BAB 22

314 50 0
                                    

💏❤💏

Beberapa kali Hyosung cuba menghidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Dia mendengus, geram bercampur marah. Gara - gara kereta nya buat hal, dia tak masuk kelas hari ni. Dia dan kereta tersadai di tepi jalan sekarang ni. Oleh kerana geram sangat, dia menghentak stereng kereta dengan kuat. Mulut nya terkumat - kamit menyumpah seranah kereta tak berdosa tu. Semalam, elok lagi kereta nya, dapat kemana - mana. Sekarang ni, rosak pula.

Sedang dia mencari sesuatu dalam beg sandang, cermin kereta nya diketuk seseorang. Lantas, dia menoleh. Ianya seorang lelaki. Memakai cermin mata hitam dan berbaju kemeja biru laut. Lelaki tu mengarahkan Hyosung agar menurunkan cermin kereta. Tanpa teragak - agak, Hyosung buka walaupun sedikit.

"Kereta kenapa?"

"Rosak."

"I see. Why not, kalau awak buka bonet depan. Mana tahu saya boleh tolong ke apa. Tak salah kalau mencuba dulu."

"Oh, okey." Hyosung lantas membuka bonet depan kereta. Dia pun turut keluar dari kereta. Tak elok lah kalau dia berada kat dalam sedangkan lelaki tu pula kat luar, sedang menolong nya.

"Masalah apa eah?" soal Hyosung sambil tengok lelaki tu sedang membelek kereta nya. Lelaki tu tak menjawab dan kemudian dia berdiri disebelah Hyosung.

"Ni, kurang air. Sebab tu tak boleh nak hidupkan." Hyosung menggaru kepala. Kereta pun boleh kurang air ke? Ingatkan manusia je. Dia tersengih janggal pada lelaki tu.

"Err…Now, apa kena buat?"

"Kena bubuh air lah. Tak pe, saya ambilkan air. Ada rasa nya dalam kereta tu. Kejap eah." ujar lelaki tu. Shin Hyosung mengangguk. Bersyukur sangat sebab ada orang sudi nak menolong dia. Kalau tak, terkontang - kanting lah dia dekat sini seorang diri.

Lelaki tu kembali datang dengan membawa sebotol air mineral. Dia tersenyum tipis lalu memberi laluan pada lelaki tu. Dia melihat saja bagaimana lelaki tu membuat kerja nya. Selepas tu, lelaki tu memusingkan badan, menghadap Hyosung.

"Try start kereta."

Shin Hyosung angguk dan masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin kereta dan ianya berjaya. Gembira bukan main! Boleh lah dia ke kampus lepas ni. Hyosung segera keluar dari kereta.

"Terima kasih sangat, encik!"

"Small matter."

"Kalau tak de awak, rasa nya tak tahu macam mana saya kat sini. Saya nak buat sendiri pun, saya tak tahu apa pasal kereta."

"It's okay. By the way, awak tak
ingat saya ke? Kita dah berjumpa sebelum ni kat kafe." lelaki tu membuang cermin mata hitam
yang dipakai. Shin Hyosung
terdiam, cuba mengingati lelaki tu. Betul ke mereka pernah berjumpa? Kat kafe? Dia melihat lagi sekali lelaki tu dan dia terlopong seketika. Dia baru teringat sekarang ni.

"Ohh…Awak yang saya langgar dengan pintu tu eah?"

"Exactly! Tak sangka kita boleh berjumpa lagi. Kat sini dan dalam situasi macam ni. What a small Korea!"

"Yeah. So, thanks once again!"

"No biggies. I'm Ong Seungwoo. And…you?" tangan dihulurkan sebagai tanda perkenalan. Dengan senyuman dibibir, Hyosung menyambut huluran itu.

"Shin Hyosung."

💏❤💏


"

Asal kau ni?"

Jung Hoseok menegur Namjoon
yang dari tadi tersenyum sambil melihat telefon. Apa lah yang ada dalam tu sampaikan tersenyum macam tu. Kim Namjoon angkat muka dan menggeleng kepala. Dan kemudian, dia pandang telefon semula. Ah! Lantak lah!

Sekarang ni, mana batang hidung kawan perempuan dia? Siapa lagi kalau bukan Hyosung. Mesej pun
tak berjawab. Nak telefon, takut dia ada dalam kelas. Dari pagi tadi, tak nampak bayangan dia kut. Rindu? Erm sikit lah kut. Ahaks! Rindu nak mengusik dia sebenarnya. Comel
bila tengok dia marah. Tanpa sedar, Hoseok tersenyum bila memikirkan pasal Hyosung. Erk, tak salahkan senyum?

"Kenal tak Hyunjoo?" pertanyaan tiba - tiba Namjoon tu, membuatkan dahi Hoseok berkerut. Erk, siapa perempuan yang Namjoon sebut tu? Dia kenal ke sebelum ni?

"Tak. Why?"

"Soon to be my girlfriend."

"Really?!" laju je Namjoon mengangguk. Ketawa Hoseok jadi nya sambil menepuk bahu Namjoon. Lelaki tu tersenyum.

"Dah lama kenal?"

"Baru seminggu duh. Tapi aku memang cintakan dia dari pertama kali aku jumpa dia. Cantik orang nya."

"I see. Bidang apa?"

"Dia tak study. She's not like us, you know. Dia kerja kat kafe untuk sara keluarga. I'm not fall for her bukan kerana kesian eah. Cinta aku kat dia memang betul."

"Ok then. Fight for your love!"

"Kau bila?"

"Bila apa kau ni?"

"Nak ada awek lah. Aku tengok, bukan main berkepit lagi kau dengan Hyosung. Takkan tak terpikat kut dengan dia."

Kim Namjoon tersengih nakal
sambil memandang dia. Jung
Hoseok tersengih sambil
menggeleng kepala. Buat masa
ni, biar lah dia saja yang tahu
apa rasa hati dia yang sekarang ni.

"Mengarut lah kau."

"Susah tau bila berkawan baik dengan perempuan. Tak mustahil, akan jatuh hati nanti."

"Yeke?"

"Ya lah. Ramai dah macam tu. Alah, apa salah nya kan kalau kau nak jatuh hati kat dia. Hyo tu cantik orang nya."

"Drop the topic. Now, jom pergi makan. Aku tunggu Hyo actually, tapi dia tak muncul pula."

"Ye lah."

Mereka berdua berjalan ke kafe kampus.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

tbc.

19 January 2018.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now