Seminggu kemudian.
Hari ni, Hyosung dah boleh masuk kelas dah. Kaki nya dah semakin baik lepas kena urutan makcik Yun yang menyakitkan tu. Seram! Lepas ni, tak mahu dah terseliuh. Takut kena urut dek makcik Yun lagi.
Shin Hyosung menuruni anak tangga satu demi satu. Dia masuk ke dalam dapur untuk bersarapan. Senyuman dia melebar apabila melihat hidangan di atas meja. Nasi goreng pattaya. Kegemaran dia dan juga Minwoo.
"Morning, my." sapa Hyosung pada mummy nya setelah Puan Shin masuk ke dalam dapur.
"Morning." Puan Shin duduk bersebelahan anak nya. Sudu diambil untuk makan. Nasi goreng pattaya memang pembantu rumah nya paling handal buat. Memang sedap lagikan menjilat jari.
Sedang mereka berdua makan, Minwoo turun dengan seragam sekolah. Shin Hyosung menjeling adik nya tu. Wangi semacam je Minwoo. Mesti sembur minyak wangi satu botol ni kat badan. Tak faham budak sekarang. Nak pergi sekolah ke bercinta? Macam sekolah tu, dibuat untuk mencari jodoh pula.
"Akak hantar eah hari ni."
"No no! Motor kau mana?"
"Rosak." pendek je jawapan. Shin Hyosung menggeleng kepala. Malas betul nak menghantar budak tu ke sekolah. Sudah lah, laluan nak ke universiti tak sama dengan laluan ke sekolah.
"Hantar je lah Min ke sekolah. Nanti balik, dia boleh naik bas. Tak pun, tumpang kawan dia tu." mummy pun dah mencelah.
"Please, akak!" Minwoo mengerdipkan mata nya, berharap yang kakak nya akan hantar dia ke sekolah. Hyosung memandang adik nya lalu mencebik. Penumbuk nya ditunjukkan.
"Ye lah!"
"Oh yeah. Thanks!"
"Makan cepat!" arah Hyosung dengan garang. Acah kakak mithali kejap. Puan Shin menggeleng kepala melihat telatah mereka berdua. Sangat mencuit hati.
Sejak kecil lagi, Puan Shin menjaga mereka berdua sejak kematian suami. Mujur ada duit pencen suami yang boleh menanggung perbelanjaan mereka tika itu. Puan Shin juga bekerja masa tu dan sampai sekarang lah dia kerja sebagai kerani di sebuah syarikat besar.
♡♥♡♥♡
"Belajar elok - elok!"
Pesan Hyosung sebelum adik nya keluar dari kereta. Minwoo mengangguk dan sejurus itu juga lah dia menadah tangan. Atas bawah Hyosung lihat adik dia. Apa kes tadah tangan bagai ni?
Shin Minwoo tersengih.
Tak faham ke apa kakak dia ni? Macam lah tak pernah dia buat sebelum ni. Itu tanda nya dia mahukan sesuatu dari kakak. Bila dah di depan sekolah ni, apa maksud nya? Mesti lah mahu duit kan?"I need money."
"Oh yes! Akak lupa. By the way , bukan ke mummy dah bagi pagi tadi? So, kenapa nak minta dengan akak lagi?"
"Mana cukup! Nak buat tambang bas lagi. Alah, sikit je. Akak ni, kedekut tahi hidung masin lah! Kalau akak belanja kawan akak tu, boleh pula? Dengan adik sendiri, berkira!"
Mata Hyosung membulat.
Boleh pula Minwoo membebel kat dia balik? Sesenang je tangan dia naik, meluku kepala Minwoo. Minwoo buat muka tak berperasaan. Oleh kerana dah lambat, dia mengalah juga. Malas dah nak bertekak dengan budak ni. Beberapa not diberikan."Puas hati?!"
"Thanks so much, sis!" selamba pipi kakak nya dicium sebelum dia keluar dari kereta. Nak marah tapi tak jadi dek perlakuan Minwoo tadi. Bibir nya menguntum senyum. Macam - macam lah Minwoo ni!
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
FanfictionTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.