Prolog ( 1 )

32.9K 821 36
                                    

" nah 2 nasi lemak sambal sotong dan nasi lemak ayam goreng . Semua sekali RM8.50 sen . Terima kasih datang lagi !" Petah bibirnya berkomunikasi dengan pelanggan itu.

Itulah Anna Fasharina Binti Amir Abdullah . Seorang periang dan mudah didekati . Di saat semua pelajar membuat projek menternak lemak di musim cuti sekolah ini ,dia sibuk menolong ibunya menjual nasi lemak di tepi jalan .

Di saat pelajar merungut bangun seawal 6 pagi pada musim cuti sekolah , Dia bangun pada pukul 4 pagi untuk membuat nasi lemak . Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk membuat perkara yang remaja seusianya tidak mahu lakukan

Keluarganya bukan jenis terlalu susah tapi tidak juga terlalu senang . Adakalanya agak 'kering' jugalah keluarga mereka setiap hujung bulan .

Well, ibunya adalah ibu tunggal yang diikat tersimpul mati tapi dibiarkan begitu sahaja . Sudah macam lagu pulak dah . Ayahnya lesap menghilangkan diri ketika umur nya 12 tahun . Ibu berkata ayah pergi berjuang menyelamatkan negara . Tapi sudah 4 tahun pergi dengan alasan menyelamatkan negara, nampak sangat membohongnya.  hero la ayah aku kalau 4 tahun kerja selamatkan negara je . Sampai family sendiri tak sempat nak jenguk

Ibunya pula memang seorang yang hardworking. Maklumlah nak menyara kehidupan kami 3 beradik bersendirian memang susah . Sebab tu dia memilih untuk menolong ibunya daripada membuat projek menternak lemak seperti orang lain . Biar pendapatan mereka stabil apa bila 2 orangsekali gus menghulurkan pendapatan

Adik beradiknya yang lain sudah sambung belajar. Kakaknya, Ariana Katrina sudah mendirikan rumah tangga sejak 5 tahun lalu . Jadi amat susah untuk berjumpa dengannya . Maklumlah sudah ada keluarga sendiri

Abang keduanya pula, Affin Anaqi ada di rumah duduk goyang kaki memandangkan cuti semester. Affin lebih selesa berulang alik rumah-university , kerana baginya dia lah ketua keluarga setelah bapanya pergi tanpa sebarang khabar berita

" dik bagi nasi lemak biasa satu. Sambal lebih eh "

Anna memberikan senyuman manis . Lincah tangannya membungkus nasi lemak yang di pesan oleh pelanggannya

" nah bang , semuanya RM150 ringgit . Abang nak bayar cash ke bank in ? " Anna bergurau . Walaupun pelanggannya lain lain setiap hari , tapi semuanya dibuat seperti kawan yang sudah kenal 10 tahun

"Cash la sebab nanti hantaran untuk adik pun abang hantar cash !acia cia " kata abang tu sambil meniru gaya jep sepahtu membuat gaya cia cia

Anna yang berfikiran terbuka pun turut sertai cia cia abang itu . Fikirannya hanya satu. Itulah strateginya untuk memanggil pelanggannya kembali lagi ke gerai jualan mereka . Tidak lebih dari itu .

" nah RM2 . Keep the change for our wedding ceremony " kata Abang tu lagi

Anna hanya tergelak untuk memberi  isyarat tak-nak-kahwin-ngan-kau

Bukan abang itu yang pertama berkata begitu . Entah ke berapa tah . Semuanya Anna bagi isyarat gelak .

Mungkin sikap Anna yang keluar dengan perwatakan comel dan tak mudah melatah membuatkan ramai lelaki suka melihatnya

Anna duduk di kerusi sementara tiada pelanggan singgah di kedainya . Samsung j1 mini prime itu dibeleknya sementara menunggu pelanggan . Walaupun telefonnya agak 'late' dari trend sekarang . Tapi dia tetap bersyukur kerana telefon kecik kenot itulah yang menghubungkan dia dengan dunia luar. Dia juga berfikiran postif mungkin ada yang tidak ada apa yang dia ada .

" Dik , nasi lemak ada lagi ? " tegur seorang lelaki berpakaian korporat .

Anna mengukir segaris senyuman terlebih gula kepada lelaki korporat itu

" mestilah ada bang ! Kalau takde pun saya sanggup buat baru untuk abang " see ? Lelaki korporat yang baru dia jumpa around 2 minit tadi sudah dilayan seperti kawannya sendiri

Lelaki itu hanya tergelak

" i would be happy  for that then . Okay bagi saya nasi lemak biasa satu nasi lemak ayam goreng satu . Cepat eh ? Dah lambat nak meeting ni " pinta lelaki itu

" wokeh ! Dengan segala tenaga dan kuasa yang berbaki, level up ! "

Dengan lincah Anna membungkus nasi lemak untuk lelaki tadi .

Lelaki itu hanya menggeleng sambil tersenyum melihat telatah Anna

" umur berapa dik ? Rajin betul cuti cuti ni niaga " lelaki itu memulakan perbualan

" 16 tahun bang . Well biasalah nak kena praktikkan jadi isteri orang . Kena la elak dari misi ternak lemak " sempat lagi Anna bergurau disaat tangannya lincah mencedok sambal kedalam polisterina itu

" nak kahwin umur berapa ni ? Cepat betul praktis "

" habis SPM pun dah boleh dah hantar resume abang untuk sesi pemilihan bakal suami saya " selamba badak Anna membalas . Hanya dirinya yang tahu , itu adalah kata kata yang datang dari minda . Bukan dari hati

" abang tuntut kata kata adik setahun lagi ! Btw nama sapa ? " katanya sambil tergelak

"Anna minal muslimin " gurau Anna lagi . Tangannya terus memasukkan bungkusan nasi lemak kedalam plastik

Lelaki itu hanya ketawa perlahan

" so anna , i think you've just got a permanent guest . Saya akan datang everyweek to buy your nasi lemak "

Anna tergelak kalini dengan isyarat ha-okay-apa-apalah

" semuanya RM4.30 sen . And a big thankyou sir for being our permanent customer , baca doa sebelum makan okey ! Jangan risau saya tak silap bubuh santan kepada air kapur "

Lelaki tadi hanya tergelak dan berlalu ke keretanya

Diletak nasi lemak di seat sebelah

Dia memandang reflek Anna yang sedang mengemas meja gerai nya yang agak berselerak . Dia tersenyum

" what a cute girl "

'habis SPM pun dah boleh dah hantar resume abang untuk sesi pemilihan bakal suami saya'

Kata kata gadis comel itu terngiang . Walaupun dia tahu Anna hanya bergurau ,tapi dia benarbenar mula menyenangi gadis itu. Gadis yang membawa dia keluar dari kekusutan hidupnya

" i will come always and...." dia tersenyum sendiri . Senyuman psycho . Kata katanya yang bernada psycho mula kedengaran

Sebenarnya dia bukan saja saja menyukai gadis itu dengan hanya berdasarkan pertemuan tidak sampai 10 minit  . Cuma dia sudah berjanji dengan diri sendiri, teman hidupnya adalah seseorang yang boleh bawa dia keluar dari kekalutan hidupnya .
Di saat itu pula ,dia berjumpa dengan Anna . Tepat sangat dengan waktunya

Spek mata hitam di pakai , handbreak di lepaskan . Pin nama dibetulkan

Pin nama yang bernama ' AMAR '

****

heyy peeps ! So this is just a prologue for this story . Bab seterusnya akan diupdate secepat yang mungkin after this prolog.

Lots of love !

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now