BAB 24

324 54 1
                                    

💏❤💏

Aku nak jumpa kau!
Kat tempat biasa tau. Aku tunggu kau datang.

Hyosung hela nafas.
Beberapa kali dia membaca mesej tersebut tanpa membalas nya. Bukan tak nak pergi, tapi sekarang ni dia ada discussion dengan kawan - kawan dia yang lain. Shin Hyosung angkat muka apabila diri nya ditegur mengelamun. Dia tersenyum tipis dan kembali fokus.

Jauh disudut hati, dia berharap
yang Hoseok tak tunggu dia. Jatuh kesian pula kalau dia tunggu nanti.

💏❤💏

Jam tangan dilihat.
Sudah satu jam berlalu, namun kelibat Hyosung masih lagi tidak kelihatan. Jung Hoseok mendecit. Pasti gadis itu bersama dengan lelaki tu sekarang ni. Rambut dikuak ke belakang dengan kasar. Kesal dengam diri nya yang tak pernah
nak berterus - terang.

Tanpa menunggu lagi, Jung Hoseok pergi dari situ. Tapi, baru sahaja beberapa langkah, nama nya dipanggil seseorang. Hoseok berhenti berjalan. Dia memandang pada seseorang di depan nya kini. Muka nya tak berperasaan.

"Sorry."

"Ingat tak nak datang." Hoseok berkata dengan dingin. Pandangan nya tepat menikam ke dalam mata Hyosung. Shin Hyosung menundukkan kepala.

"Ohh…Aku tahu. Kau lupa pasal aku, memandangkan kau dah ada kawan baru. It's okay. Siapa je aku ni, dalam hidup kau kan."

Jung Hoseok kecewa.
Hyosung mengemam bibir, menahan diri nya dari menangis. Dia sedar, sejak dua menjak ni, dia selalu menghabiskan masa dengan Ong Seungwoo. Segala panggilan dan mesej dari Hoseok, dia abaikan. Memang patut pun kalau Hoseok marahkan dia.

"Aku dah buat keputusan. Aku
akan lanjutkan pengajian aku kat London nanti."

Hyosung mengangkat muka.
Sudah semestinya terkejut dengan keputusan ini. Dia memandang Hoseok. Jung Hoseok merengus perlahan lalu berjalan melintasi Hyosung. Namun, gadis itu sempat menghalang Hoseok daripada pergi. Dia inginkan penjelasan. Kenapa dengan tiba - tiba pula?

"Kau tipu kan?"

"Tak. Aku tak main - main pasal ni. Diorang ada tawarkan aku dan aku akan terima. Aku akan pergi ke London nanti."

"Seok, jangan lah pergi "

"Sorry."

Jung Hoseok melepaskan pautan tangan Hyosung pada lengan nya dan berlalu pergi. Tinggal lah Shin Hyosung disitu, menangisi 'pemergian' Hoseok. Dada nya dipegang. Betapa sakit dan pedih nya apabila mengetahui yang lelaki tu mahu ke London.

Disebalik pokok, Hoseok mencuri lihat pada Hyosung. Nafas nya dihela berat. Dia tak pasti keputusan ini suatu yang baik atau buruk. Maafkan aku, Hyo. Aku janji lepas aku pulang dari London, aku akan jadikan kau milik aku yang sah.

💏❤💏

"Biar betul?!"

Kim Namjoon dah terkejut
apabila Hoseok cakap yang dia
akan pergi ke London. Tapi
kenapa tiba - tiba pula ni? Ada sesuatu yang terjadikah? Mata
nya tak lepas memandang
Hoseok yang sedang mengemas
baju, dimasukkan dalam beg. Nampak nya dia begitu nekad
nak pergi.

"Why so suddenly?"

"Saja, nak merantau kat negara
orang pula. Sambil belajar, sambil cari pengalaman kat sana. Travel sana sini."

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now