BAB 9

369 56 2
                                    

Bbuk!

Lagi sekali.
Shin Hyosung mendecit geram, menahan amarah apabila melihat baju warna kuning yang dipakai dah terkena latte. Siapa yang langgar dia ni. Baru masuk kampus hari selepas kaki sembuh, dah terkena macam ni. Apa malang sangat nasib dia?

Shin Hyosung mendongakkan kepala nya. Mata nya membulat melihat gerangan dihadapan nya. Lelaki sama tu lagi. Kenapa banyak sangat pertembungan dia dan lelaki bajet cool tu?

"Kau lagi.!" serentak mereka berdua bercakap. Dah tu, sama kuat pula suara mereka.

"Kau lah ni. Habis baju aku kena air latte kau tu! Kau ni memang lah, merosakkan mood betul. Malang betul nasib aku tiap kali terjumpa dengan kau."

Hyosung membebel. Jung Hoseok pula bercekak pinggang mendengar bebelan nya. Sakit pula telinga ni mendengar nya. Tak tahu ke yang nasib mereka ni sama je? Sama - sama malang. Kalau dia tahu akan berlanggar lagi dengan perempuan ni, mesti dia dah elak dari awal. Tak perlu lah nak bertembung dengan perempuan ni lagi.

"Ewah, kau perempuan! Ingat nasib kau je malang? Aku pun menerima nasib sama dengan kau. Jangan nak kata kau sorang je."

"Like I care! Habis baju aku ni, macam mana? Dah melekit ni kat badan. Habis lah aku berbau latte nanti."

"Macam kau cakap tadi, like I care!" dengan selamba nya Jung Hoseok pergi dari situ. Untuk menambahkan lagi rasa marah Hyosung, sengaja dia melanggar bahu.

Shin Hyosung berpaling ke belakang sambil mengetap bibir. Dan kemudian, badan nya terbongkok mencari sesuatu. Selepas tu, dia terjumpa bekas minuman latte. Mesti kepunyaan lelaki tu tadi. Ianya masih berbaki lagi latte kat dalam. Senyuman jahat terpamer. Dengan langkah laju, dia menghampiri Hoseok.

Langkah Hoseok terhenti. Dapat dia rasakan, belakang baju nya basah disebabkan sesuatu. Bila berpaling, dia nampak seseorang sedang berlari. Dia cam baju kuning tu. Hoseok mengempal penumbuk lalu berlari mendapatkan Hyosung yang dah jauh dari dia.

♡♥♡♥♡

"Yura!!"

Tergesa - gesa Hyosung berlari mendapatkan Yura. Dia gelabah, resah, semua nya dia rasa sekarang ni. Mana tidak nya, lelaki tu mengejar dia dari kafe sampai lah dekat lobi ni.

Shin Hyosung menyorok dibelakang Yura. Dapat dia lihat, lelaki tu makin mendekati. Dia telan liur. Takut kalau dia diapa - apakan. Lelaki ni, apa je boleh buat bila dah marah. Salah dia juga sebab sengaja tumpahkan air kat baju lelaki tu.

Lee Yura pula dah naik rimas dengan perlakuan kawan nya itu. Kenapa pula dia nak bersembunyi ni? Tak pernah pula macam ni.

"Kau kenapa ni?"

"Sekejap je."

"I got you, perempuan!" Hoseok menyergah Hyosung dari belakang membuatkan Hyosung menjerit dengan kuat. Macam mana dia boleh ada dekat belakang?

Lee Yura berdiri untuk melihat siapa yang menyergah itu. Dahi nya berkerut melihat wajah bengang Hoseok. Sememang nya dia tidak kenal siapa lelaki tu.

"Yura, jom." tangan Yura, ditarik oleh Hyosung. Dia mahu beredar dari situ dengan cepat tapi nasib tidak menyebelahi nya kerana beg sandang nya ditarik Jung Hoseok. Hyosung mengemam bibir.

"Where are you going?"

Lambat - lambat Hyosung memusingkan badan. Dia tersenyum pada Hoseok dan menunduk sedikit badan nya tanda menyapa lelaki tu. Kemudian nya, dia memandang Hoseok.

Lee Yura disebelah Hyosung, terkebil - kebil dengan apa yang berlaku sekarang ni. Pertemuan apakah ini? Siapa lelaki ni?

"What can I do for you?"

"Responsible to my shirt. It's all your fault that you ruined my favorite shirt!"

"Really? Then, how about you do the same to me? Baju aku basah pun disebabkan kau juga. Tak salah rasa nya kalau kau buat benda yang sama pada aku kan?"

"Eyy, no!"

"Then, aku takkan bertanggungjawab pada baju kau tu." Hyosung tersenyum mengejek. Hoseok menelan liur. Nak main ugut pula perempuan ni.

"Ya lah! But kau kena ikut aku!"

"Asal pula?"

"Ikut je aku. Now!"

"Ish, ya lah. Nasib baik aku tak de kelas sekarang. Kalau ada, kau kena tunggu sejam dua tau!" bebel Hyosung. Dan dia berpaling pula pada Yura yang dari tadi sedang melihat mereka berdua bertikam lidah.

"Sorry, Yura. I need to go."

"Yeah but who is he?"

"Just random people who were crazy to fought with me." selamba Hyosung menjawab. Hoseok menjegilkan mata apabila mendengar ayat tu. Siapa yang suka cari gaduh siapa sebenarnya ni?

"Aku tak faham."

"Nan--"

"Please hurry up, girl." Jung Hoseok mencelah. Hyosung berpaling ke belakang dan berikan jelingan tajam pada Hoseok. Dan Hoseok menjengilkan mata sambil menunjukkan jam di tangan nya. Hyosung mendecit.

"I need to go! I will tell you everything later. If I'm late, please tell Mr.Kwon that I have emergency. Okay?"

"Yeah, okay." Yura membalas perlahan. Dan selepas itu, mereka berdua pergi dari situ. Ianya masih lagi menjadi tanda tanya buat Yura. Apa hubungan diantara Hyosung dan lelaki tu?

Dan dia perasan, baju masing - masing basah tapi di berlainan tempat. Sorang kat depan dan sorang lagi kat belakang.

Erm, apa kes mereka ni?

♡♥♡♥♡

tbc.

Ruangan Romote;

Tajuk; Syurga Yang Tidak Dirindukan + jjk
Penulis; jeonseaguk-

7 January 2018.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now