BAB 25

355 52 0
                                    

💏❤💏

"Betul ke nak pergi?"

Puan Jung menanya kepada anak nya yang entah ke berapa kali. Dia tak percaya bahawa anak nya
mahu ke London untuk lanjutkan pelajaran ke sana. Ingat lagi, bagaimana dia suruh Hoseok
belajar kat luar negara tapi
Hoseok tentang hebat perkara tu, katanya lagi elok belajar kat negara sendiri. Ini, dengan tiba - tiba pula anak nya mahu ke London. Pening betul dia sekarang.

"Betul lah, ma."

"Mama bukan apa. Tak percaya
yang Seok nak ke sana. Dulu, bukan main lagi tak nak, tapi sekarang ni, apa pula?"

"Seok dah fikir semasak nya. Tak salah kalau nak teroka negara orang pula, ma. Dah alang - alang kampus tu tawarkan, Seok pergi je lah. Ma benarkan Seok pergi kan?"

Puan Jung diam.
Bukan tak nak bagi Hoseok pergi. Bagaimana dengan dia nanti? Pasti sunyi kat dalam rumah ni. Anak perempuan dia pula dah balik ke Australia sana. Walaupun sebelum ni dia duduk dengan orang gaji sahaja, tapi tetap terasa sunyi juga. Jung Hoseok mengeluh sambil duduk bersebelahan mama nya. Tangan Puan Jung dicapai lalu genggam erat.

"Ma, Seok pergi tak lama. Dua
tahun saja , ma. Nanti Seok suruh kawan - kawan Seok datang jenguk mama kat rumah."

"Jaga diri kat sana eah."

"Ya lah. Mama tu yang kena jaga diri. Jaga kesihatan. Jangan lupa makan dan kalau sakit, makan ubat terus. Nanti Seok tanya makcik Anne."

"Ya, Seokkie. Ma ingat."

"Flight Seok malam ni tau."

"Malam ni? Cepat nya. Mesti Seok dah tak sabar nak tinggalkan mama kat sini kan? Ya lah. Seok bukan nya sayang mama pun kan!"

"Ma, bukan lah. Sebab lusa, Seok
dah kena daftar kat sana. Seok sayangkan mama tau. Mama jangan lah merajuk macam ni."

"Ya lah."

Jung Hoseok tersenyum.
Dia segera memeluk mama nya dengan erat. Dia tiada pilihan lain selain pergi sana. Dua tahun. Selepas dua tahun itu, dia akan pulang dan ambil semula apa yang sepatutnya jadi milik dia. Pelukan dileraikan. Serentak itu, kedua pipi nya dicium oleh Puan Jung. Ketawa Hoseok dibuatnya.

💏❤💏

"Hoseok!"

Shin Hyosung memanggil Hoseok di tengah lapangan terbang. Dia tak pedulikan orang yang sedang melihat nya sekarang. Apa yang dia tahu,
dia mahukan Hoseok sekarang ni. Mata nya dah kabur dengan air mata. Sekali lagi, dia memangil
nama lelaki itu. Jung Hoseok tidak menyahut dia. Hyosung pergi ke depan lagi untuk mencari. Seketika kemudian, dia terdengar suara
orang memberitahu bahawa kapal terbang ke London, sudah pun berlepas.

"I'm late!"

Tangan nya dihentakkan pada lantai dengan geram sambil menangis. Dia kesal sekarang. Jung Hoseok memang tinggalkan dia. Tak lama selepas itu, dia merasakan diri nya dipeluk seseorang. Hyosung tahu itu Yura disebabkan minyak wangi yang dipakai nya. Namjoon dan Seokjin hanya jadi pemerhati. Mereka pun terlambat sebab Hoseok bagitahu mereka tika dia sudah berada di lapangan terbang.

"Sabar, Hyo!"

"Dia tinggalkan aku!"

"Tak, dia tak tinggalkan kau. Dia ke sana sebab study kan. Nanti dia balik lah sini. Jangan risau eah. Aku yakin dia balik nanti."

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now