💏❤💏
"Woi, sakit lah!"
Menjerit Jung Hoseok apabila
kawan - kawan nya datang
memukul dia. Padah sebab pergi macam tu je sampai tak sempat
nak cakap selamat tinggal pun.
Bila dah jumpa ni, kena lah dia.
Biar dia rasa sikit. Dah dekat lima minit juga mereka berdua tu 'memukul' Hoseok. Si dua orang perempuan ni, tukang ketawakan Hoseok. Dengan anak Yura sekali ketawa sebab tak tahu apa benda
lah yang mereka buat."Babe, tolong lah aku!"
"Malas ah tolong! Aku nak makan mee goreng ni. Sambil makan, sambil tengok kau kena pukul, seronok juga. Macam drama!" terletus tawa Hyosung dan Yura.
Jung Hoseok mengetap bibir. Sampai hati kata macam tu kat tunang sendiri. Pasrah saja lah bila kena pukul. Bagi diorang melepas 'rindu' konon nya. Lepas beberapa minit, baru mereka berhenti. Itupun sebab Seokjin dah letih sangat. Tergeliat badan Hoseok sebab sakit. Lengan nya digosok seraya bangun dan duduk atas sofa, bersebelahan dengan Namjoon. Dijeling nya Namjoon bila lelaki tu melihat dia dengan senyuman nakal.
"Sakit tau tak!" adu Hoseok sambil menunjukkan lengan nya. Bukan setakat lengan, kat belakang badan pun rasa sakit. Diorang ni memang pukul sungguh lah!
"Alaa…Hyo kan ada! Dia boleh
tolong rawatkan kau." Seokjin mencelah berserta tawa dihujung nya."Banyak lah kau!" makin kuat Namjoon dan Seokjin ketawa. Seronok nya lahai dapat kenakan Hoseok. Merah padam muka lelaki tu. Malu ke marah tu?
"Kau balik for good?"
"Of course lah! Nak ambil cinta
hati yang dulu konon nya tertinggal. Haa, sekarang dah dapat pun. Kan, sayang kan?" Hoseok tersenyum sambil melirikkan mata nya pada Shin Hyosung yang sedang makan. Hyosung mencebik."Dah upgrade eah korang punya panggilan! Nice, Seok!" sekali Seokjin bagi tanda bagus kat Hoseok. Terletus tawa Yura. Manakala, Namjoon mencebik. Haih…bila lah dia nak ada kekasih. Dah cukup hensem dah, ada kerja sendiri tapi tak de orang nak. Sesiapa kat sini yang nakkan Namjoon, boleh lah ambil dia sebagai kekasih. Jangan risau, kekasih dia yang dulu, mereka dah putus ya.
"Seora-ah! Meh kat papa." Seokjin memanggil anak perempuan nya. Lee Yura pun melepaskan anak nya dan biarkan dia merangkak sendiri ke papa dia. Tersenyum yang lain melihat nya.
"Dah berapa tahun anak kau?" Hoseok menyoal.
"Setahun."
"Comel lah. Macam kau sikit." pipi tembam Kim Seora dicubit dengan rasa geram. Kalau nak dibandingkan dengan anak saudara nya, memang lagi besar Daniel lah. Daniel tu ikut macam bapak dia sikit.
"Memang lah. Anak aku!" Kim Seokjin mencium Seora. Mereka berbual di ruang tamu manakala Hyosung dan Yura dah pergi ke dapur. Mereka semua berkumpul dekat rumah Seokjin. Dari semalam lagi, Seokjin ajak untuk berkumpul macam dulu.
💏❤💏
"Dia confess bila?"
Yura teruja apabila diberitahu Hyosung yang Hoseok dah luahkan perasaan dia. Shin Hyosung tersenyum bila teringat tentang tu. Tak romantik langsung! Nak luahkan perasaan pun, tengok lah tempat tu dulu kat mana. Dekat lapangan terbang tau tak! Tak dibuat orang meluah perasaan dekat situ. Memang tak menyempat sungguh! Hyosung ni dah malu gila masa tu. Masuk je dalam kereta, teruk kena bahan dengan adik sendiri. Erm, pasrah sahaja lah.
"Hey, termenung pula." lengan Hyosung dicuitnya. Bersungguh
dia menyoal tapi Hyosung langsung tak dengar. Boleh pula dia termenung."Sorry. Kau tanya apa?"
"Pasal bila dia confess tu?"
"Dua hari lepas. Kau tahu tak
dekat mana dia confess tu? Memang tak masuk dalam list okey! Kau pun mesti terkejut.""Huh, kat mana?"
"Airport."
"Huh? Serius lah?" terkejut Lee Yura dibuatnya sampaikan membulat mata. Bersungguh Hyosung mengangguk. Yura ketawa. Sukar dia nak percaya. Ada pula cakap dekat lapangan terbang.
"Heol! Tak pernah dibuat orang lah, Hyo! Kalau ada pun, korang yang pertama. Kau rasa malu tak? Kan ramai kat airport."
"Malu ada lah sikit. But at the same time, I feel so happy! Finally, dia luahkan apa yang aku nak dengar. Two years I'm waiting for it!" Lee Yura senyum. Erm, nampak lah sinar bahagia bila Hyosung bercakap macam tu.
"Suka lah kau!"
"Of course lah, beb!" kata nya berserta senyuman dibibir. Cincin dijari, dibelek. Rupa nya cincin tu, Hoseok dah beli awal. Dia memang dah rancang nak cakap tapi tiada kekuatan. Takut kalau persahabatan mereka tu akan musnah. Salah seorang dari mereka akan menjauh lah apa lah. Overthinking betul si Jung Hoseok ni ya. Kalau dia bagitahu lebih awal kan senang. Dia, Hyosung akan terima juga Hoseok sebab nya dia memang dah jatuh suka kat Hoseok tau. Cuma Shin Hyosung tu je buat tak endah
dengan perasaan dia."Cincin apa tu?"
"Tunang." kata nya tanpa sedar. Kawan - kawan yang lain tak tahu lagi yang dia dan Hoseok dah bertunang. Sengaja tak nak bagitahu sebab nak bagi kad kahwin terus pada mereka nanti.
"What?! Cincin tunang?"
"Ya lah. Oops!" Hyosung menekup mulut nya. Alamak! Terlepas cakap lah pula. Rasa nak diketuk kepala dia kat dinding sekarang.
"Tak cakap pun kan!"
"Alah, ni rahsia lah. Lagipun,
nanti kami nak bagi kad kahwin terus kat korang. Sebab tu aku tak cakap pun kat korang." dah alang - alang terbongkar tu, baik dia terus - terang aje."Bi! Ohh, bi!" Yura mengheret Hyosung sambil memanggil suami nya. Si Yura ni pun, kecoh lah. Tunang je pun. Bukan nya dia isytihar dah kahwin. Lain lah kalau dia cakap, dia dah kahwin tapi tak bagitahu kat mereka.
"Kenapa, sayang?" Kim Seokjin datang kat Yura sambil mendukung Seora. Jelas sekali muka nya tampak panik. Siapa tak risau bila si isteri memanggil si suami dalam keadaan cemas. Dengan Hoseok dan Namjoon sekali memandang mereka. Masing - masing pelik.
"Bi nak tahu tak! Hyo dan Hoseok
ni dah bertunang? Tapi tak cakap pun kat kita.""Serius?!" Seokjin memusingkan badan melihat Hoseok. Namjoon
pun sama. Serba salah Hoseok dibuatnya sambil dia menggosok belakang leher nya. Erm, ada chance lagi ke dia nak kena pukul ni?Dan yes.
Dia kena sekali lagi.💏❤💏
tbc.
Tinggal lagi 3 bab (epilog & special chapter)
5 February 2018.
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanfictionTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.