BAB 3

530 74 5
                                    

Puan Jung menggeleng kepala melihat telatah anak teruna nya makan macam tak pernah makan setahun. Apa mimpi anak nya balik ke rumah malam ni. Kalau tak de apa - apa, jangan harap lah anak nya tu nak balik.

Hoseok ni tinggal berasingan dengan Puan Jung. Dia tinggal di apartment bersama Namjoon. Alasan nya sebab rumah ni jauh dari universiti. Jadi, lebih baik kalau dia tinggal kat apartment je. Senang nak ulang alik dari apartment ke universiti. Kalau dari rumah, makan masa sejam baru nak sampai.

"Jangan gelojoh makan tu!" bahu Hoseok ditampar. Geram melihat gaya anak nya makan. Ni dah tercekik, baru nak berhati - hati. Berkerut dahi Puan Jung memandang Hoseok. Hoseok selamba je tayang senyuman manis dia kat mama dia.

"Balik ni kenapa?"

"Rindu mama dan juga masakan mama yang sedap kebabom tu. Kat sana, makan maggi je, ma. Kesian anak teruna mama ni."

"Dah tu, pindah balik sini lah kalau rindu dengan masakan mama. Siapa suruh pindah sana. Kan dah kena makan maggi."

Mulut dimuncungkan.
Mula lah tu mama nya nak membebel. Telinga dia dah lali dengar Puan Jung cakap suruh pindah semula balik rumah ni. Tapi Hoseok degil atas alasan yang sama diberikan. Alah, nanti lepas graduate dia pindah lah balik sini nanti. Apa susah kan.

"Support lah Seokkie ni."

"Mama sentiasa support kamu. Mana ada seorang ibu yang tak mahu menyokong anak dia. Tapi anak tu je yang tak mahu dengar cakap."

Kena lagi sekali.
Mama dia ni suka sangat nak memerli Hoseok. Jung Hoseok merengus perlahan. Dia diam aje lepas tu, menikmati nasi dalam mulut. Bertambah dia makan sebab malam tu ada lauk kegemaran dia iaitu udang masak merah.

"Seok dah ada girlfriend?"

Tersedak terus Hoseok sebaik dengar soalan itu. Ni soalan, out of the blue ni. Apa kes tiba - tiba tanya dah ada teman wanita ke tidak. Sebelum ni, tak pernah pula. Cliche pula pertanyaan mama ni. Jangan nak jodohkan dengan mana - mana anak kawan dia, sudah lah!

"Kenapa tanya?"

"Saja. Dah ada belum?"

"Ada dah."

"Huh? Siapa orang nya? Mama kenal ke dengan dia?" tu kan, bertubi - tubi tanya soalan. Jung Hoseok pantas mengangguk seraya dia mengambil gelas air oren untuk diminum.

"Cepat lah!" gesa Puan Jung.

"Siapa lagi teman wanita Hoseok kalau bukan mama. Mama lah cinta hati Seokkie yang paling Seokkie sayang."

Jung Hoseok tersenyum. Puan Jung mengemam bibir, menahan marah. Loyar buruk pula anak dia ni. Ingatkan betul - betul lah anak dia dah ada teman wanita.

Jung Hoseok bangun dan menuju ke sinki. Pinggan dan gelas langsung tidak dibasuh. Dia tersenyum lagi bila pandangan nya bertaut dengan mama dia. Hoseok mendekati Puan Jung lalu mencium pipi.

"Good night, ma."

"Mama tak habis lagi dengan kamu!"

Hoseok tidak dengar.
Tergesa - gesa dia menaiki tangga, menuju ke bilik dia. Puan Jung di dapur dah membebel sambil tangan nya lincah mengemas meja makan dan juga dekat sinki.

♡♥♡♥♡

"Nasib sempat."

Hyosung berbisik perlahan tatkala masuk ke dalam dewan kuliah. Ingatkan dia dah memang lambat tadi. Sampai je, tengok Prof.Lee tak masuk lagi. Memang nasib dia baik lah sebab dapat masuk sebelum pensyarah garang tu masuk.

Hyosung ambil tempat dibelakang sebab dekat depan dah penuh. Tapi dia memang selalu duduk kat belakang pun. Apa nak hairan! Di barisan belakang tu, ada seorang lelaki duduk selang tiga baris (?) dengan nya. Lelaki tu sedang khusyuk sangat dengar lagu, mungkin. Hyosung tak ambil pusing pun siapa lelaki tu. Lantak lah dia nak buat apa sekalipun.

Prof.Lee dah pun masuk.
Dua jam berlalu dan mata Hyosung dah kuyu sangat sebab mengantuk. Mendengar penerangan Prof.Lee ni buatkan dia mengantuk sebab cara dia terang tu sangat membosankan. Dia pandang ke sebelah. Lelaki tu dah letak kepala atas meja. Dah tidur lah tu agak nya.

Hyosung nak tidur tapi takut ketahuan dek Prof.Lee tu nanti. Habis lah dia kalau kena tangkap. Hyosung menguap lagi. Ni tak tahu dah berapa kali dia menguap. Lelaki yang sedang tidur tu, dipandang lagi. Hyosung tak nampak muka lelaki tu sebab tidur membelakangi dia. Pelik juga. Rasa nya sebelum ni dia seorang saja dekat barisan belakang ni. Tapi hari ni ada lelaki pula dekat barisan tu.

"Kelas bersurai."

Akhirnya!
Terlepas juga dari kelas ni selama dua jam setengah. Makin lama makin bosan tapi kena hadap juga. Kalau tak, macam mana nak tahu apa maklumat yang disampaikan. Nanti dah graduate, dah dapat kerja, terkial - kial tak tahu nak buat apa dengan pesakit.

Shin Hyosung melangkah keluar dari dewan kuliah. Tika itu juga lah, lelaki yang tidur tadi keluar. Memang dia kenal sebab perasan baju yang lelaki tu pakai. Dahi Hyosung berkerut. Rasa nya dia macam pernah nampak lelaki tu kat mana.

Lelaki tu nampak macam lelaki yang dia bergaduh kat lobi hari tu. Terus mata Hyosung membulat. Memang betul dia! Tak silap lagi. Dia ambil bidang sama dengan aku ke? Muka macam tu nak jadi doktor?

Hyosung tergelak dalam hati.

"Woi, cik kak!" bahu Hyosung ditepuk. Cukup kuat untuk mengejutkan Hyosung sampaikan gadis tu terloncat sikit.

"Aduh, apa kau ni? Buat aku terkejut aje lah!" dada nya diurut. Lemah jantung sekejap dengan sergahan tiba - tiba tu. Nasib baik tak rebah aje dekat situ.

"Kau berangan apa huh? Aku perasan kau ni dari tadi macam tengah usha sesuatu. Kau usha apa sebenarnya ni?"

"Tak ada apa lah!" lengan Yura ditarik. Mereka sama - sama berjalan menuju ke kafe.

"Yeke ni?"

"Iya, Lee Yura. Kau ada kelas lagi ke lepas ni? Hari ni, aku sepatutnya ada dua kelas tapi kelas satu lagi batal sebab Cik Hyunsoo tu ada temu janji dengan doktor."

"Two more class to go."

"So, nak aku tunggu?"

"No! Tak payah baik sangat nak tunggu aku segala. Lupa ke, aku bawa kereta hari ni?"

Shin Hyosung tersengih.
Sengaja nak 'pancing' kawan nya tu. Dia pun malas sebenarnya nak tunggu Yura tu. Buat penat sahaja tunggu. Tapi, dia ingat nak ke perpustakaan untuk ulangkaji sikit. Final exam nak dekat dah woi.

"Macam biasa eah?" Hyosung menitip pesan pada Yura. Tika itu mereka dah sampai ke kafe. Yura mengangguk dan lantas pergi ke kaunter.

Sementara itu, Hyosung membuka telefon bimbit nya dan membuka aplikasi instagram. Orang zaman sekarang ni, semua benda nak tunjuk. Lengan bengkak pun nak diberitahu satu dunia. Lepas tu, tangkap gambar sambil buat muka hodoh dan post dekat instagram. Tak de rasa malu ke buat macam tu? Meluat pula bila Hyosung tengok perlakuan macam tu.

Sedang meng-scroll instagram, bahu dirempuh sesuatu. Terus saja, telefon ditangan jatuh ke lantai. Adui lah, apa benda yang rempuh dia ni? Hyosung pandang ke sebelah. Terkejut melihat dua orang lelaki sedang bergaduh. Salah seorang dari mereka tu, Hyosung kenal.

Lelaki yang sama bergaduh dengan dia hari tu!

♡♥♡♥♡

sorry ya kalau ada yang terasa.
jangan kecam sis ✌
haa, biasa lah permulaan cerita ni macam boring sikit.

tbc.
vote.
comment.

27 December 2017.

[C] Crush On You | jhsWhere stories live. Discover now