur. Apa pasal pula tiba - tiba mama dia tanya macam tu? Hairan bin pelik ni.
Jung Hoseok bingkas bangun dan keluar dari dapur. Mama nya tak de kat ruang tamu. Makna nya, dah masuk dalam bilik lah tu. Jung Hoseok mencebik lalu duduk di sofa dan membuka tv. Baik tengok tv lebih bagus dari fikir soalan yang baru sahaja mama nya utarakan.
💏❤💏
"Yura!!"
Terkocoh - kocoh Shin Hyosung mengejar langkah kawan nya itu. Betapa rindu nya dia setelah beberapa hari tak berjumpa. Cakap di telefon saja, tak cukup dan mana sama dengan bertemu mata. Lee Yura tertawa kecil melihat kekalutan Hyosung. Macam budak - budak lah kawan dia tu.
Shin Hyosung terus memeluk erat kawan nya. Rindu tahu tak rindu! Lee Yura menepuk perlahan belakang Hyosung sebelum pelukan terlerai.
"Rindu kau tau!"
"Ya, aku pun sama lah."
"Mana kau hilang?" soal Shin Hyosung. Soalan itu membuatkan Yura terdiam sekejap. Sejujur nya, dia tak cakap lagi kat Hyosung yang dia bakal berkahwin. Sejak dia tak datang ke kampus, dia sedang sibuk menguruskan hal kahwin dia. Dan hari ni, dia datang walaupun ditegah oleh ibu dia tadi. Dia nak cakap kat Hyosung. Majlis nya dah lusa.
"Aku ada benda nak cakap."
"Macam serious je."
"Yup. So, jom pergi kat tempat biasa kawan laki kau lepak tu. I really need to tell you this."
"Okey."
Shin Hyosung memandang pelik pada Yura. Lain macam pula dia melihat Yura yang tiba - tiba sahaja menjadi serius. Dalam masa yang sama, menjadi tertanya - tanya, apakah yang ingin Yura beritahu kepada nya. Ianya kedengaran sangat serius.
💏❤💏
Luluh hati nya saat Yura bagitahu dia hal sebenar. Kini, dia dah tahu kenapa jarang benar gadis itu datang ke kampus. Dia tak marahkan Yura pun sebab rahsiakan benda ni tapi ada lah terasa sikit. Majlis dah nak dekat dah baru bagitahu. Tak mengapa lah. Sekurang nya, Yura cakap juga walaupun lambat. Ianya lebih baik daripada tak cakap langsung kan?
"Who's he?"
"Ki-kim Seokjin."
"Ohh…Eh? What?!" terbeliak biji mata Hyosung. Dengan lelaki tu? Macam mana? Tak sangka pula Yura akan berkahwin dengan Seokjin. Bila masa mereka bercinta. Bukan ke Seokjin dah ada teman wanita ke. Apa semua ni?
"It was planned by our family."
"Oh God!"
"I feel so pity to Woori. Because of me, dia terpaksa korbankan orang yang dia sayang. Aku rasa macam orang ketiga antara diorang."
"Don't say that. Ianya bukan salah kau pun. Kau pun tak minta nak semua ni terjadi, right? As you already said, it was planned by your family."
"Yeah." Yura menundukkan kepala nya dan menghambur tangis. Dia rasa bersalah sangat pada Woori. Dia tak de pilihan lain. Ibubapa dia dah tak nak dengar alasan yang diberikan. Dan Kim Seokjin pula terlalu baik orang nya dan itu membuatkan dia tak layak dengan lelaki tu. Woori yang lebih layak.
"Sabar lah weyh." belakang Yura digosok perlahan. Dia tahu Yura terseksa sekarang ni.
💏❤💏
"Hyo!!"
Jung Hoseok memanggil gadis itu sambil berlari - lari dengan memegang satu jambangan di tangan nya. Shin Hyosung menoleh ke belakang dan menjeling lelaki tu. Masa ni juga lah dia nak muncul. Hyosung meneruskan langkah tanpa pedulikan panggilan Hoseok.
"Yah!" lengan Hyosung ditarik Hoseok. Serta - merta gadia tu berhenti berjalan. Jung Hoseok tersenyum tipis dan menghulurkan jambangan tadi kepada Hyosung. Hyosung mengerutkan dahi. Kenapa dan sebab apa jambangan ni diberikan?
"Apa ni?"
"Jambangan bunga, eh tak! Bukan bunga tapi kat dalam tu ada banyak coklat, biskut etc. Kan trend zaman sekarang ni."
"For me?"
"Yes. For you, babe."
"Kalau aku tak nak terima?"
"Aku kiss kau!" terundur ke belakang Hyosung dibuat nya dengan kenyataan berani mati Hoseok. Terkejut juga dengan ayat tu. Ish, ada hati nak kiss orang!
"Aku gurau je lah. Ni, tanda nak minta maaf kat kau dan nak pujuk kau actually."
"Well, aku dah terpujuk. Erm, pandai kau pujuk aku dengan benda - benda ni kan? Aku boleh nampak usaha kau buat ni."
"Aku suruh orang buat."
Mati terus senyuman Shin Hyosung mendengar nya. Ingatkan Hoseok sendiri yang buat. Tarik balik lah ayat tadi. Dan kemudian, Hoseok ketawa seraya memeluk bahu Hyosung tu.
"Jom makan!!"
"Kut ye pun. Lepas lah!" Hyosung meronta. Berkali dia menolak tangan sasa tu.
"Tak nak. Jom, babe." Hoseok menarik gadis tu dan berjalan seiringan. Shin Hyosung menundukkan kepala sebab malu dengan pelajar lain. Tak pernah Hoseok macam ni dengan nya. Dia terlebih minum kopi ke pagi tadi, yang buatkan hyper semacam ni?
💏❤💏
tbc.
14 January 2018.
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanficTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.