"Kita nak pergi mana ni?"
Sudah berkali - kali soalan itu ditujukan pada lelaki yang sedang memandu sekarang ni. Siapa lagi kalau bukan Jung Hoseok. Satu soalan pun lelaki tu tidak menjawab. Nak je dia lempang lelaki tu tapi apakan daya. Baru dua tiga kali terjumpa, dah nak lempang orang sesuka hati.
Apa kau merepek ni, Hyo? Kau dah rosakkan baju lelaki ni tau!
Shin Hyosung merengus perlahan sambil melontarkan pandangan ke luar. Boring nya lah dalam kereta ni tanpa sebarang suara. Radio pun langsung tak buka. Takkan dia sesuka hati nak buka sedangkan ini bukan kereta dia pun. Selamatkan lah gadis ini dari kebosanan.
Tak lama selepas tu, kereta tu berhenti dihadapan pusat beli - belah. Ternganga Hyosung dibuatnya. Biar betul! Dengan baju kotor dek air latte tadi, datang ke shopping mall ni. Dah hilang akal ke lelaki ni? Dipandang nya Hoseok disebelah yang seakan dah mahu keluar dari kereta tapi sempat ditahan nya.
Hoseok memandang dia.
"What?"
"Kau tanya aku, apa? Eh, kuda! I'm asking you now, apa kita nak buat dekat sini? Nak buat lawak sekalipun, agak - agak lah. Lawak kau tak menjadi."
"Kau nampak kan mall besar gedabak depan ni kan? So, kau fikir kita nak buat apa dekat sini? Nak menari atau menyanyi kat sini, ke nak memasak?"
"Mana aku tahu!"
"Bodoh!" terkebil - kebil Hyosung apabila lelaki tu mengungkap perkataan tu. Lelaki tu kata dia bodoh? Gurauan apakah yang berlaku sekarang ni?
"Apa?"
"You heard me!"
"Yes, I heard you! Kau kata aku bodoh? Aku tak nampak dimana bodoh nya aku! Kau tu yang bodoh sebab bawa aku kesini."
"Fine! Aku bawa kau kesini sebab nak kau gantikan baju aku yang dah rosak ni. Gantikan baju ni dengan baju lain. So, I will do the same to you! Is that enough for you?"
Hyosung ketawa sinis.
"Nampak nya kau memang bodoh juga lah! Dari tadi aku tanya kau, satu pun kau tak jawab. Bila dah macam ni, kau kata aku bodoh! Tapi kau pun sama."
"Then, kita sama - sama bodoh!"
Dan selepas itu, Jung Hoseok keluar dari kereta. Tak terkata Hyosung dibuatnya. Kalau dia ganyang mulut lelaki tu, kan bagus. Tak payah dengar suara dia yang menyakitkan hati tu! Shin Hyosung menendang dashboard kereta. Geram sangat!
Jung Hoseok berpatah semula apabila merasakan gadis tu tak ikut dia. Terkumat - kamit mulut nya sambil berjalan semula ke kereta. Diketuk cermin kereta itu berulang kali dengan kuat. Pintu kereta pun dibuka oleh Hyosung.
"Lembap lah kau ni." herdik Hoseok sebaik gadis tu keluar. Hyosung menjeling tajam lelaki tu. Sakit di hati dek lelaki tu masih lagi tak hilang tau!
Malas mahu berlama disitu, Shin Hyosung terus berjalan meninggalkan Hoseok. Buat bertambah sakit hati je bila dengan Hoseok. Tak ada yang menyenangkan pun bila dengan lelaki tu. Jung Hoseok mengejar Hyosung. Main sedap dia je berjalan. Haih!
♡♥♡♥♡
Sekali lagi mereka bergaduh dalam butik ni. Sebab nya, baju yang ditunjukkan masing - masing, tidak menepati cita rasa mereka. Baju yang macam mana lagi mereka nak? Hampir satu butik ni mereka cari tapi tak jumpa juga.
Jung Hoseok pergi ke bahagian lain pula walaupun bahagian tu dah berulang kali dia pergi. Dia mendecit geram. Kenapa lah dia bertindak buat macam ni? Kan dah tahu bagaimana rasa nya memilih baju untuk perempuan! Cerewet, cakap baju tu tak lawa lah, tak de kualiti lah! Macam - macam!
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanfictionTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.