💏❤💏
Dua Tahun Kemudian
"Kakak!!"
Shin Minwoo memanggil kakak nya dari tingkat atas. Shin Hyosung mendongak kepala nya dan memandang pelik pada si adik. Apa benda lah dia nak. Orang nak berehat pun tak senang.
"Apa benda nya?"
"Telefon akak dari tadi berbunyi
tahu tak! Bising lah, orang nak study tak senang lah. Dah, cepat ambil telefon ni."Tu dia…
Bila Minwoo membebel. Tanpa buang masa, Hyosung naik ke tingkat atas dan ambil telefon nya dipegangan Minwoo. Terbeliak mata nya melihat si pemanggil. Ianya panggilan dari hospital. Ada kecemasan ke? Memang tiada hari nak berehat lah dia gamak nya kalau macam ni. Shin Hyosung masuk ke dalam bilik dan menjawab panggilan tersebut.Lepas beberapa minit, dia turun kembali dengan baju yang dah ditukar. Tergesa - gesa dia turun tangga sehinggakan nak terjatuh tapi nasib baik sempat berpegang pada palang (?) tangga. Kus semangat sekejap. Salah seorang pesakit yang dia rawat tu, ada masalah dengan pernafasan sehingga memaksa dia ke sana. Nak selesaikan melalui telefon memang tak boleh. Dia kena tahu juga apa punca nya.
"Hyo, nak kemana?" Puan Shin menyoal apabila ternampak anak perempuan nya macam tergesa - gesa nak keluar.
"Hospital."
"Kenapa pula? Hyo cuti bukan?"
"Memang lah. Tapi pesakit Hyo,
ada masalah. So, Hyo terpaksa lah pergi tengok. Hyo pun tak tahu doktor lain tak de.""Ya lah. Bawa kereta elok - elok."
"Baik, my."
Tanpa panaskan enjin kereta, dia
dah pergi. Pesakit diutamakan sekarang ni. Laju juga lah dia
pandu sebab nak cepat sampai
kat hospital. Kalau tahu macam ni, baik dia tak ambil cuti. Tapi nak
buat macam mana kan. Anggap saja lah ni ujian dia semasa sedang bercuti. Lahai, malang nya!💏❤💏
Shin Hyosung mengambil makanan di kafe. Lapar kut! Kimchi berserta nasi disumbatkan ke dalam mulut. Penuh satu mulut. Lantak lah apa orang nak kata. Dia memang tengah lapar sekarang ni. Hal dengan pesakit pun dah selesai. Macam ni lah kehidupan nya. Cuma, dia bekerja sekarang setelah tamat pengajian nya di kampus. Seorang diri je lah.
Lee Yura pula sekarang ni dah bahagia dah dengan anak seorang. Hasil cinta dia bersama Seokjin. Masing - masing dah punya kerjaya tahu tak! Hanya dia dan Namjoon sahaja sekarang ni masih bujang. Ramai je lelaki nakkan dia tapi Hyosung buat boo layan je. Datang lah seramai mana pun lelaki, dia tetap memilih yang satu dalam hati nya. Tak pernah puas dia menunggu lelaki itu datang kepada nya.
Sedang dia makan, dia didatangi
oleh seseorang. Lelaki tu dengan selamba duduk kat depan. Coffee ais diberikan kepada Hyosung. Erm, Hyosung tak ambil air tadi sebab tergesa - gesa sangat nak makan."Air untuk kau."
"Tahu."
"Macam mana tahu?"
"Tahu lah sebab aku tak ambil air masa nak makan. So, kau dengan baik hati nya ambilkan untuk aku kan?"
Ong Seungwoo tersengih. Betul lah
tu apa yang Hyosung cakap. Memang air tu untuk Hyosung pun. Oh ya. Mereka masih berkawan. Tapi panggilan Hyosung berubah serta merta pada Seungwoo setelah tahu yang lelaki tu sukakan dia. Dan Seungwoo pun turut sama bahasakan aku-kau dengan Hyosung. Walau bagaimanapun, mereka tetap berkawan. Seungwoo pun makin lama dah move on. Baru - baru ni, Hyosung nampak lelaki tu dengan seorang perempuan. Kekasih dia lah tu kut. Bagus lah!"Kau cuti bukan hari ni?"
"Yes. Ada emergency tadi dan terpaksa aku ke sini. Kau tu, tak de pesakit ke?" Ong Seungwoo sama bidang dengan Hyosung ya.
"Aku free sekarang ni. Gaya kau makan ni, macam setahun tak
makan tahu tak! Dah kebulur sangat ke apa kau ni?""Ini kan dah masuk tengah hari. Memang patut lah kalau perut nak berbunyi pun kan? Ini masa orang makan."
"Ya lah."
Mereka diam.
Nasi dalam pinggan hanya tinggal sikit saja lagi. Ong Seungwoo bermain dengan telefon nya. Erm, tak pula dia makan. Hanya minuman je Hyosung tengok atas meja. Dan akhirnya, Hyosung siap makan. Dia berdiri dan meletakkan food tray (?) itu ke tempat sepatutnya. Selepas itu, dia datang semula dan duduk kembali. Lepak sekejap kat situ sebelum balik."Kau tahu…dia balik hari ni?"
Ong Seungwoo memecahkan kesunyian antara mereka. Dia… Hyosung faham siapa yang dimaksudkan itu. Seungwoo pun tahu lah pasal dia tu. Shin Hyosung tersenyum tipis dan mengangguk. Dia tahu pagi tadi. Terdengar perbualan mummy dan Puan Jung melalui telefon. Masa mana dia sampai, Hyosung tak tahu lah.
"Kau dah sedia ke?"
"Sedia apa?"
"Lah…jumpa dia lah. Berhadapan dengan dia after two years! Kau tak rasa nervous ke apa?"
"Itu ke? Ada lah sikit. Tapi macam mana pun, aku mesti jumpa dengan dia juga kan? Dia ingat ke tidak kat aku entah!"
"Mesti lah dia ingat. Kau cinta hati dia kut. Kalau dia tak ingat, kau tolong ingatkan dengan cara kau."
"Cara apa?"
"Kiss dia lah."
"Hotak kau!"
Terus je kunci kereta kena kat atas kepala Seungwoo. Cakap lagi mengarut. Pervert juga lelaki ni sebenarnya. Tambah lagi dia tu, doktor sakit puan. Haa, bertambah lah pervert nya tu. Ong Seungwoo mengaduh sakit sambil menggosok kepala nya. Padan muka!
"Sakit lah!"
"Mengarut lagi. Okey lah, aku balik dulu lah. Nak tidur. Nak habiskan cuti aku dengan berfaedah. Kau layan lah pesakit kau tu ya."
"Berfaedah sangat! Tidur je kau."
Shin Hyosung tergelak.
Kemudian, dia berlalu dari kafe dengan tawa nya masih berbisa. Ong Seungwoo menggeleng kepala sambil melihat Hyosung pergi. Kemudian, dia mengeluh. Kalau nak tahu, dia tak boleh move on lagi dari Hyosung sebenarnya. Dia berlagak biasa je bila berdepan dengan gadis tu. Dia pasrah bila Hyosung tak sukakan dia dan dia undur diri. Tak de guna juga kalau dia berkeras nakkan Hyosung juga kalau gadis itu tak juga jadi milik nya.💏❤💏
tbc.
Dah nak tamat!!
26 January 2018.
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanfictionTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.