BAB 23

307 58 11
                                    

💏❤💏

Sebulan Kemudian

Dari jauh, Hoseok memerhatikan perlakuan dua orang tu yang tak jauh dengan nya. Mesra sekali, macam pasangan kekasih. Bibir nya dikemam. Sesungguh nya, dia cemburu melihat kemesraan mereka berdua tu. Diri nya rasa tergugat dengan kehadiran lelaki tu di kampus ini. Shin Hyosung juga seolah lupa siapa Hoseok pada nya sekarang ni.

Kaki nya menghentak tayar kereta dan berlalu pergi. Betapa cemburu nya dia tika ini. Hoseok merasakan diri nya tak guna dan bodoh sebab rahsiakan hal sebenar pada Hyosung. Ianya berkaitan perasaan dia pada gadis itu. Sekarang, dah terlambat. Hyosung pun nampak macam bahagia je bila berkawan dengan lelaki tu. Jung Hoseok mengeluh panjang.

💏❤💏

"You got something…"

Ong Seungwoo bangun dan
berdiri dihadapan Hyosung lalu membuang kesan sos pada tepi
bibir gadis itu. Shin Hyosung terpempan. Jantung nya kembali membuat kerja. Dia kemudian nya tersenyum pada Seungwoo dan menundukkan kepala nya. Malu!

Ong Seungwoo senyum.
Dia kembali duduk dihadapan Hyosung.

"Nak pergi mana lepas ni?"

"Entah."

"Erm, apa kata kalau pergi taman tema air? Seronok juga dapat main air kat sana. Saya pun dah lama tak main macam tu."

"Eh, boleh!"

Terus bersinar mata Shin Hyosung jadi nya. Dapat dia bayangkan betapa seronok nya main air nanti. Dah lama tak merasa macam tu.
Ong Seungwoo senyum dan
angguk. Mereka berdua menghabiskan makan keropok dahulu sebelum bergerak pergi ke taman teman air.

💏❤💏

"Yah!!"

Membulat mata Hyosung apabila disimbah air oleh Seungwoo. Gelak sakan lelaki tu dapatkan kenakan Hyosung. Lalu, mereka berbalas merecik (?) air. Tak hirau dah pada sekeliling mereka. Apa yang pasti, mereka dalam keadaan sangat gembira seolah dunia itu hak milik mereka berdua sahaja. Dengan sekali tolakan, Sungwoo jatuh ke dalam air. Mengekek Hyosung ketawa.

Ong Seungwoo bangun dan mengejar Hyosung dan memeluk dia erat dari belakang. Hyosung meronta, minta lepas. Dia tahu apa yang lelaki itu mahu buat. Seungwoo mengangkat gadis itu dan bawa nya masuk ke dalam air. Ditolak nya Hyosung ke dalam air. Giliran Seungwoo pula ketawakan gadis itu. Dan kemudian nya mereka ketawa bersama. Aktiviti bermain air diteruskan mereka.

"Naik tu?"

Shin Hyosung menunjuk pada gelongsor air yang tinggi tu. Mengigil satu badan. Tinggi tu, dah lah panjang sampai ke bawah. Dengar orang menjerit pun tahu, rasa nya macam mana.

"Yes. Jom naik."

"Tak nak. Takut lah."

Akhirnya, luah juga. Hyosung memandang lelaki tu agar pertimbangkan untuk naik benda menakutkan tu. Ong Seungwoo tergelak kecil dan menarik tangan Hyosung yang berada di baju nya. Tangan itu digenggam nya.

"Saya ada lah."

"Memang lah. Tapi still takut. Awak boleh jamin ke keselamatan saya nanti? Kalau jatuh dari benda tu macam mana?"

"Hey, melalut pula awak ni. Mana ada jatuh! Awak tengok, diorang main, ada yang jatuh? Tak kan? So, jom kita naik."

"Awak jaga saya tau."

Terpacul ayat itu dari mulut Shin Hyosung. Ong Seungwoo memalingkan kepala pada Hyosung dan tersenyum.

"I will."

💏❤💏

Kim Seokjin dan Kim Namjoon berbalas pandangan. Dari tadi, masing - masing berkerut muka. Mereka menggunakan bahasa isyarat ya semua. Ada lah tu sebab nya kenapa.

Ppap!

Sebuah lagi buku dihentak kasar
ke atas meja. Terkejut dua orang lelaki tu. Mereka memandang Jung Hoseok yang tampak bengang tu. Lelaki tu, bila mengamuk, habis lah! Sekali 'sembur', berterbangan semua burung kat atas pokok. Dengan orang sekali, terbang. Perumpamaan sahaja ya. Mana ada dengan marah, dia terbang.

Kalau boleh, semua benda Hoseok nak lempar. Tanda orang marah, macam tu lah gaya nya. Sambil menaip kat laptop, terdengar rengusan lelaki tu. Muka pula garang semacam je. Buka buku pun kasar, macam nak terkoyak buku tu dibuatnya. Kaki nya pula dihentakkan pada meja. Sangat menganggu tumpuan Seokjin dan Namjoon nak buat kerja.

"Seok, kau kenapa?"

Kim Namjoon memberanikan
diri menyoal Hoseok. Tengok lah,
dengan kawan sendiri pun takut. Mereka berdua memandang
Hoseok. Jung Hoseok menoleh pada mereka tapi sekejap saja.

"Kalau kau ada masalah, cerita lah dekat kami. Mana tahu kami boleh tolong ke apa."

"Ya. Betul tu, Seok."

"Masalah aku ni, korang tak boleh tolong lah! Ni soal hati dan perasaan. Melibatkan seorang wanita dan juga lelaki lain!"

Namjoon dan Seokjin berpandangan.Tak faham apa yang Hoseok cakapkan.

"Tak faham."

"Hyo, ada kawan baru. Dan dia tu, lelaki." serta - merta, senyuman terukir di wajah Namjoon dan Seokjin. Ini tak lain tak bukan, kes cemburu lah ni.

"Cemburu ke?"

"Tak."

"Cakap je lah jealous. Kami okey saja lah. Habis tu, dengan siapa Hyo berkawan sekarang?"

"Ong Seungwoo."

"Lelaki tu ke? Sejak dia masuk dalam kampus ni, bukan main lagi pelajar perempuan bercakap pasal dia. Nak cakap hensem, hensem lagi aku!" sempat lagi Seokjin memuji diri nya sendiri.

"Kau suka Hyo ke?" soal Namjoon. Seokjin yang masih lagi tersengih tu, serta merta sengihan nya mati apabila mendengar soalan itu. Dia memandang Namjoon dan pandang Hoseok semula.

"Bukan setakat suka tapi aku cintakan dia sangat." melopong dua orang tu.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

tbc.

Lagi beberapa bab lagi nak habis duh. So, lepas tamat cerita ni, rasa nya sis akan senyap (tak publish apa - apa cerita baru). Eh, sis ada tapi perhatikan korang haha juga baca cerita-ii orang lain.

Haa, currently, tengah fokus menulis cerita baru yang tak tahu bila nak siap lol. Okey lah, itu saja.
Happy reading ♥

19 January 2018.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now