"Seokjin!"
Kedua mereka menerpa pada Seokjin yang tampak tak bermaya itu di ruang tamu. Kim Seokjin berpaling pada mereka sekilas sebelum kembali termenung. Dia runsing dan tak tahu nak buat macam mana. Sebab itu, dia terpaksa bagitahu mereka masalah sebenar dia. Keluhan dilepaskan dan menatap mereka berdua.
"Kau okay?" terpacul soalan itu dari mulut Namjoon. Terus sahaja Hoseok menunjal kepala Namjoon.
"Kau nampak dia okey ke?" marah Hoseok. Tanya soalan tu, biar lah cerdik sikit. Kim Namjoon sekadar tersengih sambil menggaru kepala dia yang tak gatal tu. Jung Hoseok kembali memandang Seokjin.
"Apa berlaku ni weyh?"
"Aku kena kahwin dengan perempuan pilihan keluarga aku. And you know, who that girl is? It's Lee Yura. Hyosung's friend!"
Ternganga mereka berdua mendengar nya. Tak sangka boleh jadi macam ni. Paling tak sangka, dengan Yura. Kawan Hyosung tu! Itukah sebab nya kenapa Seokjin runsing sangat dua tiga menjak ni?
"Woori macam mana?"
"Itu yang aku runsing sangat ni. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu dia. Weii, aku dah lama kut dengan dia. Bila aku nak kenalkan dia to my parents, parents aku tak nak terima sesiapa selain Yura."
"Payah ni."
Keluh Hoseok. Namjoon mengangguk, bersetuju dengan Hoseok.
"It's okay. Aku boleh handle sendiri masalah aku. Korang dengar pun, dah cukup untuk aku."
"Yura dah tahu?"
"Dah. Aku dah cakap kat dia elok - elok yang aku tak nak kahwin dengan dia sebab aku dah ada Woori."
"Then?"
"Dia faham. And the same time, aku tahu yang dia sukakan aku duh! I saw her crying kat taman! Aduh, makin serba salah aku dibuat nya tau tak!"
Kim Seokjin meramas kasar rambut nya sebab geram. Kenapa lah benda ni berlaku kat dia? Dah macam drama tv pula. Keluarga dia pun satu hal. Nak main jodohkan anak pula. Ingat ni zaman nenek moyang ke? Ini dah alaf 21 lah!
Jung Hoseok dan Namjoon kelu sekejap. Tak tahu nak bagi reaksi apa atau nak cakap apa. Masalah Seokjin ni sangat rumit. Dan malam itu, mereka tidur di rumah Seokjin. Sampai ke pagi, mereka berbual pasal masalah ni. Sesekali mereka mengusik si kawan.
♡♥♡♥♡
Jung Hoseok berlari pantas untuk mendapatkan Hyosung yang berada di kereta. Leher gadis itu terus dipeluk nya. Terkejut Hyosung dengan tindakan itu. Ingatkan siapa tadi, rupa nya si Hoseok.
"Lepas lah!" Hyosung menampar perut Hoseok dengan kuat. Dengan itu, Hoseok melepaskan nya. Rambut nya yang dah serabai, dia betulkan semula.
"Kau nak apa?" tanya Hyosung dengan sedikit marah. Siap dijeling lagi Hoseok tu.
"Garang nya! Period ke?"
Tergagap Hyosung nak bercakap tapi tak boleh. Pandai pula lelaki tu meneka. Malu lah dia! Muka dia dah kemerahan membuatkan Hoseok tergelak besar. Hyosung hentakkan kaki sambil memusingkan badan dan membuka kereta. Baru sahaja nak masuk, dia ditahan.
"Apa?"
"Orang period memang macam ni kan? Tahu nak marah je. Eh! Aku nak ajak kau ke satu tempat ni. Sebab tu aku cari kau ni."
"Pergi mana?"
"Ikut je!"
"Kereta aku ni?"
"Tinggal je kat sini. Sekejap je, tak lama mana pun. Lepas tu, aku hantar kau ke sini semula. Boleh eah? Kau kan kawan aku yang baik." dikerdipkan mata beberapa kali. Nak minta simpati lah tu.
"Ye lah."
"Jom!" terpaksa lah Hyosung mengunci semula kereta dia. Dia berjalan beriringan dengan Hoseok ke kereta lelaki tu.
♡♥♡♥♡
"Sini kau!"
Shin Hyosung memanggil Hoseok supaya mara ke dia. Dengan polos nya, Hoseok dekatkan muka dia dekat Hyosung. Saat itu juga, muka Hoseok kena pelempang. Tak kuat mana pun tamparan Hyosung tu.
Jung Hoseok terkejut. Serta - merta dia memegang pipi. Dia dah tahu dah kenapa sebab nya. Mana tidak nya, dia bawa Hyosung balik ke rumah. Bukan rumah Hyosung tapi rumah dia. Ya. Tempat itu lah yang dia cakap.
"Kenapa kau bawa aku kesini?"
"Salah ke?"
"Salah lah! Aku mana kenal dengan family kau. Kau ni pun! Agak - agak lah kalau nak bawa aku pun. Benci lah aku macam ni."
"Family aku tak makan orang lah. Diorang makan nasi. Dah, jom keluar. Hari ni sebenarnya, mama aku ada buat makan sikit. So, aku ajak lah kau. Kau kan suka makan free."
Jung Hoseok menaikkan kening nya dan digerakkan beberapa kali sambil memandang Hyosung. Shin Hyosung mendecit untuk ke berapa kali, dia tak tahu lah. Kalau dia tahu, dah lama dia menolak pelawaan lelaki ni tadi.
Nak tak nak, terpaksa lah dia ikut Hoseok ke dalam. Nak je cabut lari tapi tak elok pula dipandang orang. Apa keluarga Hoseok fikir nanti. Buat malu je!
Nak balik!!!
♡♥♡♥♡
tbc.
10 January 2018.
YOU ARE READING
[C] Crush On You | jhs
Fiksi PenggemarTak tahu pula selama ni kita saling suka dalam diam. Tapi masing - masing tak meluahkan perasaan tu. Jujur, aku tak pernah menyesal kenal kau. start; 24 October 2017. end; 9 February 2018.