BAB 5

386 70 1
                                    

There he is!

Merata tempat Hyosung mencari lelaki tu. Jenuh dah cari. Penat yang dia dapat. Dan penat nya tu terbalas sudah. Berjaya pun dia mencari lelaki tu. Rupa nya ada je dekat atas bukit universiti. Ni lagi satu hal, dia nak kena naik atas bukit tu pula. Baru je nak hilang penat. Penat tu datang balik.

Shin Hyosung menanggalkan kasut tumit tinggi nya dan berjalan naik ke atas dengan kaki ayam. Sudah lah dia pakai skirt. Bukan skirt pendek ya tapi skirt labuh. Bersusah payah dia naik. Harap nya dia dapat balasan yang baik lah lepas ni dek lelaki tu. Sampai dekat atas, Hyosung terduduk keletihan. Tak pernah - pernah dia panjat bukit ni, tapi hari ni demi telefon dia, dia panjat. Nampak tak betapa penting nya telefon tu bagi dia.

Boleh je dia nak tukar baru tapi mengenangkan lelaki tu yang buat jadi lelaki tu harus bertanggungjawab.

"Hoi, laki bajet cool!"

Hyosung menjerit memanggil lelaki tu. Kat atas bukit tu, bukan dia dan lelaki tu saja yang ada. Ramai lagi pelajar lain sedang berbual lah, tengok panorama lah apa lah. Sebab tu bukit ni jadi tumpuan pelajar kat universiti ni.

Jung Hoseok tidak berpaling sebab dia tidak tahu siapa yang perempuan tu panggil. Dia dengar je perempuan tu menjerit dari tadi. Sudah lah naik ke atas ni dengan pakai skirt. Nak tergelak Hoseok melihat cara perempuan tu naik. Dah macam beruk keletihan gaya dia.

"Yah!" terhinjut bahu Hoseok tatkala bahu bya disentuh dan suara yang menyapa di telinga. Kus semangat sekejap weyh! Jung Hoseok berpaling. Perempuan tadi rupa nya. Apa lah yang dia nak.

"Awak pekak ke?"

"Kau panggil aku ke?"

"Ya lah! Awak lah lelaki bajet cool tu, konon nya! Saya datang sini, semata nak awak bertanggungjawab ke atas telefon saya!"

Terus sahaja Hyosung menunjukkan telefon nya yang dah retak kepada Hoseok. Atas bawah Hoseok melihat perempuan tu. Rasa nya dia macam pernah nampak perempuan tu sebelum ni.

Dan ingatan nya menerpa pada kejadian tempoh hari. Dimana dia bergaduh kat lobi.

"You! That girl yang tuduh aku langgar kau kan?" tepat jari telunjuk Hoseok dihadapan Hyosung. Mencerlung mata nya memandang Hyosung.

Hyosung tersenyum sinis. Nasib baik ingat. Kalau tidak, dia hentuk juga kepala lelaki tu kat batu besar belakang mereka ni. Biar bagi otak tu ingat balik. Selamba Hyosung duduk disebelah lelaki tu. Penat weyh bercangkung je.

"Yes, that's me."

"Kau nak apa? Nak suruh aku minta maaf kat kau? Tapi sorry not sorry lah eah. Itu bukan salah aku tapi salah kau tau."

"Forget about it! Saya mengaku salah saya and forgive me. But ni, telefon saya ni, saya nak awak bertanggungjawab!"

"Kenapa fon kau?"

"Retak sebab awak pijak telefon saya masa korang tengah gaduh. So, bayar ganti rugi."

Shin Hyosung menadah tangan pada Hoseok. Kening nya diangkat beberapa kali. Jung Hoseok buat muka menyampah. Kenapa lah dia boleh terlibat dalam hidup perempuan ni. Ingatkan boleh lah dia tenangkan diri kat sini tapi tak boleh juga. Sampai ke sini perempuan ni cari dia ya.

"Not my fault!"

"It's your fault sebab aku nampak sendiri kau yang pijak." dah tertukar bahasa dari saya-awak ke aku-kau pada lelaki tu. Geram sangat, nampam macam lelaki tu tak nak bertanggungjawab je.

"No no! Tu telefon kau kan? So, pandai - pandai kau lah nak buat macam mana eah."

Hoseok dah berdiri. Duduk lama dekat situ, boleh buat dia jadi gila disebabkan perempuan tu. Shin Hyosung pun turut berdiri dan mengejar langkah Hoseok.

"Yah!"

"Stop calling me! Kau merayu air mata darah sekalipun, aku takkan bertanggungjawab!"

Hoseok melaung balik sambil dia berjalan menuruni bukit tu semula. Hyosung pula tergesa - gesa turun tapi dalam masa yang sama, dia takut. Takut terjatuh, terguling dekat situ. Sebelah tangan nya memegang kasut tumit tinggi dan sebelah lagi memegang skirt dia.

"Yah, tolong aku!"

Jung Hoseok tidak dengar.

"Yah!! Tol--argh!!" Hyosung jatuh sebab tergelincir dek licin. Dan nasib nya baik sebab ada pokok yang boleh dia berpaut. Sakit gila semua anggota badan nya dia rasa.

"Kau okey tak?" Hyosung mendongakkan kepala melihat siapa gerangan nya. Lelaki tadi rupa nya. Tahu pula nak menolong dia. Rasa bersalah lah tu.

"O-okey."

"Then, bangun sendiri." selamba je dia berjalan semula meninggalkan Hyosung. Tercengang Hyosung dibuatnya. Cis! Tarik balik yang lelaki tu nak tolong dia. Perlahan - lahan dia bangun. Ya Tuhan, sakit nya kat kaki.

"Yah!" Hyosung menjerit lagi memanggil Hoseok. Jung Hoseok berhenti berjalan tapi tidak berpaling pada Hyosung.

"Kaki aku sakit." adu Hyosung. Jung Hoseok berpaling dan tersenyum sinis. Kemudian, tawa nya meletus. Terkumat - kamit Hyosung berkata sesuatu. Geram sungguh dia dengan lelaki tu.

Sekali lagi, Hyosung cuba bangun tapi tak boleh. Rasa nya kaki dia dah terseliuh. Hoseok mendecit seraya berpatah semula ke Hyosung. Kalau tinggal kan, kesian, memanggil je dia dari tadi. Jung Hoseok duduk mencangkung dihadapan Hyosung.

"Sini, kaki kau."

"Asal?"

"Bagi je lah kaki kau tu." dalam keterpaksaan, Hyosung memberikan (julurkan) kaki nya pada Hoseok. Hoseok membelek kaki Hyosung dan menekan ia.

"Sakit lah, gila!" dipukul bahu Hoseok dengan kuat. Kuat gila dia tekan kat sakit tu. Ya ampun!

"Terseliuh ni."

"Dah tu, macam mana aku nak turun nanti? Serius ni, aku tak boleh nak jalan."

"Padan muka kau! Naik pandai tapi bila nak turun, tak pandai. Kau ni, macam - macam lah. Asal lah aku lewh terjebak dalam hidup kau!"

"Eh, aku pun tak minta lah nak terserempak ke nak terjebak ke dengan kau! Dah jadi satu bala, kau tau tak!"

Hambur Hyosung.
Orang tengah sakit, dia suka hati je nak marah. Kaki nya diurut perlahan sebab rasa berdenyut. Kaki ni pun, nak buat hal lah. Macam mana nak datang kelas esok?

"Boleh jalan tak?"

"Soalan bodoh apa kau tanya ni? Dari tadi lagi aku kata, aku tak boleh nak berjalan kan. Geram aku lah dengan kau ni."

"Aku tanya je kan!" naik satu oktaf suara Hoseok. Dah habis lembut dia tanya tadi. Dibalas nya dengan amarah perempuan tu.

Terkebil - kebil Hyosung sekejap dek suara kuat Hoseok. Dia mendecit sambil urut kaki nya tu. Tak perlu lah sampai nak marah. Kedengaran seperti dia merajuk. Lol, merajuk dengan orang asing!

Tiba - tiba, diri nya berada di awangan. Siapa yang angkat dia ni woi. Bila mata dibuka, perkara pertama dia nampak ialah Hoseok yang sedang mengendong nya.

"Apa kau buat ni?"

"Aku pun tak tahu apa aku buat sekarang ni. Better kau shut up sebelum aku turunkan kau semula dan tinggalkan kau."

Shin Hyosung diam.
Mata nya dipejam rapat sebab gayat dek ketinggian. Dalam masa yang sama, jantung nya berdegup kencang. Apa masalah jantung dia pun tak tahu lah. Dan mata dibuka semula. Wajah lelaki tu dipandang sekali lagi.

"Apa nama kau eah?"

"Kuda."

Dan Hoseok pun kena pukul dengan kuat kat dada oleh Hyosung.

♡♥♡♥♡

tbc.

HAPPY NEW YEAR!!
moga apa yang korang tak dapat pada tahun 2017, moga dapat lah di tahun 2018 ni ya. Dan selamat bersekolah semua. Belajar rajin - rajin ahaks!

1 January 2018.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now