BAB 6

393 61 0
                                    

"Beb, what happen?"

Yura menyoal dengan kalut nya. Risau gila bila dapat tahu yang kawan baik nya tercedera masa nak turun dari bukit. Dia menekup kedua pipi Hyosung dan melihat jikalau ada luka dimana - mana. Kemudian, dia lihat pula kat badan Hyosung.

Hyosung ni dah naik rimas dek perlakuan itu. Bukan nya dia cedera teruk pun. Terseliuh kaki sikit sahaja. Segera dia menampar lengan Yura. Geram dari tadi 'meraba' badan dia kiri kanan dan depan belakang. Dia merengus perlahan.

"Kau okey?"

"Aku okey lah! Kaki aku je terseliuh sikit. Kau jangan risau lah! Doktor dah cakap, nanti seminggu lebih sembuh lah ni."

Kaki yang berbalut itu ditunjukkan kepada Yura. Seminggu itu juga lah, dia tidak dapat hadir ke kelas. Habis semua subjek dia ketinggalan nanti. Dah lah, final exam makin menghampiri. Kalau tertinggal semua tu, jenuh nak catch up nanti apa yang tertinggal. Dia tidak mahu gagal dan kena ulang semula. Mimpi ngeri bagi dia kalau kena tu.

"Aku tak habis fikir, macam mana kau boleh naik atas bukit tu. Dengan pakai skirt bagai. Apa kau cari kat atas sana, Hyo?"

"I'm looking someone who broke my telephone yesterday. And finally, I found him there. So, that's why, kenapa aku boleh berada kat atas bukit tu."

Lebih baik berterus - terang sahaja lah kepada Yura. Tak mahu dah pendam seorang diri. Lee Yura dilihat, ternganga. Mesti dia tak percaya kan? Ya lah, semata sebab telefon retak dan mahu lelaki tu bertanggungjawab, dia boleh naik bukit tu tanpa berfikir dua kali. Tak ke gila nama nya tu?

"Are you crazy?!"

"Maybe." Hyosung tersengih. Yura kemudian nya menarik kerusi untuk duduk dihadapan Hyosung. Dia ingin mendengar lagi cerita dari kawan nya itu.

"Tell me more."

"Aku tak kenal pun lelaki tu. First meeting, masa dekat lobi. Masa tu, ada lah gaduh sikit. Then, kali kedua, masa kat kafe. Then, ni kali ketiga kat bukit tu. I don't even know his name, you know."

"Oh my god! Dia course apa?"

"Sama dengan aku tapi tak pernah pula aku nampak dia dalam kelas sebelum ni. Semalam pun tak de! Hairan juga aku."

"Ok ok! So, dia lah ni yang bawa kau kat klinik uni ni?" Hyosung pantas mengangguk. Sebaik je dia sampai kat klinik ni, lelaki tu terus pergi tinggalkan dia dengan doktor wanita tu. Kali pertama bersemuka dengan doktor ni.

Patut lah ramai yang bercerita pasal doktor kat sini. Rupa nya, doktor tu memang cantik. Muka dia persis Song Hyekyo, pelakon dan isteri kepada Song Joongki tu. Agak terkenal lah doktor ni sebab pelajar selalu je bercerita. Tapi ramai tak tahu yang dia sudah bersuami dan punya anak. Melepas semua pelajar lelaki kat sini. Ahaks!

"Berangan lagi!" lengan Hyosung ditampar kuat. Dia punya lah syok menyoal tadi, Hyosung boleh pula berangan.

Hyosung sedar.

"Apa?"

"Aku tanya, mana lelaki yang bawa kau kesini tu? Aku pun nak jumpa dengan dia. Nak tengok sendiri bagaimana rupa dia tu."

"Dia dah pergi."

"Alah~melepas lah aku nak tengok muka dia. Kalau hensem, boleh lah aku mengorat dia tak?"

"Muka macam jamban pecah tu kau nak mengorat? Erm...Tapi sesuai lah kut dengan kau. Muka kau pun ala nak sama je dengan dia. Jenis jamban tak siap. Dia, jenis jamban pecah. Sesuai!"

"Yah!!" tempik Yura. Mengekek Hyosung ketawa. Lahai, dah lama tak mengusik si anak manja, Yura ni. Yura ni jenis manja dengan bapa dia sejak kecil.

Seketika kemudian, mereka keluar dari klinik tu. Lama - lama kat dalam tu, tak seronok juga. Dengan berhati - hati, Hyosung berjalan. Sudah lah, hari ni dia datang dengan kereta. Tapi nasib baik ada Yura yang boleh tolong bawa kan.

♡♥♡♥♡

"Padan muka!"

Mencerlung biji mata Hyosung memandang adik lelaki dia. Kalau ditampar mulut tu, best juga. Geram sungguh lah dengan teruna tu seorang.

Shin Minwoo buat selamba je sambil makan aiskrim. Seronok dengar mummy membebel kat kakak dia pasal kaki tu. Hyosung tak cerita hal sebenar pun kat mereka. Gila nak cerita?! Lagi lah mummy tu akan membebel kat dia. Dia cakap lah yang dia, terjatuh disebabkan kasut tumit tinggi dia tu then terseliuh.

"No more high heels!" itu sahaja yang Hyosung dengar. Jelas terkejut pada wajah Hyosung. Dia tak salah dengar tadi kan?

"What?"

"No more high heels! Itu yang terbaik untuk kamu. Pakai flat shoes je, mulai sekarang ya. Tengok lah, apa jadi bila pakai high heels. Kan dah terseliuh kaki tu."

"No, mummy! Hyo mana pernah pakai flat shoes. Selama ni, Hyo pakai high heels. Mana boleh macam tu, mummy."

"Muktamad!"

"Mummy!!" malang nya, Puan Shin tidak mendengar. Dia dah pun keluar dari bilik tu. Hyosung kusut. Bukan ini yang dia nak. High heels tu dah jadi teman hidup dia tau! Dari dulu lagi, dia suka pakai high heels. Tak ke pelik nanti pakai flat shoes bila pergi uni?

"Min, pujuk lah mummy." Hyosung cuba memujuk adik nya pula yang duduk di meja belajar dia sambil makan aiskrim.

"Min!"

"Boleh tapi ada syarat."

"Apa syarat nya?"

"Beli aiskrim magnum selama sebulan untuk Min. Tak kira magnum apa pun, beli je. Baru lah Min akan pujuk mummy."

Dia ni lah!
Memang hantu aiskrim sungguh. Dia yang perempuan pun, tak makan sangat aiskrim. Kadang - kadang je makan tika rasa nak makan.

"Seminggu je, boleh?"

"Okey lah."

"Okey! Now, pujuk mummy."

"Belanja dulu."

"Kaki akak kau ni, sakit. Macam mana nak berjalan? Kira baik lah akak nak belanja kau tau! Ugh, pergi pujuk mummy dulu!"

"Sini lah duit. Biar Min pergi beli sendiri." tangan dihulurkan pada Hyosung. Kecil besar kecil besar je dia melihat Minwoo. Geram dia pun, ambil juga beg duit lalu diberikan duit pada Minwoo.

"Thanks!"

"Pujuk mummy tu!"

"Tengok lah dulu." kata nya selamba seraya berjalan ke pintu. Membulat mata Hyosung, dengar ayat yang keluar dari mulut Minwoo. Bantal digenggam kemas.

"Kau! Pujuk lah mummy tu!!"

"Nanti lah. Orang nak beli aiskrim ni dulu. Lepas tu, boleh lah pujuk mummy." dan lepas tu, Minwoo keluar dari bilik tu.

"Minwoo!!!" tempik Hyosung seraya melempar bantal ke pintu. Geram betul lah. Kalau tahu macam tu, dia tak belanja budak tu aiskrim. Selalu sangat budak tu nak perdajalkan dia.

Hyosung kemudian nya, merebahkan badan ke katil dengan kasar. Sebelah tangan nya, menumbuk bantal dengan geram seolah itu Minwoo.

♡♥♡♥♡

tbc.

double triple update.

4 January 2018.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now