Lena tidur Jung Hoseok terganggu dengan suara bising dalam bilik nya. Siapa pula yang masuk dalam bilik ni? Hoseok merengus kasar seraya dia memusingkan badan ke kiri dan perlahan mata dibuka. Perkara pertama yang dia lihat ialah seorang budak kecil yang sedang bermain dengan buku tebal. Mata Hoseok membulat.
Oh, shit!
Dengan cepat, Hoseok turun dari katil dan merampas buku tersebut dari tangan budak tu. Habis buku tu dia koyak. Budak tu menangis sebab Hoseok ambil buku dari dia. Buku tadi diletakkan ke atas meja lalu mendukung budak tu.
"Please, don't cry." Hoseok memujuk anak saudara nya tu. Entah masa mana lah kakak nya balik. Tak pula dia perasan. Daniel Kim berterusan menangis membuatkan dia buntu.
Belum sempat dia nak pulas tombol pintu, ada orang dah pulas dari luar. Terjengul wajah kakak nya dengan riak risau. Daniel Kim terus tergapai nak mama nya. Jung Hoseok pun bagi je lah.
"Kenapa ni?"
"Seok ambil buku dari tangan dia, then nangis. Buku tu mana boleh buat main. Tu buku belajar Seok. Akak bila sampai sini?"
"Ingatkan apa lah. Patut lah akak cari Niel tak jumpa. Dalam bilik kau rupanya. Akak sampai masa kau tengah tidur."
Dahi Hoseok berkerut. Masa dia tengah tidur? Pukul berapa dah sekarang ni. Lantas, dia melihat jam di dinding. Dah tujuh petang rupa nya. Lama juga dia tidur. Balik dari makan tengah hari, terus dia memecut balik ke rumah ni. Dalam tak sedar pukul berapa, dia terus terlelap dalam bilik.
Pintu ditutup memandangkan kakak nya dah pergi. Dia menguap luas seraya menapak ke almari untuk mengambil tuala lalu dia masuk ke dalam bilik air.
♡♥♡♥♡
"Niel-ah!"
Jung Hoseok memanggil anak saudara nya. Di tangan nya, ada botol susu milik Daniel. Sebelum kakak dan suami nya keluar, dia dah pesan pada Hoseok agar bagi Daniel minum susu sebelum tidur. Malam macam ni pun, masih lagi gigih nak keluar. Terpaksa lah Hoseok menjaga Daniel Kim tu.
"Ma, mana Daniel?" disoal Puan Jung yang sedang menonton tv tu. Puan Jung sekadar mengangkat bahu. Kalau dah dapat tengok drama kesukaan, pandang kiri kanan pun tak. Terseksa betul Hoseok rasa sekarang ni.
Daniel Kim tu nakal budak nya. Ada je nak merayap. Kalau dah boleh berjalan nanti, tak tahu lah. Tak dapat dikejar rasa nya.
"Niel-ah, let's drink milk!"
Sekali lagi Hoseok memanggil anak saudara nya. Susah betul budak tu nak menyahut. Setakat cakap 'hmph' tak pe lah juga, ni tak langsung. Daniel Kim ni tak boleh bercakap lagi okey.
Akhir sekali, Hoseok masuk ke dalam bilik nya. Jatuh rahang nya kejap melihat keadaan bilik. Tak lain tak bukan, ni mesti kerja Daniel. Suka sangat Daniel masuk dalam bilik dia. Apa yang ada dalam bilik tu entah, sampai menarik perhatian Daniel. Terpaksa lah dia kemas semula nanti.
"Daniel Kim!" terus Hoseok menerpa pada budak tu sebelum dia membuang lagi boxer ke lantai. Dah bersepah boxer dan baju dekat atas lantai.
"Yah! Why you always do this to uncle huh? You, the troublemaker child!"
Bebel Hoseok.
Daniel Kim yang tak tahu apa - apa, sekadar tersengih. Tangan nya bermain di mulut Hoseok. Meleleh air liur Daniel keluar dari mulut."Ugh, Niel ni kan!" Hoseok mengacah untuk gigit jari Daniel. Daniel ketawa kuat. Suka lah tu. Kemudian, Hoseok mengelap mulut Daniel yang penuh dengan air liur. Jung Hoseok meletakkan Daniel ke atas katil lalu memberikan botol susu itu kepada Daniel.
"Minum sampai habis."
Jung Hoseok kemudian nya mengemas semula boxer dan baju yang bersepah di lantai. Keluhan dilepaskan. Macam ni ke rasa kalau ada anak nanti? Anak buat sepah then kita kemas balik dengan rasa lelah nya. Tanpa sedar, Hoseok tersengih.
Jauh betul dia mengelamun, sampaikan terfikir soal anak. Cis! Dengan siapa dia kahwin nanti pun, tak tahu lah. Calon nya tak tahu ke mana lagi, dah berangan pasal anak. Memang gila lah kau, Hoseok!
♡♥♡♥♡
"Namjoon!"
Jung Hoseok memanggil kawan nya seraya dia meletakkan kunci kereta di dinding. Dia baru sampai ke apartment. Senyap je rumah ni. Takkan Namjoon keluar kut. Tapi kereta dia ada je kat bawah. Ke masih lagi tidur? Kim Namjoon juga semalam yang suruh dia singgah apartment dulu untuk ambil dia pergi kelas bersama nanti.
Pintu bilik Namjoon ditolak. Mendengus geram Hoseok melihat kawan nya masih lagi tidur. Dia ni kan! Hoseok menepuk pintu beberapa kali dengan kuat. Namjoon masih lagi tak bangun. Sejak bila pula lelaki ni susah nak bangun? Selalu nya senang je nak kejutkan.
"Yah, Joon!" selimut diselak memaparkan Namjoon yang tidak berbaju itu. Amboi, tidur siap menghisap jari lagi tu. Ingat dia tu baby lagi ke apa?
"Woi, clumsy!!" jerit Hoseok dengan kuat di telinga Namjoon. Kim Namjoon pun bangun dengan kalut nya. Tergelak Hoseok melihat kelakuan kawan nya. Baru tahu nak bangun eah.
"Ada apa wei?"
"Kau tanya ada apa? Joon, aku balik sini semata sebab nak ambil kau. Kau juga yang suruh semalam. Bila balik sini, tengok kau tidur lagi. Apa ni, kawan oi?"
"Alah, sorry lah. Aku penat."
"Kau penat buat apa huh semalam?"
"Kau fikir kotor lah tu! Aku tak buat benda tu lah. Aku, kalau nak buat, baik buat lepas kahwin. Tak main lah sebelum kahwin ni."
Hoseok mencebik.
"Seokjin dan Woori selamba je buat sebelum kahwin." memang betul pun pasangan kekasih tu dah buat hubungan intim. Mereka tahu sebab Namjoon telefon Seokjin masa diorang tengah buat hubungan tu. Terdengar lah suara desahan Woori tika itu. Kantoi!
"Diorang lain."
"Lain tak lain, cepat pergi mandi. Kau nak kena denda dengan encik garang tu ke?"
"Ermm..." Namjoon turun dari katil sambil menggosok mata. Tuala di penyangkut baju, diambil.
Jung Hoseok pula dah keluar dari bilik. Dia pergi buat air kopi untuk dia dan Namjoon. Terasa haus pula selepas kejutkan Namjoon.
♡♥♡♥♡
tbc.
kurang sambutan lah story ni derr.
kalau maknae line, bukan main laju korang ni eah. haha gurau ✌ lek ah. jangan kecam sis 🐯.4 January 2018.
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanfictionTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.