" ibu ayah, Anna nak keluar kejap boleh ? " kata Anna memecah kesunyian sarapan mereka pada pagi itu.
" nak pergi mana " soal si ayah
" entahlah MyTown kejap kot saja nak jalan jalan bosanlah 2 minggu duduk rumah " kata Anna.
Amir Abdullah berfikir seketika. Dia agak berat nak melepaskan Anna seorang diri, yelah takut pulak pisang berbuah dua kali.
" boleh tapi satu syarat " kata Amir Abdullah. Dia menjeling ke arah Zarith yang dari tadi mendiamkan diri.
" Apa "
" Anna kena pergi dengan Zarith "
Terus terbatuk Zarith di buatnya. Manataknya sudahlah dia tidak masuk campur apabila mereka berborak di meja makan kalau ada Anna, ini tetiba suruh dia teman Anna keluar ? Cepat cepat dia meneguk air. Kemungkinan nasi goreng yang dia makan tadi sudah hampir keluar dari hidung.
" ehh kenapa pulak yah" bantah Anna. Dia sudahlah dah 2 minggu tak bercakap dengan Zarith kalau bercakap pun mesti membuat pertandingan debat. Ini nak teman dia shopping pulak ? Mimpi ngeri.
" yelah, bahaya lah Anna sorang sorang ni. Nanti apa apa jadi kan senang Zarith tolong " kata Amir Abdullah. Dia sudah agak kedua makhluk ini akan membantah cakapnya tapi sampai bila mereka bermasam muka antara satu sama lain kan ?
Anna menjeling ke arah Zarith. Zarith juga kelihatan terkejut dan blur.
" Anna okay lah sorang sorang takpe Anna bawak blackpaper spray nanti " tahan Anna. Dia berharap sangat Zarith berkata sesuatu untuk menolak cadangan ayahnya. Tapi mamat ni, bisu ke.
" no rejection " kata Amir Abdullah
" Zarith nak pergi ofis la yah. Ada kerja nak kena buat " alasan Zarith pula. Dia dapat rasakan kejanggalan mereka berdua nanti. Konfem nanti pergaduhan sahaja perbualan mereka harini kalau dibiarkan berdua.
" takpe. Takpayah pegi...."
" nanti Zarith kena buang kerja kang ha" Zarith membuat Alasan lain lagi.
" ayah ada kawan yang boleh bawak kamu kerja tempat dia " Amir Abdullah membalas.
" tapi yah..." Anna cuba membalas
" dah tiada bantahan. Ayah nak kamu berdua berbaik baik. Ayah tak suka lah asyik bergaduh je " kata Amir Abdullah. Tamat.
***
" woi cepatlah terhegeh hegeh bukan jadi macam izara aisyah pun lama lama tu " laung Zarith dari dalam kereta. Dia menekan hon beberapa kali supaya Anna lebih pantas. Malas betul dia mahu melayan karenah Anna harini. Mesti dia yang kena teman Anna kehulur kehilir.
Anna bergegas keluar dengan muka yang masam. Nasib baik lah baju kat rumah dia kekurangan, kalau tak memang dia lagi sanggup tak pergi tempat itu langsung!
" bising lah kau ni senyap sikit boleh tak bingit je telinga aku " bebel Anna. Sengaja dia kuatkan intonasi suara dia. Saja nak sakitkan hati Zarith.
Dia terus masuk ke dalam kereta tapi bahagian belakang. Berkerut dahi Zarith dibuatnya.
" eh hello, kau ingat aku siapa ? Driver kau ? Kau duduk depan sekarang ingat bos ke " lancang Zarith berkata,
" taknak. Aku taknak duduk depan. Nanti kena peluk dengan kau lagi sia sia aku ikut " perli Anna.
Zarith tersentap. Dia terus menjeling Anna lalu meneruskan panduan. Dia membuka radio di volume yang kuat agar dia tak mendengar apa lagi yang Anna cakapkan. Buat sakit hati lagi adalah.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...