💏❤💏
Hari ni merupakan hari perkahwinan Lee Yura dan Kim Seokjin. Pagi - pagi lagi, Shin Hyosung datang ke rumah Yura untuk mekap kawan baik nya tu. Yura tak upah jurumekap pun. Dah ada kawan yang boleh tolong mekapkan, apa salah nya. Tak perlu dia membazir duit nak upah jurumekap.
Giliran Hyosung pula nak bersiap - siap sekarang ni. Tadi dah mekapkan Yura dah, sampai berpeluh - peluh dia jadi nya. Setelah selesai mandi, dia menyarungkan gaun pink di tubuh. Gaun tersebut labuh dan menutup dada tapi tiada lengan. Tak de lah seksi mana pun. Sekadar gaun biasa sahaja.
"Dah siap?" Lee Yura menjengah masuk ke dalam setelah Hyosung membuka kunci. Shin Hyosung mengangguk seraya masukkan telefon ke dalam beg. Dia kemudian berdiri tegak dan melepaskan keluhan. Eyy, ni siapa nak kahwin sebenarnya ni? Dia pula macam gementar je ni.
"Semua orang dah ada ke?"
"Dah. Aku nervous sebenarnya. Tak tentu hala aku kat luar tadi. Itu yang aku masuk sini." Lee Yura meluahkan apa yang dia rasa. Dia tak pasti sama ada Seokjin betul - betul terima dia atau tidak.
"Kau buat biasa je."
"Takut…"
"Dah, tak payah takut. Jom lah kita keluar sekarang. Kan, diorang cari kau pula. Kau hembus nafas banyak - banyak ok!"
Lee Yura mengangguk.
Dah banyak kali hembus, tapi rasa gementar tu masih juga tak hilang, nak buat apa lagi? Kemudian, dia beriringan berjalan dengan Hyosung ke luar rumah. Majlis diadakan di rumah sahaja.💏❤💏
Shin Hyosung bertepuk tangan perlahan sebaik melihat kawan baik nya dah pun sah bergelar seorang isteri. Gembira tak terkata dia dibuatnya. Dia tahan juga diri nya agar tidak menangis. Siapa tak gembira melihat kawan dah pun berumah tangga. Dia pun tumpang gembira sama.
"Hey, babe!" seriau rasa bila tiba - tiba sahaja ada seseorang berbisik di telinga. Dia menoleh ke kanan dan dapati Hoseok di sebelah. Shin Hyosung tersenyum tipis lalu alihkan pandangan melihat Yura.
"Lain kau hari ni." Hoseok mula nak berbual. Dia akui, Hyosung tampak sangat cantik pada pandangan mata dia. Macam bidadari kayangan yang baru turun dari langit.
"Aku biasa je." mereka berbisik sesama sendiri. Orang ramai kan, takkan nak menjerit masa tengah bercakap. Jung Hoseok mengherot senyuman sinis. Erm, biasa bagi Hyosung. Tapi luar biasa bagi Jung Hoseok.
Sedar tak sedar, bunga melayang ke arah mereka. Hyosung dan Hoseok sama - sama terkejut dan kalut nak menangkap. Tapi akhirnya, mereka sama - sama tangkap dan pegang macam pasangan pengantin pegang tu lah. Mereka berpandangan buat seketika dan terdengar lah orang bersorak kat mereka. Cepat - cepat, Hyosung larikan tangan dia dan bunga tu kat tangan Hoseok sekarang ni. Malu woi!
💏❤💏
"Seronok?"
Lee Yura datang menghampiri Hyosung tika gadis itu sedang mengambil air. Tersengih - sengih Yura. Hyosung menjeling pada pengantin baru tu. Tak lain tak bukan, datang nak menyakat dia lah tu. Dah lah tadi, Seokjin dah ketawakan dia. Malu pula bila ingat balik kejadian tu. Entah macam mana lah boleh terpegang bunga macam tu dengan Hoseok!
"Eyy, dah lah nak sakat aku." Lee Yura ketawa seraya mengikut Hyosung ke tempat duduk. Dia tengah lapar sekarang ni. Pagi tadi, tak makan apa - apa pun. Sibuk sangat nak mekapkan si kawan baik ni tadi. Lee Yura turut sama duduk didepan Hyosung.
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanfictionTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.