"Hai, kuda!"
Menjengil mata Hoseok apabila Hyosung memanggil nya begitu. Dah banyak kali pesan agar jangan sebut perkataan tu lagi. Tapi Hyosung ni degil, tak nak dengar cakap. Dalam tak sedar, dah lebih sebulan mereka jadi rapat. Pergi mana - mana je, terserempak. Macam tak de muka lain saja.
"Kau apesal?" Hoseok menyoal dengan kening terangkat. Tapi Hyosung pula tak faham dengan pertanyaan itu. Hoseok mengeluh lantas menunjukkan jari Hyosung yang berbalut tu.
"Oh, ni. Terkena pisau semalam, tolong mama aku masak." sudah lah liat dia nak potong daging semalam, dan dan je terkena pisau masa tu. Banyak juga lah darah keluar. Nasib baik dia tahu macam mana nak rawat jari tu.
"Cuai sangat! Kan dah kena."
"Rileks ah! Sikit aje pun. Kau ni melebih lah. Dah lah, aku ada kelas pula ni. Kalau aku tak masuk, harus nya aku kena denda."
"Denda berjalan itik ke?"
Dan serentak itu langkah Hyosung terhenti. Macam mana dia boleh tahu pula ni? Malu lah! Shin Hyosung memusingkan badan dan nampak lah Hoseok seakan menahan tawa. Ni mesti Hoseok nampak apa yang terjadi tempoh hari.
"Kau!"
"Apa huh?"
"Kau nampak kan?"
"Nampak apa?" Jung Hoseok buat seolah tidak tahu. Padahal, dia tahu sangat apa yang Hyosung maksudkan. Sengaja nak membahan gadis itu.
"Jangan buat tak tahu lah!"
"Ya. Aku nampak! Lucu siot kau berjalan itik. Dah memang serupa itik dah aku tengok."
Tawa Hoseok meletus. Shin Hyosung mengenggam penumbuk. Kalau dia layangkan penumbuk kat muka lelaki tu, sia - sia je dapat lebam! Tanpa bercakap apa - apa, Hyosung melangkah pergi. Sebal hati nya dapat kawan macam ni. Nasib baik si Yura bukan kaki sakat macam lelaki tu!
Tawa Hoseok berhenti.
"Merajuk lah tu!" gumam Jung Hoseok sambil melihat Hyosung berjalan sambil kaki dihentak ke lantai. Satu lagi yang Hoseok perasan pasal gadis tu, bila merajuk je, kaki mesti dihentakkan bila berjalan. Nak tunjuk protest konon nya!
♡♥♡♥♡
Lee Yura dengan tidak senang hati menyuap Hyosung. Mana tidak nya, gedik daripada tadi suruh dia suap makan. Entah apa lah yang merasuk fikiran gadis tu! Hyosung tu kawan baik dia, jadi dia layankan sahaja lah. Tika mereka sedang makan, mereka didatangi oleh Hoseok dan kawan nya. Lee Yura jadi tidak senang duduk apabila bertembung mata dengan Seokjin. Kalau boleh, dia nak elak dengan lelaki tu.
"Banyak nya kau makan!" tegur Hoseok pada Hyosung sambil melihat pelbagai jenis lauk pauk dalam pinggan gadis tu. Shin Hyosung mencebik dan tersenyum tipis.
"Macam kau tak kenal aku."
"Yes. I know you so well. Kau tu jenis yang suka makan. Kalau boleh, dengan batu, kayu sekali kau nak telan kan!"
Hyosung ketawa kecil.
Sampai ke situ pula Hoseok ni. Gila apa sampai nak makan batu dan kayu? Dia, walaupun suka makan tapi takkan lah nak makan batu dan kayu. Eyy, apa lah!Dengan selamba, Hoseok mencarik sikit peha ayam Hyosung. Membuntang mata gadis tu dengan perlakuan Hoseok. Tapi dia dah biasa macam ni. Pada mula nya, dia marah. Ya lah, main ambil je makanan orang sesuka hati. Tapi bila dah lama kenal, memang Hoseok tu macam tu orang nya. Suka sangat rembat orang punya!
"Ayam apa ni? Sedap."
"Ayam madu."
"Yeke? Tak pernah pula aku makan sebelum ni. Erm, nak suruh mama aku buat lah nanti."
"Then, bagi aku eah!"
"Eh, boleh je!" laju je Hoseok bersetuju. Shin Hyosung pula memandang Yura yang dari tadi senyap. Kenapa pula lah dengan si Yura ni. Tadi bukan main banyak cakap dengan nya.
"Kau kenapa, Yura?" Hyosung menyendol lengan Yura. Lee Yura berpaling dan menggeleng sambil tersenyum.
"Tak de apa."
"Yeke?"
"Betul. Erm, aku kena pergi lah. Lupa pula, hari ni ada keluarga aku buat makan - makan sikit sempena maksu aku dapat kerja."
"Huh?" Hyosung tercengang. Bila masa pula keluarga Yura buat makan? Selalu nya, Yura akan cakap dari awal lagi kat dia. Tanpa bercakap apa - apa lagi, Yura ambil beg sandang dan pergi dari situ. Seokjin dalam diam, mengeluh. Dia tahu kenapa Yura macam tu.
"Guys, I've got to go."
"Kau pun?" Hoseok menyoal. Seokjin terus saja pergi tanpa menjawab soalan Hoseok. Mereka tercengang dengan apa terjadi. Hyosung dan Hoseok berpandangan.
"Kenapa tu weyh?"
"Kau tanya aku, mana lah aku tahu!" Hoseok mengambil air Hyosung yang berada berdekatan dengan nya. Boleh je dia pergi order tapi kaki nya malas nak bergerak.
"Jom lepak nak?"
"Mana?"
"Main roller blade!"
"Cis! Macam tak de benda lain nak main. Baik main ais skating, baru seronok. Kalau kau tak pandai, aku boleh ajar."
"Nanti jatuh lah…"
"Aku kan ada." ayat tu membuatkan jantung Hyosung bergetar hebat. Lain macam je. Dia tepis jauh - jauh perasaan tu. Jung Hoseok tu cuma kawan dia sahaja! Tak lebih dan tak kurang.
♡♥♡♥♡
tbc.
9 January 2018.
![](https://img.wattpad.com/cover/126613718-288-k515666.jpg)
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanficTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.