Special Chapter

436 51 0
                                    

💏❤💏

Hyosung terjaga dari tidur. Dia pandang ke sebelah apabila terasa hembusan nafas dileher nya. Lalu senyuman menghiasi bibir nya. Wajah suami dipandang dan tangan nya mengelus muka Hoseok. Jung Hoseok melarikan muka nya sebab terganggu barangkali. Hyosung ketawa kecil. Lagi sekali dia bermain dengan muka Hoseok. Hoseok larikan muka nya lagi.

"Erm, jangan lah, babe."

"Saya tak buat lah."

"Abang nak tidur lah. Semalam,
tidur lewat sangat." kata nya dengan mata yang masih terpejam. Shin Hyosung mendekatkan diri dan mencium sekilas bibir Hoseok sebelum dia turun dari katil. Rambut nya yang panjang itu disanggulkan dan kaki diaturkan pada katil kecil yang diduduki anak nya.

Anak mereka perempuan yang
diberi nama Jung Hyerin. Baru berusia setahun. Hyosung membalikkan badan Hyerin sebab dia tidur terlentang. Pipi anak nya dicium. Betapa indah nya bangun, melihat muka suami dan anak. Sejuk dan tenang rasa hati. Dia tidak mahu menganggu tidur Hyerin. Sebab semalam anak nya menangis kat tengah malam, tak tahu nak apa. Hoseok lah yang jaga dan pujuk Hyerin.

Shin Hyosung masuk ke dalam
bilik air untuk mandi. Dan lepas tu, dia nak turun buat sarapan.

💏❤💏

Chup!

Hoseok bagi satu ciuman kat
pipi Hyosung. Selamba tangan
nya mengambil sekeping roti telur lalu sumbatkan dalam mulut. "Dah basuh gigi belum tu?" Shin Hyosung menegur. "Dah." jawab Hoseok sepatah seraya mengheret kerusi untuk duduk. Air kopi dituangkan sendiri dalam cawan.

"Rin tidur lagi?"

"Ha'ah. Babe, ingat tak esok, Namjoon nak nikah? Semalam dia ingatkan abang. Berulang kali dia ingatkan takut abang lupa."

"Ingat lah."

Shin Hyosung duduk sekali dengan suami nya. Hari ni bersarapan dengan roti telur sahaja. Malas
nak goreng nasi. Tanpa dia sedar, Hoseok melihat nya dengan senyuman. Dan dia bertembung mata dengan Hoseok. Naik hairan apabila melihat senyuman suami nya.

"Kenapa?"

"Saja nak tengok isteri aku ni
haa. Cantik rupa nya kau ni. Itu muka belum mandi atau dah mandi?"

"Kau ni kan, bang! Macam tak de topik nak berbual. Dah kenapa
pula tiba - tiba puji saya ni? Nak
apa - apa ke, abang oi?" Jung Hoseok sengih.

"Nak awak lah."

"Ugh…Jangan nak mengada. Saya period sekarang ni. Tahan diri seminggu ya." mulut Hoseok muncung. Bila nak bersama, selalu
je ada halangan. Hyosung ketawa melihat muka Hoseok. Roti disumbatkan dalam mulut dan kunyah perlahan.

"Abang nak basuh kereta lah."

"Pergi lah." bibir Hyosung
dikucup sekilas sebelum hilangkan diri kat bilik belakang untuk ambil baldi dan sabun. Kemudian, dia keluar semula dan atur langkah ke luar. Manakala Hyosung sibukkan diri kat dapur.

💏❤💏

"Babe…"

Hoseok datang lalu memeluk isteri nya dari belakang. Dagu nya diletakkan atas bahu Hyosung. Lengan suami nya digosok perlahan sambil satu lagi tangan nya memegang telefon, melihat perkembangan dunia. Terkebil - kebil Hoseok melihat isteri nya sedang main telefon.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now