BAB 4

448 70 4
                                    

Pergaduhan antara mereka masih terjadi. Tak nampak pula salah seorang dari mereka nak hentikan pergaduhan tu. Orang lain, cuma tengok saja. Termasuk lah Shin Hyosung. Takkan dia nak masuk campur pula. Nanti dengan dia sekali yang kena.

Yang menyakitkan hati, telefon bimbit dia dah kena pijak dek lelaki tu. Habis calar dan retak. Sakit hati betul lah! Macam mana nak hentikan pergaduhan ni? Sungguh, dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Mata nya tertancap pada seseorang yang sedang berlari ke arah mereka yang bergaduh tu. Kawan dia lah tu kut!

"Hoseok, stop!" Namjoon menarik lengan kawan nya tu. Jung Hoseok merengus kasar dan meludah dihadapan lelaki tu. Darah yang mengalir di tepi bibir, disapu dengan kasar.

"Kenapa kau gaduh, Seok?" Namjoon menyoal Hoseok. Pautan Namjoon pada lengan nya, direntap kasar. Dia belum puas lagi dengan lelaki tu. Berani lelaki tu bertindak mencari pasal dulu dengan nya. Dia pun tak tahu apa salah dia.

Tumbukkan padu diberikan sekali lagi, tepat mengenai batang hidung lelaki tu. Darah mengalir keluar dari hidung lelaki tu. Jung Hoseok tersenyum sinis melihat nya. Puas rasa nya! Tak lama selepas tu, dia terdengar suara perempuan memanggil nama lelaki tu. Hoseok menoleh.

"Sayang, okey tak?" perempuan seksi itu menyoal kekasih dia. Tangan nya meraba muka Mingyu tu. Dan Mingyu menepis perlahan tangan perempuan tu.

"Awek kau ni yang gatal sangat dekat aku. Bukan nya aku yang gatal nak kat dia! Perempuan macam ni, aku nak buat kekasih? Please lah! Jaga awek kau leklok. Jangan nak gatal dengan lelaki lain!"

Hoseok membidas. Namjoon disebelah, terlopong. Baru tahu kenapa Hoseok bergaduh. Cis! Pasal perempuan rupa nya. Mingyu pula bergaduh dengan perempuan seksi tu. Sekali, dia heret perempuan tu pergi dari kafe.

Shin Hyosung perhatikan tingkah manusia dihadapan nya. Siapa lagi kalau bukan lelaki nama Hoseok tu dan kawan dia tu. Mereka berdua tampak nak pergi dari situ. Jadi, dengan cepat Hyosung menghalang. Kedua mereka, buat muka pelik. Ya lah, tiba - tiba halang laluan mereka.

"Who's gonna bertanggungjawab kat telefon saya yang dah retak disebabkan korang bergaduh tadi?"

"Not me!" Hoseok menolak perlahan tubuh Hyosung dan berlalu pergi. Namjoon pula mengejar langkah kawan dia tu.

Shin Hyosung mengetap bibir. Selamba je dia pergi dari situ tanpa buat apa - apa. Hyosung pun berlalu ke tempat duduk dia kembali dan mengambil air cappucino lalu dihirup separuh. Membuak rasa dia nak marah kat lelaki tu. Jumpa lagi sekali, siap lah!

"Makan lah, Hyo!"

"Nak makan lah ni." Yura dah makan dari tadi. Lepas ni, dia ada kelas pula. Sempat lah dia tengok pergaduhan tadi. Tapi buat tak tahu saja lah. Buat apa menyibuk hal orang kan.

♡♥♡♥♡

"Sakit lah!" bentak Jung Hoseok. Seokjin rawat luka dibibir dia macam nak dia mati awal je. Geram sungguh lah. Kim Seokjin menjeling kawan nya tu.

"Tahu sakit! Masa bergaduh tu, tak rasa pula sakit nya macam mana kan? Tak faham lah aku. Kau bergaduh ni sebab apa? Aku terkejut gila bila Joon cakap kau bergaduh tadi. Cari hal sungguh kau ni!"

Sengaja dia menekan pada luka di bibir Hoseok tu. Mengaduh sakit lah lelaki tu. Bukan dia minta nak bergaduh ke apa. Dah lelaki tu yang cari pasal dulu. Dia apa lagi, terus balas pukulan lelaki tu. Buat penambah perisa. Konon nya!

"Joon bagitahu korang bergaduh kes perempuan. Betul?"

Nada suara Seokjin dah tidak kuat seperti tadi. Dah tenang dan lembut. Dia pun dah selesai merawat luka dibibir Hoseok. Jung Hoseok lantas bangun dan berdiri dihadapan cermin. Ditilik muka dia tu. Tak memasal cacat akibat luka tu. Hoseok kembali duduk di atas kerusi, berhadapan Seokjin.

"Kekasih pompuan tu yang serang aku. Konon nya, cakap aku ni gatal dengan awek dia. Padahal, aku tak pernah kacau pun awek dia. Awek dia tu gila, nak bergatal dengan aku."

"Siapa pompuan tu?"

"Sohye."

"Ohh…Pompuan tu memang gatal dengan semua lelaki. Aku pernah nampak dia keluar dengan lelaki lain kat kelab."

Hoseok mendecit.
Memang dah agak sikap perempuan tu macam tu. Si lelaki tu, punya lah setia. Dia boleh lagi pasang 'spare part' kat belakang. Memang dasar playgirl sungguh!

"Kau tak pergi jemput Woori ke?" pertanyaan itu ditujukan kepada Seokjin. Woori tu kekasih hati kawan baik dia tu. Kim Seokjin pantas menggeleng.

"Gaduh eah?"

"Tak lah! Kebetulan daddy dia ada dekat area tu, jadi dia balik dengan daddy dia. Lagipun, malam ni dia ada dinner dengan family."

"Aku ingat gaduh."

Kim Seokjin menggeleng. Tak pernah lagi mereka bergaduh besar setakat ini. Kalau takat gaduh kecil, itu dah perkara biasa. Apa orang cakap? Gaduh manja.

"Lambat nya Joon balik." gumam Hoseok sambil melihat jam di pergelangan tangan. Lepas je dia selesai bergaduh tadi, Namjoon terus pergi tinggalkan dia dekat port melepak mereka sebab ada urusan keluarga.

"Kejap lagi balik lah tu."

"Kau tidur sini?"

"Boleh gak. Malam ni, aku sorang aje kat rumah. Parents aku pergi honeymoon kata nya."

Hoseok tergelak.
Advanced sungguh orang tua Seokjin. Pergi berbulan madu tu. Seokjin sekadar tersenyum kecil seraya berlalu ke ruang tamu untuk menonton tv.

Jung Hoseok juga bangun dan membuntuti Seokjin.

♡♥♡♥♡

tbc.

Ruangan Promote.
Tajuk: Misi Membuat Anak Bersama Yoongi
Penulis: KimFarhan

Tajuk: Lucky Army (?)
Penulis: pinkjoon_

30 December 2017.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now